Semalam dah keluar keputusan permohonan ke Matrikulasi untuk tahun ni. Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya mendapat tempat di matrikulasi untuk tahun ini dan mereka bakal mendaftarkan diri pada 10 Mei ini. Mana yang belum berjaya jangan putus asa sebab keputusan rayuan akan diumumkan 24 Mei nanti.
Keputusan permohonan ke UPU pulak masih belum diumumkan lagi. Awal Mei esok baru boleh semak. Jadi bersabarlah ye menantikan keputusannya. Moga mendapat tawaran yang sama untuk kursus yang dipohon.
3 tahun lepas yang memeningkan…
Dulu masa lepas keluar result SPM saya pun terkena dilema yang sama seperti blogger lain yang baru dapat result Matrik semalam. Sebab UPU saya mohon, matrik pun mohon. Banyak sikit pilihan ye tak? Lepas tu pening kepala nak pilih mana satu. Padan muka ku.hehe…
Untuk matrikulasi saya ditawarkan kursus Sains Fizikal di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Takde dalam pilihan pun. Sebab matrik yang saya mintak ialah Matrik Penang (KMPP), Matrik Pahang (KMPh) dan Matrik Johor (KMJ). Perlis memang sangat jauh sebab rumah saya di Johor. Dari Selatan ke Utara nun dihujung sana. Dah nak sempadan Siam dah.
UPU saya ditawarkan kursus Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Pulau Pinang. Ini adalah pilihan kedua selepas UTM Skudai untuk kursus yang sama. Masa mohon UPU dulu memang kejuruteraan mekanikal lah yang dipilih sebab saya minat dengan mekanikal ni. Cuma pilihan universiti je yang berbeza. Secara jujurnya memang pening nak pilih. Tambah pula dengan hasutan kawan-kawan dan cikgu lagilah susah nak pilih..hehe
Akhirnya…
Lepas tambah, darab, campur dan punca kuasa dua saya memilih untuk melanjutkan pelajaran di UiTM di hatiku dan saya tak pernah menyesal dengan pilihan hati ini. Sebab saya suka Mechy! Jadi, dah dapat apa yang kita minat kenapa nak bertukar kepada yang lain kan?
UPU vs Matrik..mana yang bagus?
Ini hanyalah pandangan peribadi sahaja berbekalkan pengalaman dahulu kala dan pendapat member-member. Lagipun suatu yang tidak adil untuk menilai tanpa mengalaminya sendiri kan? Jadi mana-mana blogger yang pernah masuk Matrik harap-harap bolehlah bagi komen kat bawah ye.
Matrikulasi ni ada yang setahun dan dua tahun. Bolehlah dikatakan sebagai shortcut untuk masuk universiti untuk ambil ijazah dan tak lebih dari itu. Total semua mungkin ambil masa hanya 5 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah (1 tahun matrik + 4 tahun IPT). Cepat kan?
Tambah pula, sekiranya keputusan di Matrik tak berapa nak cun mungkin dapat kursus lelong atau tak dapat sambung mana-mana IPT langsung. Sijil matrik pun tak laku kalau nak mintak kerja. Sebab tu dalam Iklaneka tak pernah lagi saya jumpa “kelulusan minumum: matrikulasi”. SPM lagi berharga di mata mereka agaknya.
Kalau amek Diploma (UPU) ni panjang sikit perjalannanya sebab ia mengambil masa sekitar 3 tahun. Lepas tu sambung ijazah 4 tahun (sekiranya transfer credit sikit). Kalau sambung di IPT yang sama (contoh Diploma UiTM sambung Ijazah UiTM) singkat sikit masanya dalam 2 –3 tahun. Ada peluang tu nak dapat degree on-time dengan budak Matrik.huhu..tu pun kalau tak repeat paper la ye.
Walaupun lambat sikit tapi kita dah ada segulung diploma. Sekiranya gagal ketika ijazah pun kita dah ada sijil diploma yang boleh menyelamatkan kita bila nak mintak kerja nanti. Tapi, kepada sesiapa yang masih belum nampak bidang apa yang patut dia ceburi (kalau ikut pengalaman student perempuan yang selalu macam ni), eloklah sambung Matrik. Pemohon UPU yang dapat kursus selain yang dipohon pun elok sambung matrik.
Fikir dalam-dalam sebelum membuat keputusan…
Pada saya tak salah grad lewat. Tak perlu tergopoh-gapah sebab proses menuntut ilmu ni memang susah tak kira di peringkat apa pun dan ianya memerlukan kesabaran dalam mengarunginya. Laju-laju lepas tu terbabas pun tak guna juga kan?
Lagipun, situasi ekonomi sekarang tak menjamin kita bakal mendapat tempat dalam pasaran kerja lepas dapat ijazah nanti. Ekonomi semakin menguncup dan graduan pulak bertambah. Nak bersaing pulak lagi dengan graduan IPTS. Jadi, ramai yang tanam anggur belakang rumah.
Rasanya excellent student mungkin tak perlu memikirkan perkara ni. Sebab insyaAllah mereka boleh lepas dengan jayanya sampai dapat ijazah nanti. Cuma student yang biasa-biasa ni yang perlu memikirkan sedalam-dalamnya demi kebaikan di masa hadapan. Oleh itu, silalah ukur baju di badan sendiri.
Lagi bagus buat solat sunat istikharah. Biar Allah saja yang tunjuk apa yang terbaik untuk kita.
Mungkin pendapat yang saya bagi ni agak ‘bias’ ke UPU sebab saya amik diploma sekarang dan saya pasti yang dah masuk Matrik mesti ada pendapat mereka sendiri. Jadi dah habis baca tu ringan-ringankanlah jari-jemari mu untuk memberikan sedikit komen dan berkongsi ye.
Manalah tahu komen korang tu dapat mengurangkan sedikit keserabutan dalam kepala adik-adik kita ni. Sebab saya pun tak tahu apa yang anda rasa ketika di matrik dulu. Apa pun wahai adik-adik sekalian, pilihan di tangan anda!