Isu copyright: Perihatinkah kita wahai blogger?

 Pagi tadi saya baru sahaja join Geng Blogger.  Saja nak join komuniti blogger yang semakin luas sekarang bersama-sama dengan blogger yang lain.  Nak join sangatlah mudah dan hanya akaun facebook yang diperlukan untuk menyertainya.  Bila dah join bolehlah luaskan network ye tak di samping berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan orang lain.

Tengah leka melayari ruangan forum dalam GB ni terjumpa pula satu topik pasal isu hakcipta atau copyright.  Ramai blogger yang masih tak prihatin terhadap isu ni  termasuklah saya.  Contoh mudah ialah para blogger search gambar di internet kemudian diletakkan di blog masing-masing.


Mungkin kita tak ada gambar yang berkaitan dengan entri blog untuk diupload.  Jadi kita pun dengan lajunya mengcopy link gambar daripada google search ke dalam blog kita.  Malangnya tiada kredit yang diberikan terhadap tuan punya gambar.  Saya rasa sebahagian besar gambar di google tertakluk kepada hakcipta.

Pada saya…

Pada saya ia tak menjadi kesalahan untuk gambar tersebut dicopy dan diletakkan di blog kita.  Kalau tak nak orang copy baik tak payah letak kat internet kan.  Simpan sahaja dalam hard disk tu untuk tontonan sendiri. 
Saya pun tak mampu nak upload gambar sendiri untuk semua entri blog saya.  Jadi gambar di internetlah yang jadi alternatifnya.  Cuma kredit dan link harus diberikan kepada gambar asal.  Paling tidak pun bila letak mouse atas gambar tu keluar link gambar asal.  Jangan kita download gambar internet tu kemudian diupload semula ya ke blog kita.  Bila buat macam ni memang takde langsung kredit kepada tuan punya gambar.  Sangat tak bagus..

Jom cuba guna stock photo!

Lagi satu cara untuk ‘melepaskan’ diri anda daripada masalah copyright ialah dengan menggunakan free stock photo.  Gambar-gambar kat sini memang boleh digunakan sesuka hati di blog korang.  Sebab gambarnya memang percuma dan tidak terikat dengan isu copyright.  Mungkin niat mereka memang nak berkongsi dengan blogger lain agaknya.  Tapi kalau nak komersialkan gambar tu kena minta izin jugalah ye.

Kepada yang hendak mencuba boleh pergi kat sini dan sini.  Klausa berkaitan penggunaan gambar pula di sini

Sekarang dah tiba masanya untuk kita menjadi blogger yang bertanggungjawab dan beretika.  Bukan hanya menulis dan publish entri semata.  Betul tak?

Nasihat penaja untuk diri sendiri dan para blogger semua:

Marilah sama-sama kita menjadi blogger yang beretika! ^^


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template