Kenapa Kena Pakai Kaspersky?

banner

Kalau dah namanya pengguna komputer tegar mesti tak sah kalau tidak dilengkapi dengan perisian anti virus bagi melindungi laptop yang disayangi daripada ancaman siber (malware) yang semakin berkembang dari hari ke hari.  Antara malware yang terkenal di alam maya ni ialah virus, trojan, spam, backdoor, keylogger dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pengguna laptop menggunakan perisian anti virus percuma yang disediakan oleh Avira ataupun AVG (dua ni yang paling popular di Cnet.com).  Penggunaan percuma untuk suatu tempoh tertentu dan perlu direnew semula untuk penggunaan seterusnya.  Tapi masih lagi percuma.  Isunya, adakah produk percuma menjanjikan perlindungan maksima untuk laptop korang?


Disebalik populariti anti virus percuma ini saya memilih untuk menggunakan persisian anti virus yang dibangunkan oleh Kaspersky Lab.  Untuk makluman, sudah masuk tahun ketiga saya menggunakannya. Tak silap saya, Kaspersky yang memulakan langkah untuk mempromosikan penyelesaian anti virus besar-besaran kepada pengguna komputer di Malaysia pada tahun 2007 (khususnya di PC Fair) sebelum disusuli oleh syarikat lain.  Sebelum itu, amat susah untuk menjumpai perisian anti virus original di kedai komputer dan kalau ada pun bukan pada harga mampu milik terutamanya untuk seorang student macam saya..hehe…

Apa istimewanya Kaspersky ni?

Untuk pengetahuan blogger sekalian, Kaspersky Internet Security 2010 (KIS 2010) telah mendapat tempat kedua dalam ranking 10 anti virus terbaik.  Di saat ini pun saya menggunakan KIS 2010 (bukan pirate punya ye) dan kesimpulannya “Peace in mind” daripada makhluk perosak itu tadi selama tiga tahun.  Berbaloi membayar RM30 setahun untuk lesennya.  Kalau dapat free bagus juga.hee~
Tidak perlu terlalu teknikal dalam memahami perlindungan Kaspersky, sebab kita bukan programmer nak tahu coding atau istilah-istilah pelik komputer ni.  Jadi saya akan nyatakan apa yang best pasal KIS 2010 di mata saya.  Mungkin best juga di mata korang kan?
  • User interface (UI) yang mesra mata dan user friendly juga.  Senang nak explore apa yang ada pada user interface dia.  Nak off   atau on satu-satu function pun senang.  Grafik UI juga lebih menarik dari yang dulu. download-kaspersky-internet-security-2010
User Interface KIS 2010
  • Sangat berkesan dalam menangani cyber threat.  Virus protection adalah secara real time.  Jadi KIS 2010 ni akan sentiasa scan komputer kita walaupun button scan tidak ditekan.  Jadi makhluk perosak tu nak infect fail dalam komputer pun tak sempat.  Virus scanning ini juga diintegrasikan dengan Firewall.  Kalau virus atau trojan nak lalu nescaya hanguslah mereka.hehe
  • Auto-update yang sangat efisien.  Kalau yang free tadi takde fungsi macam ni.  Untuk pengguna Kaspersky, virus definition file akan diupdate setiap jam atau segera sekiranya ada virus baru masuk.  Jadi tak payah fikir pasal update sebab dia dah tolong updatekan kat situ  Maknanya latest protection yang korang dapat  pada setiap masa.
  • Ada Gaming Profile Enabling.  Fungsi ni adalah khas untuk kaum kerabat gamers.  Tak tau yang lain ada tak fungsi macam ni.  Bila fungsi ni diaktifkan maka alert, auto-update dan scheduled scan akan dihentikan buat sementara supaya tak menganggu korang main game dan mengekalkan prestasi CPU pada tahap tinggi.
  • Dilengkapi Safe Run Sandbox.  Rasanya Kaspersky je ade benda ni.  Sandbox ni lah tempat untuk korang test samada software yang korang download di internet tu adalah software tulen atau pun program virus.  Bila di ’run’ dalam sandbox ni, ia tidak akan menganggu sistem komputer sekiranya fail tadi ialah file virus.  Jadi  lepas ni test dulu ye untuk software yang agak meragukan tu kat sini.
Dan banyak lagi…


Banyak lagi fungsi lain yang tidak dinyatakan.  Apa yang saya khabarkan di atas adalah fungi yang saya rasa agak best dari yang lain.  Pada asasnya perisian anti virus ni semua sama je.  Cuma kefisienan dan fungsi extra yang ada dalam program ni yang membezakannya dari yang lain.  Sekaligus menjadi top di persada ranking..hehe

Tak pernah lagi kena format komputer disebabkan oleh virus bila guna Kaspersky ni.  Format pun sebab nak guna Windows 7.  3 tahun yang menenangkan dengan Kaspersky.

Jadi apa tunggu lagi..jom guna sekarang!

Kalau tak nak beli atau malas nak pakai yang crack punya sebab takut key kena blacklist, silalah rajinkan jari-jemarimu untuk menyertai kontest ini sebab Mr.Piratz nak bagi satu key original 1 tahun secara percuma! Takkan kena blacklist lagi…

Untuk menyertainya sila ikuti langkah mudah ini:


  • Cara untuk mendaftar adalah dengan membuat satu entri bebas mengenai contest pada blog korang dan hantarkan link entritersebut melalui ruangan komen dibawah. (Contoh tajuk : Kenapa Kaspersky Penting Untuk Komputer Saya.)



  • Follow Twitter :@Piratz atau Like Fan Page Blog Mr Piratz Di Facebook



  • Korang mestilah mempunyai blog yang menggunakan platform Wordpress, Blogspot, dan lain-lain. (Forum, Komuniti, atau laman web tidak layak untuk turut serta) 

  • Laman blog pemenang kedua dan ketiga akan diiklankan pada blog ini selama 3 bulan/lebih. Top referal juga akan menerima habuan periklanan selama 3 bulan/lebih.

  • Tarikh tutup ialah HARI INI @ 26 MEI 2010 dan pemenang akan diumumkan esok.  Jom join sebelum terlambat.  Maklumat lanjut sila klik sini.

    Menang kalah adalah adat pertandingan.  Kalau menang itu rezeki kalau kalah buat penambah entri untuk terus berkongsi.

    Kaspersky = Peace in Mind :)

  • blog comments powered by Disqus

    Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
    Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template