Syukur kepada Allah kerana di atas bantuanNya Konsert Malam Aspirasi Islam 3:Untukmu Palestin selamat dijalankan malam semalam. Letih badan dibuatnya untuk menguruskan segala yang perlu untuk menjayakan program ini. Saya pula jadi MC semalam bersama Abid di pentas. Apa pun saya gembira sebab segalanya berjalan dengan lancar. Kalau sikit-sikit tu biasalah.
Terima kasihlah ye kepada yang menganbil berat pasal blog yang tak seberapa ni. Siap ada yang tertunggu-tunggu posting pasal konsert ni. Saya amat menghargainya. Syukran! Hanya posting yang biasa. Moga ada manfaatnya.
Konsert semalam diserikan dengan kehadiran kumpulan Unique a.k.a UNIC bertemakan Palestin. Sengaja tema ini dipilih dalam usaha untuk mengumpul sumbangan para penonton untuk dihulurkan kepada saudara seIslam kita di sana. Paling kurang pun emosi penonton dijentik agar sentiasa mengingati perjuangan dan penderitaan mereka di sana.
Semalam sembilan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Unique yang dipetik dari semua album mereka dari dulu hingga sekarang. Persembahan mereka menghiburkan macam dahulu juga walaupun menggunakan nama yang baru. Memang bestlah bila dengar trio ni berceloteh di pentas. Kalau menyanyi apatah lagi kan? Paduan vokal yang meremangkan bulu roma.hehe
Konsert berakhir lebih kurang pukul 11.30 malam. Tapi kami balik rumah pukul 1.30 pagi. Yelah konsert dah habis. Tapi kena kemaslah pulak Laman Perdana tu. Cabut banner, angkat bunga dan sebagainya.
Sebagai mengingati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam mempertahankan negara mereka, kami menjemput wakil Aman Palestin untuk mengutip sumbangan daripada penonton. Booth juga dibuka bagi menjual buku, button, tabung dan macam-macam lagi.
Video pasal Palestin pun sempat ditayangkan. Terima kasih kepada saudara Khalil di atas editing yang sangat superb untuk video tu. Apa yang dipaparkan amat menyentuh hati jiwa kita sebagai saudara seIslam kita. Masih tegar mempertahankan negara sendiri walaupun dengan hanya membaling batu!
Teruskanlah sumbagan anda ya untuk masa hadapan. Moga-moga dapat meringankan sedikit penderitaan mereka. Lagi satu sentiasalah berdoa semoga perjuangan mereka akan berterusan sampai bila-bila dan memperoleh kemenangan di akhirnya.
Terutamanya untuk pihak HEP serta semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus untuk menjayakan konsert ni. Allah sajalah yang dapat membalas jasa anda semua dalam usaha dakwah ini. Moga usaha kecil ini dipandang olehNya.
Buat abang-abang Unique, teruskan usaha dakwah anda semoga hiburan mendidik jiwa ini dapat disebarluaskan kepada mereka di luar sana. Tahun depan datang lagi ye.hehe
UPDATED:
tak larat nak tulis panjang-panjang..hehe..boleh baca dedikasi buat semua di SINI. Dedikasi ini sama juga seperti saya buat mereka semua. Buat pengetahuan anda yang tak tahu lagi ini merupakan konsert pertama Unique yang menggunakan nama baru mereka ini sepenuhnya. Walau apa pun mereka tetap U.N.I.C~
Viva Palestin!