Aidys Cafe di waktu malam…
Trip kali ni kami ke Aidys Cafe & Western Food di Telok Air Tawar (orang Penang sebut Teloq Air Tawaq..pastikan cukup qalqalah untuk sebutan yang betul.hehe..) untuk merasa makanan western food. Asyik makan nasi
Cadang nak makan kat sini dari 2 minggu lepas tapi beberapa kali tertangguh di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan terutamanya kerana rahmat Allah yang turun mencurah-curah ke Bumi. Syukur dapat juga pergi semalam.
Perjalanan bermula…
Perjalanan bermula pukul 6.00 petang dari Permatang Pauh dan mengambil masa 30 minit untuk ke Telok Air Tawar yang terletak dalam kawasan Butterworth. Kami ke sana dengan menaiki transport pilihan apalagi kalau bukan motor. 5 motor + 10 penumpang…
Sampai di sana lebih kurang pukul 6.45 petang selepas mengharungi traffic light dan traffic jam. Tempat ni memang strategik sebab terletak di tepi jalan utama ke Sungai Petani. Banyak kereta lalu-lalang. Dapat pelanggan pun senang ye tak?
Mana yang tak tahu jalan boleh search kat Google Maps..pakai GPS pun bagus juga.
Menu & harga…
Makanan semuanya ala keBaratan macam chicken chop, lamb chop, fish and chip dan sewaktu dengannya. Char koay teow, masakan panas dengan sate pun ada juga. Mungkin sebab kedai melayu, jadi menunya pun seimbang antara menu barat dan tempatan. Tapi specialty kedai ni ialah western food dan dikatakan yang terbaik di Butterworth dan Penang.
Harganya boleh tahan la murahnya. Saya rasa western food paling murah pernah saya makan. Semalam makan Chicken Chop Black Pepper dengan harga RM 8 sepinggan. KFC dinner plate pun dah RM 12 sepinggan. Biasanya kat tempat lain RM 12-15 untuk menu yang sama. Kalau beef steak baru RM 15 berbanding RM 20 ke atas di kedai lain. Murah kan?
Pandangan peribadi…
Tapi service agak slow sebab terpaksa menunggu hingga 40 minit. Nasib baik ada air sejuk yang diberi percuma sementara menunggu makanan sampai. Mengurangkan sedikit kehangatan hati. Kalau siapa-siapa yang duduk area Penang, Kulim atau Sungai Petani bolehlah datang sini sebab sekali cuba nak sepinggan lagi. Kalau nak review lagi kat sini.
Jumpa lagi di episod akan datang!