Derma darah atau simbah darah?

kerja orang yang takde kerja...

Terkejut hari ni bila membaca berita berkaitan dengan negara jiran kita yang sedang mengalami krisis politik, Thailand.  Rasanya dah lama dah mereka ni berdemonstrasi untuk menuntut Perdana Menterinya Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan.

Baik kumpulan baju merah dengan baju kuning.  Kedua-duanya sama sahaja kebrutalannya ketika berdemonstrasi.  Ingat lagi ketika kumpulan baju kuning yang ‘menawan’ lapangan terbang Suvarnabumi tak berapa lama dulu?  Kejadian tu memaksa lapangan terbang tersebut ditutup kepada orang awam.  Dahsyat sungguh.  Kali ni geng baju merah pula nak menunjukkan kekuasaan mereka untuk mendesak PM Thailand membubarkan parlimen agar pilihan raya semula dapat diadakan..


Tapi kali ni lagi dahsyat…

Tapi untuk kali ni kumpulan baju merah melakukan tindakan yang lebih drastik dengan mengumpul 1 juta sentimeter padu darah untuk disimbah di depan pintu pejabat Perdana Menteri dan di kediaman rasminya.  Jadi setiap orang kena derma 2 sudu teh darah untuk capai matlamat ini.  Tu pun kalau 100 ribu orang yang join demonstrasi ni.

Kumpul 1juta sentimeter padu darah semata-mata untuk disimbah? Ada ke patut?!  Kemudian penyokong mereka bersorak dengan gembiranya bila darah mereka diambil.  Siap goncang-goncang lagi balang darah tu.  Kalau derma darah tu takpe jugalah.  Dapat pahala.

Saya tak nampak pun kewajaran untuk membenarkan protes dengan cara seperti ini.  Darah yang diambil pula akan dicampur dengan darah orang lain dalam satu balang yang lain semata-mata untuk disimbah!
Tak tahulah sejauh mana mereka berfikir sebelum tindakan ini diambil.  Rasanya banyak lagi cara yang lebih relevan untuk melakukan tindakan protes tapi bukannya dengan cara seperti ini.
 
Dari simbah lebih baik derma.. betul tak?

Pernah tak anda dengar masalah kekurangan darah di Pusat Darah Negara?  Pernah tak anda dengar kes mangsa kemalangan yang meninggal dunia sebab ketiadaan bekalan darah?


Patutnya darah mereka ni disalurkan kepada yang memerlukan.  Tak tahulah kalau negara Thailand memang tiada masalah kekurangan bekalan darah.  Sekurang-kurangnya bila derma darah dapatlah kita menyumbang untuk menyelamatkan nyawa orang lain.  Siap dapat pahala lagi.

Pihak Palang Merah sendiri mengutuk tindakan yang diambil oleh penyokong Pro-Thaksin ni yang menganggap ia sebagai satu pembaziran dan berisiko untuk terdedah kepada penyakit Hepatitis dan Aids.  Bahaya tu.  Sebabnya mereka bimbang prosedur pengambilan darah ini dilakukan dalam persekitaran yang tidak bersih dan dilaksanakan oleh orang yang tak terlatih.  Kalau guna jarum yang sama berulang kali takut kena Aids pulak nanti.

Kalaulah satu juta sentimeter padu darah tu didermakan, mesti selesai masalah kekurangan darah untuk beberapa bulan.

Syukur Malaysia masih aman… 


Alhamdulillah..nasib baiklah Malaysia masih lagi aman walaupun politiknya mengalami sedikit kekacauan.  Kalau berdemo tu mungkin perkara biasalah.  Tapi kalau sampai simbah darah tu dah melampau sangat tu.
Harap rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat tolak ansur dan sopan ni tak buat macam tu ye.  Bila nak buat sesuatu tu fikirlah sekali akan akibat yang mendatang.  Bak kata Ustaz Hasrizal:
Have a sense of begin with the end in mind. 
Perbezaan pandangan tu perkara biasa tapi janganlah perbezaan ini menjadikan kita seorang yang tak pandai menghormati pendapat orang lain.  Sampai nak simbah darah pulak.  Kalau pakai darah lembu tu boleh la lagi diterima.  Ni guna darah manusia yang memang kita tahu memang tak jual pun kat pasar malam!

Fikir-fikirkanlah.  Moga kita menjadi manusia yang matang dalam menangani masalah yang mendatang.  Jangan terlalu ikut emosi takut nanti binasa diri.


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template