Masalah Laptop Overheating…

1574R-24729

Mood study masih belum kunjung tiba walaupun peperiksaan final akan bermula hari Rabu minggu depan.  Tapi paper untuk subjek yang saya ambil hanya akan bermula tiga minggu lagi.  Sebab tu lah mood tak datang lagi..hehe.

Jadi hari ni saya berkesempatan untuk servis cooler pad laptop ni yang dah setahun tak dicuci.  Suhu laptop ni pun dah mula meningkat secara mendadak kebelakangan ni.   Mungkin sebab kipas cooler pad yang dah tak efisien lagi setelah dilitupi dengan debu.

Kalau kat cooler pad pun dah berdebu, kipas pada laptop ni lagilah sebab tak pernah dibersihkan sejak dibeli tiga tahun lepas.  Tak berani nak bukak takut komponen di dalamnya yang amat sensitif itu rosak.  Takut salah usik nanti tak hidup pulak laptop ni.  Buat masa ni bersihkan cooler pad je la yang saya mampu.  Saya rasa anda pun mesti tak pernah bersihkan kipas laptop atau cooler pad kan?



Tahukah anda, masalah overheating ni merupakan masalah utama bila membeli laptop.  Sebab desktop mempunyai pengaliran udara yang lebih baik kerana saiz casing yang besar berbanding laptop yang mempunyai saiz yang kompak. Kalau awal-awal beli mungkin takde masalah.  Tapi kalau dah bertahun mungkin masalah ni akan datang dan berupaya untuk menjahanamkan laptop yang disayangi.

Tanda-tanda laptop overheated:

  • Selalu shut down sendiri secara tiba-tiba.
  • Skrin laptop tiba-tiba freeze/hang dan berlaku banyak kali.
  • Bahagian bawah laptop berhampitan dengan kipas terlalu panas walaupun hanya Operating System (OS) sahaja yang berfungsi.  Tak bukak game pun.
Biasanya bila suhunya dah terlalu tinggi laptop akan off sendiri untuk mengelakkan kerosakan pada hardware.  Tapi kalau sistem ni tak berfungsi laptop anda akan menjadi seperti ini:

dell_fire_2
meletup dan hangus!! bayangkan kalau letak atas riba…

Bila hardware rosak terutamanya motherboard memang tinggi kos pembaikannya.  Lagi baik beli latop baru je sebab mungkin harga laptop baru lebih kurang dengan harga motherboard. Sayangilah duit anda.hehe…

Cara nak mengurangkan kepanasan laptop:

  • Kalau disebabkan habuk yang melekat pada kipas laptop, compressed air bolehlah digunakan.  Tapi nak guna kena ada skillnya macam kat sini dan saya masih belum mempunyai keberanian untuk mencubanya.
  • Jangan letak laptop atas permukaan yang lembut contohnya atas katil atau sofa sebab ia akan menghalang pengaliran udara di bawahnya.  Kalau tak percaya boleh try letak laptop atas katil dan atas lantai.  Rasa perbezannnya.


  • Jangan simpan laptop yang masih ‘on’ dalam beg.  Konon-konon malas nak shut down.  Skrinnya boleh rosak akibat kepanasan.  Jadi, baik hibernate atau shut down dulu sebelum simpan.
  • Pakai cooler pad.  Dari semurah RM 5  sampai ratusan ringgit pun ada (macam Cooler Master).  Kalau kaki gamers mungkin perlukan yang mahal ni.  Tapi kalau yang pengguna biasa yang RM10 pun dah cukup.  Tapi kalau mahal pun bila habuk dah melekat tak guna jugak kan.  Oleh itu, silalah bersihkan kipasnya selalu.  Senang je..  

Mari bersihkan cooler pad!

New Microsoft Office PowerPoint Presentation
                    dah kumpul setahun…

New Microsoft Office PowerPoint Presentation_1
                    bersihkan kipas…

New Microsoft Office PowerPoint Presentation2
                  tadaa…dah bersih dah…

New Microsoft Office PowerPoint Presentation3
                      test power dulu…

New Microsoft Office PowerPoint Presentation4
                           skru balik…

New Microsoft Office PowerPoint Presentation5

Bila tengok cooling pad yang berhabuk ni terkait pula dengan kekuasaan Allah Taala ke atas penciptaan hidung manusia.  Mungkin ada yang sibuk nak hidung yang mancung tanpa memikirkan betapa besarnya nikmat hidung yang Allah bagi kepada kita.

Bukan setakat sedut oksigen je tapi siap tapis lagi apa yang masuk tu supaya udara yang bersih je yang masuk dan habuk-habuk semua terlekat pada filter semulajadi di hidung yang tak perlu dibuka macam nak bukak cooler pad ni.  Tahan pulak tu sampai puluhan tahun.  Eloklah kita bersyukur ye dengan apa yang dah diberi pada kita sebab nikmat yang kecil ini pun dah terlalu besar manfaatnya pada kita semua.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"   Ar Rahman:13


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template