HSBB…penghijrahan dari Berukband kepada Broadband


Ini pasal HSBB ye.  Bukan HSBC bank.hehe

Internet dah jadi sesuatu yang penting dalam gaya hidup sekarang.  Kalau dulu bekalan air dan elektrik dianggap sebagai keperluan asas bagi sesebuah rumah.  Tapi sekarang internet pun dah jadi satu keperluan di rumah kita.

Student universiti sekarang pun ramai yang bergantung kepada internet untuk menyiapkan assignment dan projek.  Kalau dibuat perbandingan, rasanya maklumat untuk assignment lebih banyak diperoleh dari internet berbanding buku di perpustakaan.  Taip je kat Google insyaallah jumpelah apa yang dicari.  Kalau kat perpustakaan nak cari satu-satu lagilah malaskan?  Rujukan dari internet lagi banyak daripada buku.

Pelajar + laptop + broadband = Gaya hidup pelajar sekarang =)


HSBB..Apa tu?

2 hari lepas Perdana Menteri baru sahaja melancarkan Dasar Broadband Negara (NBI) di dataran Merdeka.  Langkah ini diambil dalam usaha untuk menambah baik kualiti broadband di negara ni yang agak teruk berbanding dengan negara lain dan untuk meningkatkan kadar penembusan internet sebanyak 50% dalam tahun ini.

 ini adalah fakta!

Kepada blogger yang tak tahu, HSBB ni adalah akronim kepada High Speed Broadband.  Pelaksanaan HSBB ni menawarkan sambungan internet serendah 5Mbps hingga 20Mbps.  Dari maklumat yang saya cari kelajuan ni masih boleh ditingkatkan hingga 1Gbps pada masa akan datang.  Ianya sangat laju dan ini merupakan berita baik untuk para pendownload yang setia.hehe.  Kalau pakai 4Mbps pun dah puas hati apatah lagi 10Mbps.  Projek HSBB oleh Telekom Malaysia (TM) ini dipanggil TM UniFi.

Fungsi terkini yang dimasukkan sekali dengan HSBB ni ialah kita boleh menggunakan perkhidmatan IPTV.  Apa itu IPTV?  IPTV ialah Internet Protocol TV.  Senang cerita anda boleh menonton televisyen menggunakan internet.  Tak payah pakai Astro.  Sebab IPTV tidak akan terjejas sekiranya cuaca buruk.  Kalau Astro jangan kata hujan, bila awan tebal pun signal dah tak dapat.

Tapi…

Biasalah..setiap yang menarik pasti ada kontranya juga.  Buat pertama kalinya TM memperkenalkan fair usage secara terang-terangan dalam pakejnya.  Harga dengan kuota fair usagenya boleh tengok dalam brochure di bawah:

 klik untuk tumbesaran...

TM ada buat juga usage cap sebelum ni.  Tapi hanya heavy user sahaja yang akan dihadkan penggunannya.  Tapi sekarang TM akan melaksanakan usage cap ni untuk kesemua pakej.  Kalau anda bukan seorang pendownload tegar macam saya ianya bukannya suatu masalah.

Tapi kalau banyak tengok IPTV mungkin akan terganggu kot bila dah sampai had penggunaan.  Kelajuan internet anda akan dikurangkan sebanyak 10% jika melebihi kuota yang ditetapkan.
Harga pun agak mahal jika dibandingkan dengan pakej biasa (1Mbps).  Tapi kalau nak laju kenalah bayar lebih ye tak?  Saya rasa harganya mungkin akan diturunkan tapi akan mengambil masa.  Bila dah ramai yang pakai esok mungkin boleh dapat murah.

Internet kita mahal...

Untuk pengetahuan semua, kadar bayaran internet di Malaysia ketika ini boleh dikatakan agak mahal berbanding negara jiran kita yang lain. Saya bukannya seorang yang pesimis tentang negara sendiri dalam hal ni.  Tapi harap-harap ianya boleh dimurahkan lagi di masa hadapan.  Lagipun ramai pengguna internet yang merasakan harga perkhidmatan yang dibayar tidak setimpal dengan servis yang diberikan terutamanya pengguna wireless broadband.  Internet juga bukanlah sesuatu yang sangat baru di Malaysia.  Jadi penambahbaikan yang signifikan amatlah perlu.

Buat masa ni Taiwan, Brazil dan Latvia jauh terkehadapan meninggalkan kita dalam arena broadband.  Laporan daripada Cisco System juga menyatakan bahawa internet di negara kita belum lagi memenuhi gaya hidup masa kini.  Sumbernya di sini.

Harapannya agar istilah berukband di Malaysia ni akan bertukar semula kepada broadband bila Dasar Broadband Negara ni dah dilaksanakan sepenuhnya.  Nak cuba P1 pulak lepas ni~


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template