Jadual final exam untuk semester ni baru sahaja keluar kelmarin. Alhamdulillah..lega rasanya sebab jarak paper yang saya ambil tidak terlalu dekat. Semester akhir ni hanya 2 subjek sahaja yang ada paper final daripada 4 subjek yang diambil. Yang lagi dua kena buat mini projek.
Adalah masa bertenang lebih kurang 4 hari. Tapi rasanya budak Auto yang habis paling last! Sebab budak manufacturing dan pure dah habis dah semua paper sebelum 5 Mei tu. Takpelah, dah last semester ni balik lewat sikit. Mungkin Allah nak bagi masa panjang sikit untuk ulangkaji. Lagipun, Malam Pra Graduan malam 9 hb tu jugak. Insyaallah..
Bila dah nak exam final soalan kat atas nilah yang selalu ditanya oleh kawan-kawan. Tapi kalau tanya sekarang jawapannya belum habis study lagi. Masih terkial-kial untuk menyiapkan mini projek Self Powered Vehicle tu. Kalau pointer kena tengok dulu la ye soalan final susah ke tak. Lepas tu baru boleh buat assumption.hehe
Lagi sebulan lebih je lagi nak menamatkan pengajian di sini. Sekaranglah masa yang sesuai untuk membuat pecutan terakhir sebelum sampai ke garisan penamat. Bukan nak menang dengan sesiapa pun. Cuma berharap agar apa yang kita hajati dapat diperolehi. Target nak dapat AD lagi semester 6 ni. Ameen~
Berusahalah semampu mungkin untuk mendapatkan yang terbaik.
Mungkin ada yang kata:
Tapi janganlah berputus asa. Sebab Allah pasti memberikan kejayaan kepada hambanya yang berusaha. Mungkin masa yang akan menentukannya. Kalau tak sem lepas mungkin sem ni kan? Takkan dah putus asa sebelum mencuba. Cuma yang penting tawakallah yang harus dipanjatkan selepas berusaha. Serahkan segalanya kepada Dia dan berdoalah moga Dia menilai usaha kita.
Kepada semua blogger yg bakal menduduki peperiksaan akhir, selamat menghadapi exam! Selamat berjaya juga untuk semua kawan-kawan yang present mini projek minggu depan! Let’s fight to the end.