Futsal PKI!



Minggu lepas (Sabtu, 24/10/2009) saya dengan kerabat-kerabat PKI yang laen bermain futsal di Safira Sports Planet dekat dengan Sunway Carnival. Program ni dilaksanakan adalah bertujuan untuk beriadah sebelum menjelangnya peperiksaan final exam yang bermula minggu ini.



Walaupun yang datang hanyalah beberapa kerat je. Tapi kira ok la sebab lagi pun ni aktiviti riadah bersama ahli-ahli PKI yang pertama sejak kelab ni ditubuhkan. Sebelum ini kami hanya sibuk dengan aktiviti kesenian terutamanya persembahan. So, mungkin inilah masa yang terbaik untuk aktiviti riadah ni. Hari tu pun ramai juga pelajar siswi yang nak datang. Tapi masalah transport pula menjadi batasan. Takpe, sem depan kte buat men bowling lak. Semua boleh main. Yang siswa lak pada awalnya katanya ramai. Tapi tak ramai lak. Mungkin stadi untuk final kot di rumah. Kalau tak pun da balik kampung.

Untuk pengetahuan baru first time datang maen futsal kat cni. Ikutkan dekat je dengan UiTM Penang ni. Tapi disebabkan takde transport, jadi men bola tampar je la di gelanggang Kolej Baiduri. Tengok boleh tahan gak bebudak PKI ni main futsal terutamanya team Asrar (team nasyid UiTM Penang). Ade can ni nak wakil UiTM Penang untuk KARISMA. Letih sampai lenguh kaki nak mengejar bola. Lagi pon dah lama tak main futsal memang la pancit. Di sini satu court telah disewa semurah 68 hengget tak silap. Main lak 2 jam memang puas hati la. Tapi stamina pula tak cukup. Letih woo. Tapi ikutkan susah nak dapat harga ni memandangkan main hari Sabtu yang sah-sah harga memang naik punye. Kalau kat JB ni boleh sampai RM80 satu court untuk satu jam. Kire berbaloilah. Thankz to saudara Kamarol yang mengorganize event ni. Di sini dah upload dah beberapa gamba. Walaupun wifi lembab cam siput sedoot nk upload. Upload la sket So, check it out ..Zass ^^



Harapannya, moga program ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah kita di dalam dalam PKI ni. Ye la kan berapa kali je yang kita jumpa untuk buat aktiviti kan? Jadi moga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan. Untuk ahli PKI lain yang tak hadir, harap-harap anda dapat memeriahkan lagi program PKI yang lain pada masa akan datang juga sebagai tanda sokongan kita kepada persatuan ini.



fitri: Congratz kepada semua AJK baru PKI kerana terpilih untuk megemudi PKI untuk satu tahun mendatang. All the best! Kepada AJK lama syukran jazilan di atas sumbangan anda terutamanya dalam mengukuhkan foundation PKI ni dulu.

fitrijohari007

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template