Blog konspirasi dajjal kembali!

Dulu saya pernah menulis mengenai kedatangan dajjal yang semakin hampir untuk menampakkan dirinya di dunia ini.  Kalau tak baca lagi boleh klik kat sini.

Lepas keluar berita mengenai unsur dajjal dalam dalam AJL 24, semakin banyak yang saya nak tahu pasal dajjal ni.  Saya pasti anda mesti tahu apa itu dajjal lebih-lebih lagi orang Islam kan?  Tapi bukan setakat dajjal je yang anda perlu tahu tapi fitnah-fitnah yang dibawa oleh ‘false messiah’ ni.

Blog yang saya selalu lawati untuk mendapatkan maklumat mengenai konspirasi dajjal ni ialah blog holywar dan konspirasi teoris.  Dua-dua memang gempak.  Banyak konspirasi yang didedahkan oleh mereka dan semuanya amat dekat dengan kita.  Yang paling latest pasal unsur masonic dalam AJL24.  Samada pihak TV3 sedar atau tidak benda ni Allah saja yang tahu. Halus sungguh cara mereka masuk sampai kita tak perasan.


Jatuh dan bangkit kembali…

Malangnya dua-dua blog dah kena hack lepas beberapa minggu cerita pasal AJL 24 tu keluar.  Siapa lagi yang buat kalau bukan tentera-tentera dajjal yang bertopengkan manusia ni.  Sebab kalau web lucah dan sebagainya sihat walafiat je di dunia maya ni.  Semakin bertambah lagi adela.  Tapi blog yang membongkar konspirasi dajjal pula yang di’ban’.

Tapi alhamdulillah mereka yang juga dikenali sebagai team Free Our Mind (FOM) kembali semula untuk menegakkan kebenaran.  Pagi tadi baru tau dari blog AjaibBenar.  Harap-harap lepas ni diorang buat hosting sendiri.  Kalau pakai blogspot atau wordpress sebagai platform blog takut di’ban’ lagi.  Kalau kena ban semua artikel yang dah ditulis pun hilang. Dah la panjang-panjang.

Kenapa anda kena baca pasal  dajjal ni?

d8d64aec-s bukan rumput je dah tumbuh..siap ada unta berekreasi lagi sebelah kapal..

Sebab kita berada di akhir zaman.  Kalau korang baca kosmo semalam, ada berita mengenai Laut Aral yang dah kering kontang.  Kejadian ini adalah tanda-tanda bahawa kedatangan dajjal dah makin hampir.  Bayangkan laut pun boleh kering.  Kalau kolam memancing kat Taman Perling tu kering takpe la jugak.  Ketika ini laut Galilee pulak sedang mengering dengan kadar yang sangat cepat.  Laut Galilee yang kering juga adalah sebahagian daripada tanda kemunculan dajjal.

Selain tu, korang kena tahu apa  fitnah yang di bawa olehnya.  Perkara inilah yang sebahagian besar orang Islam tak tahu.  Perang di Iraq/Afghanistan, penindasan sahabat kita di Palestin, WTC runtuh dan banyak lagi.  Semuanya dah dirancang dengan rapi sekali sampai kelabu biji mata kita mempercayai berita di TV.  Dalam blog ni pun diceritakan dengan panjang lebar pasal konspirasi-konspirasi ni.  Lepas ni jangan percaya bulat-bulat ok?!

Korang tahu pasal freemason, illuminati rothschild dan rockerfeller?  Tak tahu? Kalau anda nak tahu mereka inilah tentera dajjal yang sangat setia untuk menjalankan konspirasi tadi dalam usaha memerintah dunia.  Kalau nak tahu lagi silalah baca lagi dalam blog tadi.

Mungkin kita akan berfikir pada perspektif yang berbeza terhadap apa jua perkara yang berlaku di dunia selepas membaca artikel yang mereka tulis.  Link berkaitan boleh diusya seperti kat bawah (semuanya FOM crews):

24xqsco
saint-guerre
blog rasmi FOM
Wake up muslim!

kalau tahu link yang lain bolehlah share kat bahagian comment ye.
Kalau dah baca harap-harap anda semua akan menyebarkan (mengenai blog tadi) kepada rakan-rakan yang lain agar kita tak tertipu lagi dengan fitnah mereka.  Pada team FOM teruskan perjuangan anda moga usaha anda itu akan mendapat pertolongan Allah taala.

Sampaikan walaupun satu ayat…


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template