Setinggi kesyukuran kepada Allah swt yang masih memberikan ruang untuk saya menulis pada pagi ahad yang tenang ini.
Semalam saya sempat menghadiri program Preview ESQ 165 di Laman Perdana, UiTM Pulau Pinang. Sebenarnya dah 3 kali pihak ESQ datang ke mari untuk sesi preview ESQ tapi baru kali ini berkesempatan untuk menghadirinya. Sebelum ni selalu saja clash dengan aktiviti menyebabkan saya tak berkesempatan untuk menghadirinya walaupun jarak LP tu dengan kolej dekat sahaja.
Sebenarnya preview ini bertujuan untuk mempromosikan program ESQ ni kepada para pelajar di sini. Saya pun dah menyertainya pada bulan Mac 2009 dan menjadi alumni ESQ Angkatan ke-2 Penang. Masa tu program ni berlangsung di Dewan Politeknik Seberang Perai (PSP). Penyertaan saya di bawah tiket Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud. Terima kasih kepada pihak UiTM Penang yang menaja kami untuk menyertai kursus selama 2 hari ini.

