Hanya suatu yang biasa…

Mane Fitri dengan Alan?

Ha?! Fitri dah keluar? Tak nak datang la macam ni..

Kenapa nama da tukar dari UNIC ke Unique?  Sebab ada yang dah keluar ke?

Unique? Sape tu?

Ni lah antara pertanyaan yang selalu menghujani kami ketika sebelum dan semasa Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (MAI 3) berlangsung.  Dah habis konsert pun ada yang tanya lagi.  Letih juga menjawab pertanyaan yang sama setiap hari.  Sejak dari hari menaikkan banner konsert lagi.

Tak mengapa.  Sebab artis nasyid ni bukannya selalu masuk surat khabar berbanding artis bukan nasyid walaupun kumpulannya terkenal dalam industri nasyid ni.  Sebab tulah ramai yang tak tahu.  Bagus jugakan tak selalu masuk surat khabar.  Jadi takdelah gosip liar yang kadang kala tak berasas melanda diri ye tak?

Kedudukan kumpulan Unique...

Untuk pengetahuan semua peminat nasyid, kumpulan UNIC telah menukar namanya kepada Unique selepas tamat kontrak dengan Hijjaz Record.  Kira bukan sebab anggotanya yang berkurang la ye.  Tapi atas sebab kontrak yang telah tamat tempoh.  Sekarang mereka bergerak sendiri dengan bernaung di bawah Unique Nasyeed and Training Consultant Sdn Bhd.

Anggotanya pula telah berubah dari lima orang kepada tiga orang sekarang.  Ketika mereka datang ke UiTM Penang dulu hanya 4 orang je yang datang iaitu Fakhrul, Fitri, Alan dan Fazli sebab saudara Bazli masih lagi menuntut di Mesir.

Sekarang Bazli telah pun kembali tapi saudara Fitri dan Alan pula telah mengundurkan diri atas sebab-sebab tertentu.  Apa yang abang Bazli cakap ketika konsert tempoh hari mereka berhasrat untuk bergerak secara solo.  Kami dari PKI mendoakan semoga mereka berjaya. Kalau ada maklumat yang salah sila betulkan ya.

Walaupun dah tinggal 3 orang tapi saya rasa persembahan mereka tetap menghiburkan macam dulu.  Dah dua kali panggil ke UiTM Penang tapi kedua-dua persembahan mereka berbeza.  Memang mantoplah!

Keluar masuk perkara biasa…

Saya bukan artis tapi hanya anggota kumpulan Far-E-ZeeN yang memeriahkan nasyid di UiTM Penang ni bersama kumpulan yang lain.  Tapi kami sendiri pun pernah mengalami perkara yang sama.  Sejak kumpulan kami ditubuh 3 tahun yang lepas memang ada anggota yang keluar dan masuk.  Daripada 16 orang ketika Minggu Mesra Siswa (MMS) dulu sampailah kepada 6 orang sekarang.  Ada jugalah junior kami yang membantu main percussion untuk pertandingan.  Terima kasih~

 anggota asal UNIC...

Unique sekarang....

Ok..habis cerita Far-E-ZeeN kita pergi kepada nasyid mainstream pulak.  Kumpulan Unique a.k.a UNIC pun dah berapa kali tukar anggota.  Boleh kata setiap album ada sahaja ahli yang keluar masuk.  Tapi aura dan vokal harmoni mereka tetap maintain.hehe.

 in-team..dulu...

 in-team..sekarang...

Contoh lain ialah kumpulan in-team.  Dulu berempat.  Sekarang bertiga bila Hisyam (diganti oleh Rahim) dan Suhaimi keluar.  Ada banyak lagi contoh lain dan anda bolehlah search sendiri di internet.  Yang ni saya ambil sebagai contoh sebab ramai remaja sebaya saya yang amat meminati mereka.

Pada saya ini adalah proses biasa dalam mematangkan sesebuah kumpulan.  Bukan senang untuk bergerak secara berkumpulan berbanding solo.  Sebab setiap anggota mempunyai pendapat masing-masing yang harus dihormati.  Setiap keputusan pula harus mendapat persetujuan semua dan persefahaman serta tolak ansur antara anggota amatlah penting.  Kalau tak boleh berpecahlah jawabnya.

Bila ada anggota yang keluar, penyesuaian pula perlu dibuat untuk memastikan mereka boleh adapt dengan situasi baru ni.  Yang pastinya bukan sesuatu yang mudah!  Nak susun semula vokal, gaya persembahan ketika show dan macam-macam lagi.  Tapi bagi penyanyi profesional mungkin senang je kot.  Entah..ia hanya pendapat peribadi saya.

Jangan putus asa…

Dalam medan dakwah mesti ada tribulasinya ye tak? Mungkin perkara sebegini mempunyai hikmah disebaliknya dan Allah saja yang maha mengetahui.  Mungkin juga ia adalah ujian yang Allah turunkan untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keikhlasan hambanya dalam mengharungi mehnah dalam perjuangan ini.

Cuma saya berdoa moga perjuangan mereka dalam menyampaikan dakwah melalui seni ini akan berterusan selagi ada umur dan tenaga supaya hiburan mendidik jiwa ini dapat menjadi wasilah untuk mengubati penyakit moral yang sedang melanda masyarakat Islam kita ketika ini.

AmeeN~


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template