Result SPM 2009: Tahniah kepada semua!


 Untuk permulaan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan SPM di sekolah masing-masing semalam.  Buat yang lulus dengan cemerlang tahniah di atas usaha gigih anda untuk menggapai keputusan setinggi itu.

Buat yang kurang berjaya tahniah juga untuk anda kerana berjaya untuk menghabiskan 11 tahun alam persekolahan yang anda lalui.  Tentu banyak rintangan, dugaan mahupun keseronokan yang telah anda lalui sepanjang pengajian anda di sekolah.  Moga pengalaman yang anda semua lalui dapat dimanfaatkan untuk masa-masa akan datang.

Merujuk kepada akhbar The Star, sekolah terbaik untuk SPM 2009 ialah Sekolah Sains Seremban.  10 pelajar yang terbaik juga diumumkan semalam bersama-sama dengan 4 orang pelajar OKU.  Berita lanjut boleh rujuk kat sini.


tahniah kepada anda semua...

Saya rasa kagum dengan 4 pelajar istimewa ni.  Mereka masih mampu untuk mencapai keputusan yang cemerlang meskipun berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk menimba ilmu.  Kita yang celik ni pun boleh kalah.  Jadi terbuktilah bahawa kecacatan bukanlah penghalang untuk berjaya ya! Banyak sangat contoh yang Allah dah tunjukkan pada kita.  Jadi tepuk dada tanya diri sendiri!

Teringat masa amik keputusan SPM 2006 dulu…

Ya..saya menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2006 yang lepas.  Saya dan rakan-rakan seperjuangan pergi ke sekolah beramai-ramai.  Ada juga yang datang dengan keluarga masing-masing.  Tapi yang ramai yang datang dengan kawan-kawan.  Siap drive kereta sendiri lagi.  Sungguh happening..

Memang sangat mendebarkan bila melangkah masuk ke Dewan Omar Abdul Aziz SMKAJB pada pagi tu.  Ye la orang nak ambil keputusan SPM kan.  Tipulah kalau takde rase apa-apa melainkan ada mak ayah dia yang kerja di Lembaga Peperiksaan.hehe..jadi dah tau result awal-awal (harap-harap tak berlaku).

Denyutan jantung bertambah laju bila cikgu buat muka suspen ala-ala Jalaludin Hassan dalam Who Wants To Be A Millionaire bila bagi slip SPM tu pada saya.hehe..

SMKAJB yang dirindui...

Alhamdulillah.. lepas keputusan dalam gengaman tamat sudah teka-teki yang bersarang dalam minda ni selama 3 bulan.  Saya amat bersyukur dengan keputusan yang diperolehi.  Tapi takdela straight A ye.  Biasa-biasa sahaja.  Kira berbaloilah dengan usaha yang telah diletakkan selama ini.

Sekalung penghargaan kepada semua guru-guru saya sepanjang 5 tahun saya menuntut di situ.  Banyak yang saya pelajari di sana.  Kena ‘dera’ dengan abang senior, jadi pemimpin sekolah, persatuan dan macam-macam lagi.  Semuanya terpahat di minda ni.

Pesanan buat adik-adikku...

Sebenarnya perkara nilah yang selalu dilupakan oleh lepasan SPM dan ia menjadi satu bencana jika tidak direnung jauh-jauh.  Pencapaian SPM yang cemerlang langsung tidak menjamin kejayaan anda di universiti.  Ia hanya sebagai tiket untuk melayakkan  anda masuk ke universiti yang dipohon dan tidak lebih dari itu.  ‘You will start from scratch’ kata orang putih.

Sepanjang di UiTM Penang ni pun dah ada beberapa contoh yang mengiakan kenyataan saya ini.  Intake kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal hampir 500 orang tapi bila tamat semester 6 hanya separuh sahaja yang grad.  Selebihnya ada yang berhenti atau diberhentikan!

Sebab diberhentikan pulak macam-macam.  Ada yang tak lepas pointer, dah repeat paper lebih tiga kali, dismiss dan macam-macam lagi.  Subjek di universiti pun bukannya semudah SPM.

Biarpun anda telah memilih kursus yang diminati tapi tidak bermakna anda akan berjaya hingga ke akhirnya.  Tanpa usaha yang berterusan dan disiplin yang kuat, jangan harap la nak lepas 3 pointer.  Kalau dapat 4 flat memang hebatlah.

Jadi untuk yang kurang berjaya, jadikan kegagalan anda sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya lepas ni.  Tinggalkan result SPM anda untuk memulakan lembaran hidup yang baru di matrikulasi atau di universiti nanti.

Yang dah berjaya beringat-ingatlah ye.  Bukan untuk menakut-nakutkan anda.  Tapi itulah realitinya.  Takut-takut kejayaan anda akan diuji oleh Allah swt.  Maintain zuhud and be a humble person.
Moga usaha keras anda diteruskan untuk waktu-waktu yang mendatang dan terus istiqamah ketika berada di jalan Allah ini...

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template