Seminggu dua ni Celcom Broadband buat hal pulak. Sebelum ni takdelah sampai tak pernah buat hal langsung. Tapi kebelakangan ni agak kerap pula line Celcom ni buat hal. Masalah yang sering dihadapi ialah tak boleh nak surf internet langsung walaupun signalnya full bar.
Dalam masa yang sama meter pada dashboard celcom ni menunjukkan 0.00kbps untuk download speed. Maknanya tiada langsung aktiviti muat turun data yang berlaku. Puas page di refresh tapi hanya mesej "Cannot establish connection" sahaja yang keluar.
Masalah oh masalah...
Masalah ni selalu berlaku bila waktu malam. Pukul 8 malam je memang tak boleh bukak page. Sebelum kemeluatan ini berterusan, nombor 1111 (Celcom Careline) pantas di dail dari handphone ni. Daripada menyumpah-nyumpah modem tak bernyawa ni baik buat aduan kat Celcom betul tak?
speed yang sangat 'laju'...
Lepas panggilan dilayan saya terus menyatakan masalah yang saya hadapi pada telefonis tu. Kemudian dia meminta saya buat test drive di speedtest.net dan keputusan yang diperoleh amat mengejutkan!. Slow gila internet ku. Hanya 0.08kbps sahaja kelajuan muat turunnya. Laju sikit dari dial-up. Padanlah ramai pengguna tukar perkataan broadband kepada berukband. Dah slow macam beruk dah. Sebab pakej yang dilanggan ialah D50 @ 384kbps (best effort ye). Tapi tak sampai suku pun daripada kelajuan yang dilanggan.
Slow sangat tu dik.
Takpe. Adik bagi alamat rumah dan kami akan hantar Support Team kami ke kawasan tu untuk pemeriksaan.
Nanti kami akan hubungi semula dalam masa 3 hari untuk maklumbalas.
Lepas bagi semua maklumat yang diminta baru lega sikit hati ni. Sekurang-kurangnya ada juga tindakan yang akan diambil pihak Celcom untuk membaikinya. Satu perkara yang bagus pasal Celcom Careline ialah layanan yang baik dan juga sangat membantu dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Masa menunggu untuk panggilan kita dilayan pun agak singkat. Cuma banyaklah nombor yang kena ditekan pada keypad tu sebelum panggilan disambung kepada telefonis.
Bila 3 hari berlalu, pihak Celcom menelefon saya semula untuk memberikan respon pada aduan saya sebelum ni. Baguslah bila mereka tepati janji untuk telefon semula selepas 3 hari. Barulah customer confidence naik ye tak?
Ok..Support Team kami dah buat test drive di kawasan tu dan kami dapati memang ada masalah download speed pada talian broadband kami.
Sebabnya ramai sangat pengguna Celcom 3G/Broadband dalam area tu. Jadi servernya dah overload dan mungkin sesetengah pengguna di kawasan tu akan mengalami masalah seperti ni.
So, kami akan upgrade server di situ dan servis akan kembali beroperasi seperti biasa dalam masa 2 minggu.
Wah lama tu! Bukan dua tiga hari. Jadi terpaksalah mengharungi internet yang perlahan ni untuk tempoh dua minggu. Sabar je la. Harapan saya agar pihak Celcom menepati janjinya seperti sebelum ini.
Tak pernah bersabar atau dah terlebih sabar?
Saya sebagai pengguna bukannya tak boleh bersabar jika berlaku masalah pada broadband. Satu yang biasa kalau server down sekali dua dalam sebulan. Tapi kalau dah selalu sangat atau hampir setiap hari memang boleh hangin dibuatnya. Mana perginya tagline TERluas, TERpantas, TERhebat dan macam-macam TER lagi?
Satu kempen yang bagus dalam usaha untuk menarik lebih ramai menggunakan broadband. Tapi sejauh mana tagline tersebut dipenuhi dan dapat membuatkan pengguna tersenyum sampai ke telinga bila menggunakannya. Pada saya selagi belum mampu untuk merealisasikannya eloklah segala perkataan yang menjustifikasikan kehebatan broadband ni dijauhkan.
Lagi baik buat kempen macam Digi Turbo 3G yang menjanjikan sambungan konsisten sekurang-kurangnya 700kbps. Secara relatifnya lebih realistik walaupun pakej yang dilanggan ialah untuk kelajuan 3.6Mbps. Sebab 3.6Mbps ialah kelajuan maksimum dan secara realitinya agak sukar untuk mendapatkan kelajuan setinggi itu. Ada sahabat yang menggunakan Celcom Broadband D98 (3.6Mbps). Tapi paling laju pun 1.2Mbps sahaja. Just tell the truth! Nanti takdelah pembeli rasa tertipu.
Malangnya Digi juga mengalami masalah yang sama macam P1 iaitu kawasan liputan yang terhad. Kalau kat rumah tu memang comfirm tak dapat.
Dah tu kenapa sign-up Celcom Broadband dulu?
Pada mulanya saya bercadang hendak menggunakan P1 Wimax. Mungkin terpengaruh dengan iklan potongnya..hehe. Tapi pertimbangan utama ketika itu ialah broadband coverage dan juga download speed. Kalaulah coveragenya luas memang P1 Wiggy la yang melekat pada USB port ni.
Selepas puas mengoogle akhirnya saya memilih untuk menggunakan Celcom. Secara amnya inilah yang terbaik dari Maxis dan Digi. Komen yang mengutuk pun kurang sikit daripada dua pesaing tadi. Liputannya pun jauh lebih luas. Kalau internet laju macam pelesit tapi takde signal pun tak guna juga kan?
Setakat ni semua tempat yang saya pergi ada signal. Baik di rumah sendiri di Johor mahupun di tempat-tempat lain. Tapi di Permatang Pauh ni lah baru ada masalah. Cuma pada saya Celcom menghadapi masalah dari segi konsistensi. Kelajuannya turun naik dan tidak konsisten. Kadang-kadang sering terputus terutamanya bila online di kawasan yang ramai penggunanya.
Harap-harap lepas ni bolehlah diupgrade supaya lebih baik. Kalau tak ok jugak tukar kepada P1 Wimax la jawabnya.
Sedikit perkongsian mengenai P1 Wimax...
black box yang menawan...
Teman serumah saya dah dua orang yang menggunakan P1 Wimax ni. Pakej yang dilanggan ialah RM 49 @ 400kbps. Secara logiknya agak perlahan berbanding streamyx 1Mbps. Kalau buka youtube guna streamyx pun tersekat-sekat. P1 mungkin tak keluar terus agaknya.
Tapi hipotesis awal ni terbalik pula. Bila saya buka youtube sekejap saja loadingnya. Video klip pun boleh ditonton dengan lancar tanpa sebarang gangguan (buffering). Malah lebih lancar daripada menggunakan streamyx 1Mbps walaupun kelajuan maksimum setakat 400kbps.
Selain itu, download speed pula lebih baik daripada Celcom. Jadi takdelah masalah terputus talian bila download file atau pun lagu. Kualiti line pun agak konsisten dan secara purata kelajuan dapat dikekalkan pada 200-300kbps.
Satu perkara lagi yang patut dipuji ialah pihak P1 akan memaklumkan pelanggannya melalui SMS sekiranya terdapat masalah pada line mereka. Sekurang-kurangnya pengguna telah dimaklumkan lebih awal dan kuranglah perasaan untuk melenting tak tentu pasal macam pengguna Celcom.Hehe..
Cuma buat masa ni masalah terbesar pengguna P1 ialah kawasan liputan yang kecil. Kawsan rumah saya pun tak dapat. Kalau di bandar-bandar besar mungkin tiada masalah. Tapi bila ke luar bandar sedikit signalnya rendah atau mungkin tak dapat diakses langsung. Tak mengapalah sebab projek perluasan kawasan liputan ni memang mengambil masa. Mungkin lagi 2 tahun barulah selesai agaknya.
Jadi hanya Celcom Broadband yang boleh diharapkan buat masa ni...
Kalau anda ada pengalaman lain mengenai broadband ni silalah komen ya!
Komen anda amat dialu-alukan dan dihargai..