Kita bisa mati bila-bila masa!


Malaysian Insider news...

Pagi tadi sebelum ke kelas saya sempat layan internet kejap untuk tengok berita terbaru dari Malaysian Insider.  Terkejut melihat tajuk berita ‘Din Beramboi Meninggal Dunia’.  Arwah meninggal dunia pukul 12.30 pagi tadi di Hospital Selayang.  Katanya sebab dijangkiti penyakit denggi berdarah.

Ingat lagi masa sem lepas saya suka tengok rancangan Spontan ketika makan tenagah hari bersama roomate yang lain di bilik.  Lepas beli nasi bungkus, naik bilik mengadap laptop beramai-ramai untuk tengok cerita ni.  Memang tergelak melihat rancangan tu sampai tak perasan ade kelas pukul 2 petang.  Bila ada Afdlin Shauki dengan Zizan lagi meriah.



Lagi satu program yang disertai Din Beramboi ni ialah Raja Lawak dan bertindak sebagai juri.  Saya tak pernah tengok Raja Lawak ni sebab kurang minat dengan lawak yang dibuat-buat semata-mata untuk membuatkan juri dan penonton tergelak.  Nampak tak natural.  Ini hanya pendapat saya saja ya dan terpulang kepada anda.

Tengok di Malaysia Insider Isnin lepas, katanya Din Beramboi dimasukkan ke hospital dan disyaki dijangkiti virus kencing tikus.  Arwah dikatakan berada dalam keadaan kritikal.  Hari ni, Allah dah ambil nyawanya buat selama-lamanya.

Kita bisa dipanggil pulang bila-bila masa…

Manusia datang dan pergi adalah perkara biasa.  Dah jadi suratan takdir dari yang maha Esa.  Tapi cuba kita renung secara mendalam.  Orang yang baru buat lawak dengan kita minggu lepas, tiba-tiba hari ni hilang buat selamanya.  Macam terlalu cepat pulak kan?

Tapi itulah takdir yang dah tertulis untuknya sejak dari azali lagi.  Begitu juga dengan kita! Cuma masa, bila dan bagaimana kita mati saja yang kita tak tahu.  Semuanya berada dalam pengetahuan Allah.  Dia dah atur baik punya untuk kita.  Moga husnul khatimah yang mengiringi kita nanti.  Inilah pengajaran yang Allah nak tunjukkan pada umat manusia bahawa malaikat maut boleh bertamu bila-bila masa jika sudah sampai waktunya tanpa terlewat ataupun terawal walau sedetik.

Baik cepat sebelum terlewat...

Kalau umur 40 tahun esok baru rasa nak start beramal elok fikir dua tiga kali.  Ramai dah yang pergi walaupun umur belum menjengah 40an.  Bukan hidup ni tak boleh nak enjoy tapi biarlah berpada-pada dan tidak melampaui batas hingga hedonisme menguasai diri.  Tiada sebab Allah tunjukkan sesuatu melainkan ada hikmah yang hendak ditunjukkan.

Denggi berdarah pula hanya asbab kematian kerana bila dah tak bernyawa tetap dipanggil mati walau apa pun puncanya.  Tak payah cakap bila eksiden motor baru mati.  Tengah main bola depan rumah pun boleh mati.

Jom sama-sama kita beramal walaupun sedikit (untuk permulaan ye) buat bekalan di sana nanti sebelum terlambat kerana kita bisa mati bila-bila masa!

~ Al-Fatihah ~

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template