Malam Aspirasi Islam Kembali!

Alhamdulillah..siap juga banner lepas seminggu menunggu untuk didesign dan diprintkan menjadi sehelai banner.  Hantarnya awal dah.  Tapi sebab masalah teknikal  menyebabkan proses pembuatan banner ni tertangguh.  Inilah hasilnya:

konset kesenian islam

pakat mai ramai-ramai!!

Mana yang tak tahu lagi, Malam Aspirasi Islam ini merupakan program wajib yang dianjurkan oleh Persatuan Kesenian Islam UiTM Penang.  Boleh kata setiap sem ada sejak dari penubuhannya pada 30 Julai 2008 dan kali ini dah masuk edisi yang ke-3 penganjurannya.

Sebelum ni kami pernah menjemput kumpulan UNIC untuk edisi pertama (bersempena dengan Penang UiTM University Carnival, PUUC) dan kumpulan In-Team untuk edisi kedua (bersempena dengan UniFes_09).  Untuk kali ini kami menjemput kumpulan Unique (formerly known as UNIC) untuk memeriahkan konsert kali ni.


Kenapa nak buat konsert?

Ketika penubuhan PKI dahulu, kami mensasarkan untuk mempromosikan kesenian Islam di dalam kampus sebagai alternatif kepada bidang kesenian lain yang memang telah lama bertapak di kampus ni.  Saje je nak memeriahkan lagi suasana kampus yang agak suram buat masa ni. Bukan sekadar hiburan kosong, tetapi hiburan yang mendidik jiwa.

Konsert artis jemputan adalah sesuatu kelaziman di IPT lain.  Tiap sem ada saja konsert.  Kadang- kadang sampai satu sem buat dua kali.  Tapi tidak di sini.  Sebelum penubuhan PKI pada tahun 2007, konsert terakhir di sini ialah pada 2004 (kumpulan Hijjaz).

Konsert UNIC Far-E-ZeeN dan UNIC..setahun yang lalu…

Jadi kami mengambil inisiatif untuk menganjurkannya semula.  Terima kasih atas kesudian pihak HEP untuk menyediakan bajet bagi menganjurkan program ni.  Dah 3 kali dah sponsor.  Syukran!  Nak buat tiket tak boleh sebab kami takde dewan tertutup.

Lagipun bukankah seni juga salah satu daripada uslub dakwah?  Banyak cara nak sebarkan dakwah ni.  Cuma kami rasa platform kami dah tersedia di bawah PKI.  Jadi, baiklah guna sementara stok kesempatan masih ada.hehe.  Dakwah melalui seni pun rasanya lebih santai.  Tambah pula anak remaja sekarang yang gemar dengar muzik dan lebih dekat di hati mereka.

Untukmu Palestin…


Tema kita kali ni ialah Untukmu Palestin.  Tema ini dipilih bertujuan untuk mengingatkan kita dengan penderitaan saudara Islam kita di Palestin yang sentiasa ditekan oleh pihak Zionis laknatullah tu.  Memang kita tak mampu nak pegang senapang tembak askar diorang tu sorang-sorang. 

Sekurang-kurangnya dapat kita doakan mereka semoga perjuangan mereka sentiasa mendapat pertolongan Allah.  Paling sikit pun mendoakan kesejahteraan mereka tiap kali lepas solat.  Moga-moga mereka akan terus berjuang hingga ke akhirnya.

Kita pun janganlah tengok saja ye macam negara-negara tok arab ni.  Dah kaya pun tak nak tolong jiran sebelah.  Kita yang jauh ni pulak yang lagi banyak tolong dari mereka.

Hulurkan tangan ringankan beban…

Kalau ada duit lebih anda digalakkan untuk memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit.  Pihak penganjur akan menyediakan tabung sumbangan untuk disalurkan kepada mereka melalui Aman Palestin.

Wakil dari Aman Palestin pun kami jemput untuk memeriahkan lagi konsert ni dan booth mereka akan dibuka di Laman Perdana pada malam tu nanti.  Moga sedikit sumbangan yang kita infakkan dapat meringankan beban mereka dan mendapat keredhaan Allah.

Promote jangan tak promote!

Apalagi..mana yang dah tau tu promote la ye pada kawan-kawan yang lain! Masuk percuma.  Mana yang duduk kolej Mutiara bas UiTM sedia menjadi transporter anda.  Saksikan persembahan Unique secara live nanti.  Jumpa anda di sana~

entry pasal Malam Aspirasi Islam juga ada di sini…
jom blogwalking di blog PKI…

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template