HIMMAH 2: Solidariti Kami Untuk Palestin!

DSC01120

Tahniah buat FORUM yang terdiri daripada puluhan NGO di atas kejayaan mereka dalam menganjurkan Himpunan Ummah Untuk Palestin (HIMMAH 2) di Dewan Millenium Kepala Batas kelmarin.  Meriah juga majlis pada malam itu walaupun hujan turun agak lebat di Kepala Batas.  Semuanya memberikan sokongan terhadap saudara kita yang nun jauh beribu batu di Palestin sana.

Tujuannya hanya satu…


Ia bertujuan untuk menzahirkan solidariti umat Islam di sini terhadap sahabat kita di sana yang sedang bertarung nyawa dalam mempertahankan negara mereka, Masjidil Aqsa dan agama Islam yang suci ni.  Rasanya ini baru program ke tiga berkaitan Palestin yang saya pernah hadiri sepanjang 6 semester di UiTM Penang.

Kutipan derma pun dibuat sepanjang program berjalan untuk disalurkan terus kepada mereka.  Walaupun kita bagi sikit sekurang-kurangnya dapatlah juga meringankan beban yang terpaksa ditangggung mereka dalam meneruskan penghidupan di sebalik tembok kematian yang amat menyeksakan.  Semoga sumbangan kita berterusan. 



Perjalanan kami…


Pada awalnya plan nak pergi ramai-ramai ke sana dengan sahabat PKI yang lain. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (terutamanya masalah transport) ramai yang tak jadi ikut.  Tinggallah saya, Jamal, Abid, Hazree dan Abang Mie.  Kami ke sana bersama transporter gagah perkasa bernama Proton Waja.hehe…

di hadapan Dewan Millenium…

Perjalanan dari Permatang Pauh ke Kepala Batas hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit.  Dekat je bila naik highway dan sampai di sana pukul 6.30 petang.  Sementara nak tunggu maghrib kami makan di sebuah gerai tepi jalan.  Terpaksa makan awal takut program habis lewat ditambah dengan perut yang dah buat persembahan orkestra di dalamnya.

Unique + kami = makan

Alhamdulillah, kali ni kami berpeluang makan bersama dengan akhi kumpulan Unique (formerly known as UNIC) di kedai yang sama.  Mereka ada membuat persembahan untuk HIMMAH 2 malam tu.  Ini kali pertama saya makan bersama mereka ketika di luar program.  Terima kasih abang Fadzli yang belanja kami.  Kalau orang belanja memang sedap je memanjang..hehe

Sekilas HIMMAH2…


sukarelawan Haluan…

Program bermula dengan solat maghrib, kuliah maghrib mengenai Palestin, solat isyak dan diikuti dengan solat hajat sebelum diteruskan lagi dengan ceramah Palestin.  Semua panel yang bagi ceramah memang mantap-mantap belaka dan mereka menyampaikannya dengan penuh bersemangat.  Memang tak mengantuklah bila dengar ceramah tu.

Yang paling penting, anda akan mendengar dan melihat paparan mengenai realiti kehidupan sahabat kita di sana tanpa tapisan (uncensored).  Maklumat yang diberikan banyak yang saya tak pernah tengok dan tak pernah tahu sebelum ini.

Banyak juga leak video yang memaparkan kekejaman tentera zionis terhadap masyarakat Palestin dan pastinya tak pernah keluar di TV!  Ia sangat menyayat hati dan bisa membuatkan air mata kita berguguran ke Bumi.

Unique…Untukmu Palestin

Akhir sekali barulah persembahan nasyid daripada kumpulan Unique dan bertuah dapat mendengar lagu Langkah Tercipta versi Gaza.  Ada beberapa lirik yang diubah tapi sedap didengar..huhu




Zionis memang kejam!


Cuba bagitau bila masa mereka pernah tak kejam.  Kalau tak kejam pun mesti ada muslihat yang memang mereka dah plan dari awal.  Malam tu kami dipertontonkan dengan video kanak-kanak Palestin yang mati ditembak oleh penembak tepat tentera zionis.

Pembunuhan ini bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan kerana kanak-kanak ini ditembak tepat di jantungnya.  Ada juga yang ditembak tepat di dahinya.  Kenapa ianya bukan disengajakan?  Kerana bukan sorang, tapi tiga orang kanak-kanak yang telah menemui ajal mereka dengan cara pembunuhan yang serupa.  Tu dalam video.  Kalau luar video Allah sahaja yang tahu berapa ramai dah yang syahid dengan cara sebegitu.
Ada video lain memaparkan kanak-kanak Palestin yang mayatnya hangus terbakar kerana di bom oleh zionis ni.  Mayat anak kecil itu dijulang petugas perubatan selepas tiba di hospital dan teriakan Allahuakbar jelas kedengaran.  Moga Allah merahmati si syahid cilik ini.

Dalam video lain, Zionis ni sanggup menggunakan 1 tan bom semata-mata mahu membunuh seorang rakyat Palestin yang sedang berjalan kaki.  Bayangkan sendiri jika mercun meletup di tangan pun dah boleh putus jari.  Kalau 1 tan bom mungkin hilang terus jasad di Bumi.  Dalam perang tahun lepas tentera Israel menggunakan 1.5 juta tan bom untuk membunuh 1.5 juta penduduk gaza.  Kejam kan?

Kenapa kita semua hanya membisu seribu bahasa?


Ya, kita mungkin tidak mampu ke sana mahupun mengangkat senjata.  Tapi cukupkah sekadar melihat dan menangis bila menonton video demi video keganasan tentera Israel tanpa berbuat apa-apa?  Mereka pun tidak mengarapkan kita datang berjuang bersama mereka di sana.  Apa yang kita boleh buat:
  • Mendoakan kesejahteraan mereka dan bermohon kepada Allah agar mereka ditetapkan iman dan diberi kecekalan hati dalam menghadapi keganasan Zionis laknatullah.
  • Memberikan sumbangan yang termampu.  Hatta 10 sen pun ia tetap sumbangan yang berharga.  Paling penting Allah kira tu…
  • Ambil tahu perihal mereka.  Daripada layan Facebook je memanjang baik bukak website berita pasal Palestin lagi bagus.
  • Boikot barangan Israel dan Amerika yang terang-terangan menyokong penjajahan Israel.  Malam tu diorang bagitau empat syarikat wajib diboikot ialah Mc Donalds, Coca-Cola, Loreal dan Nestle.  Lain-lain syarikat di sini.  Siap ditulis lagi penglibatan mereka dalam menindas rakyat Palestin.
  • Menyokong sebarang program berkaitan Palestin contohnya macam HIMMAH 2 ni.  Benda alah ni lah yang paling sedih sekali.  Ustaz-ustaz dan orang alim je (bukan kami ye yang banyak dosa ni) yang datang malam tu.  Mana pergi yang lain-lain?  Kalau Hot FM Big Jam boleh pergi kenapa tidak program ini?  Orang Palestin tak harap pun kita sokong diorang hanya bila kita dah jadi alim nanti.  Mat rockers pun boleh join.  Paling tidak pun menyokong atas dasar kemanusiaan.  Palestine is not just their business but our business!
Kalau nak tahu banyak lagi silalah melawat website kat bawah sebagai tanda sokongan kita kepada mereka.  Kalau ada link yang lain bolehlah share ye.

http://www.lifeline4gaza.org/
http://www.palestine-info.co.uk/en/Default.aspx
http://www.vivapalestina.org/
http://www.palestinehistory.com/

Viva Palestin!  Let’s Break The Siege!

p/s: bulan Mei ini ada konvoi kapal yang terbesar di dunia akan ke    Gaza untuk menyampaikan bantuan daripada masyarakat dunia.  Doakan usaha mereka ini berjaya.  Maklumat lanjut klik sini.


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template