Wakil rakyat yang tidak bersama rakyat ?!

hselangor-wingrafik-english

Semalam baru sahaja berlangsungnya pilihanraya kecil (PRK) P94 Parlimen Hulu Selangor yang dimenangi P.Kamalanathan daripada Barisan Nasional (BN) yang menentang Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1,725 undi.  Banyak la berkali-kali ganda daripada mase PRU 2008 dulu.  PRK ni pun dibuat selepas kematian penyandangnya daripada PKR sebelum ni.

Macam-macamlahlah saya baca dah berlaku sepanjang masa 8 hari berkempen di sana.  Isu pengundi hantu, projek mi cintan, beli undi dan macam-macam lagi.  Tak payah ulaslah sebab korang lebih tahu.  Kedua-dua pihak sibuk berjanji kalau tak janji bulan dan bintang pun janji projek dan flyover..hehe.  Nasib baik tak janji nak buat menara KLCC ke-2 je kat situ.


Ada juga yang kata tak sabar nak tunggu wakil rakyat meninggal.  Sebab bila ada PRK senang sikit nak ada projek pembangunan, dapat duit free, bantuan itu dan ini dan macam-macam lagi.  Longkang yang dah bertahun tersumbat sampai penduduk naik letih buat aduan pun boleh selesai dalam masa dua hari.  Hebatkan?  Siap masuk TV!

Saya ambil contoh, akhbar cina hari ni mengatakan bahawa kerajaan membelanjakan sebanyak RM167 juta untuk PRK ini.  Jumlah ni termasuk projek-projek, bantuan, sumbangan dan macam-macam lagi.  Kalau Pakatan Rakyat (PR) tak tahulah pulak ye sebab diorang payah nak keluar dalam TV atau pun surat khabar arus perdana ni.  Kena tengok dekat websitelah kot baru boleh jumpa.

Bila menang…masih mudah ditemui atau terus menyepi diri?

thestargallery tahniah disahut amanah bersambut …

Masa kempen, semua calon yang bertanding bukan main lagi.  Mudah dijumpai mahupun didampingi tak kiralah di warung-warung, pasar malam atau pun di mana sahaja untuk meraih undi.  Lepas kempen macam ni jugak ke?  Atau tugas sebagai Ahli Parlimen di‘sub’kan pada pembantunya sahaja nanti sepanjang masa?
Soalan ni kena tanya pada YB yang menanglah kan?  Sebab yang kalah mungkin setakat tu sahaja perjuangannya.  Lagipun peruntukan ahli parlimen pun yang kalah tak dapat.


Sedih bila tengok banyak permasalahan rakyat di TV (tengok aduan rakyat dan bersamamu).  Kemiskinan hidup di kawasan mereka sendiri sebagai contoh.  Kalau masalah yang berlaku masih baru takpelah.  Ni masalah yang dah berpuluh tahun walaupun berwakil rakyatkan individu yang sama.  '”Tiada sebarang tindakan”, kata penduduk dalam TV. So, jadilah wakil rakyat yang tak bersama rakyat.

Hanya menjadi wakil kepada rakyat setakat dalam parlimen sahaja.  Kemudian berperang mulut antara satu sama lain dalam tu.  Si rakyat pula terus melarat atau terus tenggelam dengan masalah mereka.  Kena tunggu pilihanraya lagi sekalilah nampaknya kerana janji masa kempen hilang entah ke mana..

Ada sampai tak kenal wakil rakyat kawasan sendiri.  Sebab tak pernah jumpa walaupun kawan tu dah berbelas tahun jadi wakil rakyat kat situ.  Jumpa time pilihanraya jela.

Menang bukan setakat menang…

Entri ni bukanlah nak lepas geram pada sesiapa.  Kalau ada YB yang terbaca blog yang tak famous ni pun takkan tergugat kedudukan mereka.  Cuma harap lebih prihatin dengan nasib rakyat yang tak berapa nak kaya di kawasan mereka sendiri.

Mana Ahli Parlimen yang dah jalankan amanahnya dengan baik tahniah diucapkan. Allah sahaja yang dapat membalasnya nanti.  Sebab menang bukan setakat menang.  Tapi menang sambil membawa amanah besar yang Allah dah bagi.  Takut tak terjawab je nanti di akhirat kelak ye tak?

Mereka menagih janji anda!

Amanah kita kepada Allah macam mana pulak ek..dah buat ke belum?

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template