MUET 2010 susah?

Semalam baru saja lepas daripada ujian MUET.  Tiga paper dah dijawab dan tinggal lagi satu iaitu speaking test.  InsyaAllah 3 Mei ini.  Susah ke soalan semalam?  Jadi untuk entri kali ni nak ceritakan sedikit pengalaman peperiksaan MUET yang telah diduduki dengan jayanya.  Bukan tips menjawab ye.

Sebelum meneruskan penceritaan, berikut adalah jadual pemarkahan MUET.  Sistem pemarkahan ni telah digunakan sejak tahun 2008.  Kalau nak tahu cara pemberian markah oleh pemeriksa untuk writing dengan listening tu kena datanglah bengkel MUET.  Nanti akan diterangkan secara detail di dalam bengkel itu nanti.  Cari di Google tak jumpa pulak.

New Microsoft Office PowerPoint Presentation klik untuk tumbesaran…

Ketika saya datang bengkel MUET tu ada sedikit perubahan mengenai pemarkahan untuk writing dan listening test.  Lagi strict berbanding sebelum ini.



Reading test (90 minit)

Sebanyak 45 soalan yang ditanyakan dalam 5 artikel yang telah diberi.  Semuanya ABC macam jawab soalan SPM atau PMR dulu.  Hitamkan borang OMR tu je.  Takdelah kena buat ayat sendiri bagai.   Cuma bahasa yang digunakan untuk semua artikel tu agak tinggi.  Banyak perkataan dangan sentence structure yang bombastic.  Jadi kena baca dua tiga kali baru boleh faham.  Masalah terbesar masa menjawab paper ni ialah tak cukup masa.

Writing test (90 minit)

Macam biasa buat karangan.  Ada dua soalan.  Soalan pertama macam buat summary dan kedua open topic.  Dah lama tak menulis agak kekok sikit.  Maklumlah hampir setahun setengah tinggalkan subjel BEL ni.  Jadi penggunaan masa agak lari sikit dari plan asal dan menyebabkan tak cukup masa sekali lagi.  Apapun alhamdulillah sempat juga habiskan karangan yang sepanjang 500 patah perkataan  itu(soalan 1 + soalan 2) .
Grammar dan sentence structure tunggang terbalik Allah sahaja yang tahu..hehe

Listening test (30 minit)

Rasanya nilah yang paling susah semalam.  Listening dibuat di dalam kelas kat Blok Hotel.  Kalau siapa yang buat listening test kat dalam dewan memang ada advantage sebab kurang kesan gema daripada di kelas.  Speaker kat dewan pulak lagi besar saiznya.  Kat kelas guna radio kecik jela. 

Ada part yang cakap slow dan ada part yang cakap laju terutamanya pada part 3.  Maknanya ada yang dapat tangkap masa audio dimainkan buat kali pertama dan ada yang kena dengar ulangan baru boleh dapat jawapannya.  Semua soalan dapat di jawab.  Cuma samada jawapan tu betul atau tak dari segi ejaan dan struktur ayat.  Salah grammar salahlah semuanya tanpa belas kasihan.

Overall

Tak dapat nak target untuk keputusan semalam sebab semuanya susah bagi saya.  Dari reading sampailah listening.  Selang masa rehat tak sampai 20 minit untuk setiap sesi memang meletihkan otak ni.  Tambah pula buat tengah final exam.  Nasib baiklah tak start paper lagi.  Kurang sikit tekanan nak jawab MUET.  Kalau boleh eloklah dipanjangkan jarak antara dua paper tu.

Sejujurnya persedian untuk MUET ni agak kurang sebab nota-nota BEL part 2 dulu dah selamat di rumah dan hanya berbekalkan nota ringkas yang diberi oleh instructor mada bengkel MUET tu.  Nak tanya kawan-kawan ramai yang dah lupa da..

Tawakal sahajalah untuk masa sekarang.  Benda dah lepas bukan boleh dibetulkan ye tak? Harap-harap dapatlah markah yang terbaik untuk MUET ni.  Pada siapa-siapa yang nak share pengalaman amek MUET ni silalah ye tanpa segan.  Dengar TOEFL dengan IELTS lagi susah.  Betul ke?



blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template