ESQ 165: Suatu Preview…

Setinggi kesyukuran kepada Allah swt yang masih memberikan ruang untuk saya menulis pada pagi ahad yang tenang ini.


Semalam saya sempat menghadiri program Preview ESQ 165 di Laman Perdana, UiTM Pulau Pinang.  Sebenarnya dah 3 kali pihak ESQ datang ke mari untuk sesi preview ESQ tapi baru kali ini berkesempatan untuk menghadirinya.  Sebelum ni selalu saja clash dengan aktiviti menyebabkan saya tak berkesempatan untuk menghadirinya walaupun jarak LP tu dengan kolej dekat sahaja.

Sebenarnya preview ini bertujuan untuk mempromosikan program ESQ ni kepada para pelajar di sini.  Saya pun dah menyertainya pada bulan Mac 2009 dan menjadi alumni ESQ Angkatan ke-2 Penang.  Masa tu program ni berlangsung di Dewan Politeknik Seberang Perai (PSP).  Penyertaan saya di bawah tiket Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud.  Terima kasih kepada pihak UiTM Penang yang menaja kami untuk menyertai kursus selama 2 hari ini.
Anda tahu apa itu ESQ 165?

ESQ ialah akronim kepada Emotional Spiritual Quotient.  165 pulak merujuk kepada 1 sifat ehsan ,6 rukun iman dan 5 rukun islam.  Kursus ni diasaskan oleh Pak Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia.


 ESQ model...

Biasanya kita dengar IQ kan? Tapi sekarang kita akan belajar bagaimana untuk memperkasakan emosi dan juga spiritual kita disamping IQ yang memang sentiasa diperkasakan selama 16 tahun kita menuntut di dunia ini (sekolah rendah sampai  habis degree).

Pendekatan yang digunakan ialah menyatukan ketiga-tiga jenis kecerdasan ini dalam satu untuk membangunkan seorang manusia yang mempunyai attitude yang cemerlang di samping intelektual yang tinggi.  Al-Quran dan As-Sunnah menjadi sumber rujukan dalam menjalankan pendekatan ini dan ditambah juga daripada aspek sains.  Memang banyak ayat al-Quran dan hadis yang akan anda dengar nanti.

Kepada sesiapa yang tak tahu, ESQ menghasilkan alumni seramai 50000-60000 orang dalam masa sebulan dan angka ini terus bertambah dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan training ini ke seluruh dunia.

Banyak sebenarnya training character building ni di seluruh dunia.  Tapi kebanyakannya dari barat yang memang jelas mengasingkan agama dari kehidupan.  Menekankan nilai moral tanpa pedoman agama.  Seperti kata Harun Yahya dalam buku Global Freemasons:
Morality without religion is nothing but sham rethoric.
Apa yang ada dalam ESQ ni?

Training biasanya dibuat dalam dewan yang gelap.  Kalau terang pun kadang-kadang je.  Anda akan rasa seperti menonton wayang sepanjang 2 hari ni.  Kelainannya dari kursus motivasi yang lain ialah anda tak perlu nak bawak apa-apa alat tulis dan yang sewaktu dengannya.  Bawak badan je.  Macam nak tengok wayang~

 macam nilah rupa dalam dewannya...

Multimedia yang digunakan memang superb.  Slaid-slaid yang menarik serta akan membuatkan anda berfikir sedalam-dalamnya tentang tujuan penciptaan anda di dunia ini.  Layar skrin memang saiz raksasa punya.
Lagi satu yang pasti menggugah emosi ialah PA system yang digunakan.  Setaraf konsert tau!  Bukan macam speaker wayang lagi dah.  Memang boleh menggetarkan jantung serta akan menambahkan feeling anda sepanjang training.

Kalau pasal makan memang A lah.  Makan beryani gam lagi masa saya jadi peserta dulu.  Semua kebajikan peserta dijaga dengan baik oleh ATS (Advance Training Support) sepanjang training ni.
Yang bagusnya, sekiranya anda pernah mengikuti training ini dan menjadi alumni, anda boleh hadir lagi training ini di mana-mana seluruh dunia sepanjang hayat anda.  Hanya perlu bawa kad alumni sahaja.

Pengalaman saya…

Suka untuk saya meminjam tag line ESQ : Feel the experience.  Get meaningful Life.
Memang susah untuk digambarkan dengan kata-kata mengenai training ni.  Anda perlu join dulu baru tahu.  Banyak yang bakal anda belajar tanpa perlu menulis di atas kertas. Ia suatu pengalaman yang perlu dirasa bukan untuk dicerita.  Sebab payah nak cerita.hehe…

DSC01137 saya ialah alumni ESQ! 

Saya meminjam analogi yang diutarakan oleh Pak Firdaus (salah seorang trainer ESQ):
3 orang profesor melakukan kajian mengenai durian untuk mengetahui ingredient yang terdapat di dalamnya.  Tapi mereka tidak merasanya melalui lidah mereka.  Hanya menggunakan peralatan canggih untuk mengesan kandungannya.

Sorang lagi namanya Ahmad (bukan nama sebenar..hehe).  Dia makan terus buah durian itu untuk merasai keenakannya.

Persoalannya, siapa yang dapat menikmati rasa buah durian itu dengan sepenuh perasaan? Profesor tadi atau Ahmad? Ha..lu fikirlah sendiri~
Memang kenalah dengan tag linenya:  Feel the experience.  Sebab penceritaan orang lain dan pengalaman yang dirasai sendiri adalah 2 perkara yang jauh berbeza.

Saya nak promote!

Training ni memang agak mahal daripada training yang lain iaitu RM 500 untuk mahasiswa (kalau tak silap).  Tapi pada saya ia amat berbaloi dalam usaha untuk membina diri anda sendiri untuk menjadi seorang insan yang cemerlang.  Lagipun, lepas ni boleh pergi banyak kali secara percumakan.  Tak kira di mana jua anda berada.  Bawak kad aje.

Saya amat bersyukur sebab saya pergi free je dulu.  UiTM tanggung semuanya atas tiket pemimpin pelajar.  Mana yang ada kelapangan bolehlah join ya! Pengalaman sekali seumur hidup ini tak wajar untuk dilepaskan.  You invest now and you will get the profit later...

Untuk student UiTM Penang, mai cepat-cepat isi borang dan sertai training ni yang bakal berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas, Penang.  Sebab pihak pengurusan universiti akan support 50% daripada jumlah tadi.  Jadi bayar RM 250 jela ye.  Dari guna duit tu belanja awek sebulan baiklah pergi benda ni.  Dapat manfaat..Terima kasih UiTM!

Kalau nak tahu lebih lanjut silalah teruskan pengembaraan anda ke laman sesawang di bawah:

www.esq.com.my 
www.esqway165.com

p/s: ini ialah iklan tidak berbayar.hehe..  Ia hanyalah rasa hati saya sendiri untuk berkongsi dengan anda
      semua.  Jom join! 

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template