RM0.00 FREE wallpaper! Dptkn funny video & true tone yg terbaru. Taipke <39979>.Janji nice giler!Htr OUT henti info msg.Pdft FREE 0321711286 Mmode
Nak tengok video yang POPULAR? Taip ON EHSA hantar ke 32226
dan download skrang. Semua pdftaran FREE.
Hebohkan!
Lebih 100 video homemade yg terpanas untuk koleksi anda!
Jika mau, sila balas Ya. Yang pasti sektified!
Hanya utk umur 18 ke atas, Warning!!
Ha…ni lah antara mesej-mesej yang sering saya dapat daripada penghantar-penghantar yang sesat. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja mesej sebegini yang menerjah ke Inbox handphone ni.
Sengaja disimpan dalam Inbox yang tak penuh-penuh ni. Bukan hendak di layan mahupun dibalas. Tapi sekadar menjadi bahan untuk dikongsi bersama pembaca blog :: ana fitri :: .. Saya juga percaya ramai sahabat blogger yang turut menerima mesej yang hampir sama.
Dengan bahasa yang simpang siur dan ayat yang tak berapa nak sedap bunyinya menambahkan lagi perasaan meluat untuk membaca mesej sebegini. Lihat pada sender dalam message list sahaja pun dah tau yang mesej ni memang mengarut. 62881, 62003, 62333 adalah sebahagian daripada nombor penghantarnya. Yang hantar guna nombor handphone sebenar pun ada.
Yang peliknya, mesej dihantar menggunakan nombor lain, tapi minta untuk direply semula pada nombor yang lain. Tak tahulah apa yang mereka dapat dengan menjadi agen kepada tuan punya mesej ni.
Saya lihat trend mesej sesat ni semakin bertambah dari masa ke semasa. Kalau dulu 2 atau 3 minggu sekali baru dapat. Sekarang hampir 2 atau 3 hari sekali. Ada sahaja benda merapu yang masuk. Kalau mesej jemputan untuk menghadiri program anjuran ESQ takpe juga. Malah lagi besar manfaatnya daripada mesej picisan seperti ini.
Kandungan mesej boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti di bawah:
1) Pelawa download video klip lucah
2) Download GPRS secara free (konon-kononnya)
3) ON SUNYI, ON GAME, ON PANAS, ON KAWAN dan JU-ON (yang ni ditambah..hehe)
Semuanya berlegar-legar sekitar tu sahaja. Hanya ayat je yang diubah mengikut selera masing-masing. Topiknya tetap sama.
Ada satu ketika saya sempat membalas:
Salam..tolonglah..kiamat dah dekat. Takkan matahari dah terbit kat barat baru nak insaf kot..
Mesej yang ringkas cuma mengharapkan si penghantar dapat mengambil iktibar tanpa mengira agama dan bangsanya.
Masihkah ada yang diperbodohkan?
Erm..yang ni susah nak jawab. Sebabnya cara berfikir manusia yang berbeza-beza. Tapi pada pandangan saya golongan kanak-kanak dan remajalah yang sering menjadi mangsa. Kalau yang dah dewasa ni InsyaAllah dah boleh berfikir secara rasional.
Kanak-kanak sekolah rendah mengggunakan handphone bukanlah suatu pemandangan yang ganjil sekarang. Ada yang lebih advance siap ada akaun Facebook lagi. Kalau yang dah sekolah menengah tak payah ceritalah ya..
Saya kira merekalah golongan sasaran para pencemar teknologi ni. Biasanya golongan sebegini yang paling mudah dimanipulasi. Mereka sering tertarik dengan benda percuma (yang dewasa pun kadang-kadang sama juga). Tambah pula sifat ingin tahu yang memang dah semulajadi tertanam dalam diri seorang remaja.
Ada handphone susah..takde handphone pun payah. Tapi kalau dalam konteks umur, mereka masih belum boleh menggunakan gajet yang diberi nama handphone. Kalau dah habis sekolah barulah boleh bagi.
Rasionalnya banyak laporan akhbar yang mengatakan gajet ini sering disalahgunakan oleh golongan terbabit. Yang dewasa pun tidak dilupa. Kalau kurang pasti boleh belek akhbar nanti.
Macam mana diorang boleh dapat nombor ni ek?
Entah-entah telco ni berkomplot tak dengan sender ni..
Hantar main tibai je kot.. Kalau tak pun kedai yang jual nombor telefon ni yang bagi kat diorang…
Bila berbual dengan kawan-kawan, jawapan ni lah yang saya selalu dapat. Tak tahu sejauh mana kesahihannya. Saya pun agak pelik. Macam mana nombor kita pun dia boleh tahu? Sebabnya nombor broadband saya pun mereka tahu. Padahal baru baru sahaja beberapa hari didaftarkan. Ada sesiapa yang tahu sila angkat tangan!
Lepas ni kita semua perlu lebih berhati-hati bila dihujani mesej sebegini. Tak perlu dilayan mahupun dibalas. Mungkin cukup sekadar butang delete yang perlu ditekan!