Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Lama dah tak dengar lagu Lilin Seorang Guru dendangan kumpulan In-Team. Konsert In-Team yang pernah saya pergi pun tak dengar lagi akhi In-Team dengar lagu ni. Bait-bait lirik yang dinukilkan mengingatkan saya kepada guru-guru yang pernah mendidik diri ini dari sekolah rendah hnggalah ke waktu sekarang di alam universiti.
Pengorbanan guru memang besar nilainya dalam mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berjaya. Menyuluh anak muridnya yang dalam kegelapan untuk membimbingnya menuju kejayaan.
Pengalaman di sekolah menengah…
Saya bersekolah di sekolah berasrama di Johor Bahru dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Hampir tiga per empat alam sekolah menengah dihabiskan di luar rumah. Balik pun 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Jadi guru-gurulah yang menjadi ibu dan ayah angkat kami selepas mak ayah sendiri. Tak kiralah warden ke cikgu ke. Jaga memang terbaiklah. Kami je yang nakal..hehe..
Ada cikgu yang sanggup melapangkan masa bersama-sama anak muridnya pada hari cuti hujung minggu semata-mata nak buat kelas tambahan. Ada juga yang sanggup datang sekolah walaupun dalam keadaan sakit. Hebatkan? Kalau kita dah dapat cuti buat pe nak datang tempat kerja dah.
Masa pegi lawatan AJK Asrama dulu, cikgu sanggup call teksi untuk hantar kami semula ke hotel lepas tangki bas sekolah ‘terjatuh’ di tengah jalan. Kejadian tu berlaku tengah malam lepas jalan-jalan dekat The Mines. Dapat extra sehari meronda KL sementara tunggu bas siap dibaiki.
Susah nak sebut jasa mereka satu-satu. Walaupun tak sama macam jasa mak ayah sendiri tapi peranan yang dimainkan memang cukup besar. Sebab sebahagian masa remaja memang dihabiskan bersama warga pendidik ini. Lebih-lebih lagi kalau duduk asrama. Sebab tu kita sangat rapat dengan diorang walaupun dah habis belajar kat situ.
Masih lagi sempat bersua muka bila bertandang ke sekolah walaupun setahun sekali lepas dah habis sekolah ni. Kalau tak pun ziarah masa hari raya atau masa ada kenduri. Dah lost contact pun ramai juga.
Satu dedikasi buatmu wahai guru…
SKTU2 (1996-2001) & SMKA Johor Bahru (2002-2006)
Terima kasih yang tidak terhingga buat guru-guruku yang sudi mendidik kami anak-anak muridmu yang nakal ini. Dari kami kecil sampai dah boleh berdikari sendiri. Doakan kami anak nakal ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Khasnya buat guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2 (1996-2001), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (2002-2006), para pensayarah di UiTM Pulau Pinang (2007-2010) dan kepada semua para guru ‘tidak rasmi’ yang sentiasa memberikan ilmu dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang insan.
Jasa kalian takkan ku lupa hingga ke akhirnya walaupun telah lama tidak bersua muka ataupun terputus khabar berita. Maafkan segala kesalahan kami selama kami menjadi anak didikmu sedikit masa lalu. Kalau tak kena marah atau kena ‘ceramah’ dulu tak tahulah sekarang jadi ape..
Kepada rakan-rakan yang bakal bergelar sang pendidik, selamat berjaya di medan perjuangan. Didiklah anak-anak kita nanti dengan penuh tanggungjawab ye. InsyaAllah walaupun tugasnya berat, korang mampu buat punya.