Sekilas Formula One Malaysian GP…

Tamat sudah Malaysia F1 Grand Prix di Litar Sepang sebentar tadi.  Saya tengok kat TV je..hehe.  Nak tengok kat Sepang macam tak berbaloi.  Jadi baik tengok kat TV.  Semua bahagian race track dicover.  Kalau kat Sepang setakat apa yang nampak depan mata jela.  Bayar mahal pulak tu.  Beli tiket grandstand untuk tiga hari sama dengan dapat PTPTN satu sem.

Sedikit maklumat Malaysian GP… 

Tempat pertama dimenangi Sebastian Vettel (Red Bull Racing Renault), ke-2 Mark Webber (Red Bull Racing Renault) dan ke-3  Nico Rosberg (Mercedes GP Petronas).  Wakil dari Malaysia, Lotus Racing hanya sekadar di tempat ke-17 dan satu lagi kereta rosak ketika perlumbaan.  Pemandu kesukaan saya Michael Schumacher pula tak dapat meneruskan saingan kerana masalah mekanikal pada keretanya.

download official result from Formula1.com

Tengok kat TV tadi macam ramai peminat F1 yang membanjiri Litar Sepang tu.  Siap ada yang pasang khemah lagi di Hill Stand.  Maklumlah Malaysia ni bukannya sejuk.  Kalau berdiri tengah panas boleh hangus dibuatnya.  Masa saya pergi ke litar Sepang 2 tahun lepas suasananya memang panas!  Berpeluh-peluh…
Sesi kelayakan semalam pula agak sukar kerana hujan rahmat yang turun mencurah-curah hingga sesi kelayakan terakhir terpaksa dihentikan seketika kerana hujan lebat.  Sebelum tu pun adela dua tiga kereta yang terbabas dan berpusing (macam kereta Alonso-Ferrari).  Keadaan litar yang mencabar ni menyebabkan driver yang otai pun boleh terbabas.  Bukan yang rookie je ya.  Keputusan qualifying session semalam di sini.

Jadi mana driver yang hebat-hebat bermula dari petak yang belakang dan  yang biasa-biasa bermula di petak hadapan.  Mungkin sebab keadaan cuaca dan team strategy yang salah menyebabkan kejadian pelik ni berlaku.

Yang tak berkenan dihati…

Dah sedap tengok race ada pula yang saya kurang berkenan.  Pihak pengajur masih lagi membenarkan pemenang yang berada di podium untuk meraikan kemenangan mereka dengan menyembur champagne.  Champagne tu samalah dengan arak dan hukumnya haram.  Bila acara sembur champagne tu masuk TV, kita telah mempromosikan minum arak samada secara sedar mahupun tidak.

74506359 tak boleh ke simbah air paip?

Tradisi ni dah berlanjutan sejak penganjuran yang pertama lagi pada tahun 1999 (tahun ke-11 penganjuran). Ia tidak mencerminkan Malaysia sebagai negara contoh dalam pertubuhan OIC (baca Oh I See kerana kurang proaktif serta agak lembik dalam mempertahankan agama Islam dan saudara kita di Palestin).


Race ni ni kan kat tempat kita. Jadi kita berhak untuk menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak.  Mereka yang kena ikut cara kita bukan kita yang ikut cara mereka.  Tambah pula CEO dan Pengerusi SIC mahupun Petronas (penaja utama GP Malaysia) merupakan orang Islam.

Harap-harap adela perubahan di masa akan datang.  Islam tak larang pun sukan ni sebab melalui Formula One lah banyak teknologi berkaitan kereta ditemui. 

Jangan biarkan kita terus ‘dijajah’!

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template