Boleh Menulis Semula~
Minggu ni disibukkan dengan test yang dah beratur menunggu giliran sejak sebelum cuti mid sem lagi. Ada dua test yang baru sahaja berlalu iaitu Mechanics of Automotive Vehicle (MEV322) dan pagi tadi mengadap Internal Combustion Engine @ ICE (MEV)352. Alhamdulillah semuanya ok kecuali paper ICE. Tiba-tiba blur seketika masa test tadi.
Tirai bulan Mac ini juga dimulakan dengan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Pelajar UiTM Penang yang telah lama tertangguh sejak Oktober 2009 yang lepas dan konvensyen ini baru sahaja berakhir pukul 5.30 petang tadi.
Memang kelam-kabut dibuatnya untuk menyediakan slaid, dokumentasi dan perkara berkaitan dengan presentation KIK ni. Lagipun semua proses yang dilalui untuk menyiapkannya adalah begitu rumit dan segalanya berbentuk teknikal. Saya sendiri gagal untuk memusatkan tumpuan antara test yang sedang berjalan dan juga untuk projek KIK sampai blur dibuatnya masa menjawab test ICE tadi.
Malam tadi pun sibuk menyiapkan projek walaupun pagi ni testnya sedang menunggu. Tapi tawakal sahaja yang harus dipanjatkan buat masa ini. Moga apa yang mampu dijawab diberikan markah semaksimum mungkin oleh lecturerku yang budiman nanti.
Ada Apa Dengan KIK?
Mungkin ada yang belum pernah mendengar istilah KIK atau Kumpulan Inovatif Kreatif sebelum ni. Jadi saya akan terangkan serba sedikit mengenai apa itu KIK.
Kumpulan Inovatif Kreatif adalah kumpulan yang ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kolej kediaman sambil disertakan sekali langkah penyelesaian yang relevan untuk menyelesaikan masalah tersebut pada jumlah kos yang paling minimum. Tak faham lagi?
Saya ambil satu contoh. Masalah yang selalu sangat berlaku kat UiTM Penang ni ialah kecurian ketika solat jumaat. Tak tahulah lahabau mana yang sanggup meninggalkan solat Jumaat semata-mata untuk mengambil sesuatu yang bukan hak mereka.
Jadi masalah ini adalah masalah kolej dan kumpulan KIK pula harus mencari satu langkah penyelesaian bagi mengatasinya. Itu hanya satu contoh dan pemilihan topik adalah bebas.
Bukan Setakat Itu….
Bukan setakat cari punca dan langkah penyelesaian ya. Tapi ada beberapa langkah yang agak rumit yang harus dilaksanakan selain dua perkara tadi. Susah nak diterangkan di sini sebab terlalu teknikal. Kalau pergi kursus baru faham. Tapi secara kasarnya macam tu lah yang saya nak kongsi.
Slaid kumpulan saya saja pun dah mencapai 50 slaid dan perlu dibentangkan dalam masa 20 minit. Memang letih nak menyiapkannya. Tapi langkah-langkah yang diberi memang akan menjadikan projek kita ni sangat sistematik jika diikuti dengan baik.
Dalam projek ni semua yang dibentangkan mesti disokong dengan bukti. Bukti-bukti ni pun mesti diserahkan pada pihak juri. Kalau buat statement tanpa bukti memang kena sound la dengan juri. Contohnya buat kaji selidik sebagai bukti yang boleh menyokong projek kita.
Yang penting kena la ada kreativiti dan inovasi dalam projek tu. Baru markah masyuk…
Zamrud Salvation (ZaSS)
Team KIK saya diberi nama Zamrud Salvation (ZaSS). Dah macam cerita terminator pulak..haha. Saya bertindak sebagai ketua kumpulan. Projek yang kami buat ialah menyelesaikan masalah papan notis yang berserabut kat kolej Zamrud ni. Papan notis kami guna whiteboard je.
Maklumlah, student UiTM Penang ni rajin buat program. Banyak sangat notis aktiviti sampai dengan selambanya menindih notis orang lain. Ada yang lagi baik hati sampai dikoyakkan/ ditanggalkan terus notis orang lain semata-mata nak letak notis sendiri. Baik kan?hehe..
mula-mula balut polystyrene dengan kain dulu…
begitu khusyuk membuat border line…
inilah hasilnya…
board segitiga..credit to ucop..
Asalnya nak cadangkan board segitiga. Boleh tampal lagi banyak notis dan pada masa yang sama dapat menjimatkan ruang berbanding guna whiteboard yang panjang tu. Tapi disebabkan nak bajet yang minimum, modified whiteboard sedia ada jela..
Simple je projek ni sebenarnya. Tapi nak buat slaid pembentangan yang menyebakan timbulnya sedikit kepayahan kepada kami.
Pembentangan…
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Soalan yang juri tanya pun dapat dijawab dengan alasan yang baik. Kalau silap sikit-sikit tu biasalah sebab kami pun masih belajar untuk memahami KIK ni.
Sebenarnya saya kurang bersedia untuk presentation pagi tadi sebab masa yang pendek perlu dibahagikan antara test dengan menyelesaikan projek sampai terlupa prepare untuk presentation. Nasib baik semuanya ok! Ada la dekat 40 minit berdiri atas pentas tu.
Dan Pemenangnya…
ahli Zass dan Synergy dengan trofinya…
N.Johan: Synergy- K.Zamrud (paku sendal pintu..sapa nak pecah masuk bilik guna kad sim card tu memang say bye2 la..)
Ketiga: Great Wall of Baiduri-K. Baiduri (buat border line depan pintu bilik. Jadi selipar Jepun tak boleh lebih line. Tujuannya untuk kurangkan masalah selipar yang bersepah depan pintu bilik)
Dokumentasi terbaik: Zamrud Salvation (Tahniah untuk semua ahli!!)
Ada lagi anugerah lain iaitu presenter terbaik, penjimatan kos terbaik, dan persembahan terbaik. Lihat pada senarai pemenang. Semua projek simple-simple sahaja. Tiada yang rumit. Hanya kreativiti dan inovasi sahaja yang perlu disuntik dalam projek. Tapi saya percaya, kreativiti dan inovatif ni memang perlu diasah selalu barulah kedua-dua potensi ni dapat ditonjolkan.
Bagus juga tak dapat top two. Sebabnya 2 kumpulan terbaik akan bertanding di UiTM Shah Alam untuk peringkat kebangsaan pada 28 Mac ni. Banyak lagi yang kena diperbetulkan jika kami layak untuk ke peringkat seterusnya. Syukur juga sebenarnya bila rezeki kami untuk pertandingan ini hanya terhenti setakat ini sahaja.
Sekalung penghargaan buat semua ahli KIK ZaSS diatas perngorbanan anda untuk team ni dan saya sebagai ketua kumpulan amat menghargai semangat dan komitmen anda semua sepanjang projek kita berjalan. Juga untuk juri yang sentiasa memberikan kritikan dan saranan untuk memantapkan lagi projek kami.
Selamat maju jaya buat yang layak!