Jom Try Digsby!

New Microsoft Office PowerPoint Presentation

Pernah dengar Digsby? Digsby ni adalah satu software yang secara kasarnya berfungsi macam Yahoo Messenger (YM) tapi mempunyai banyak kelebihan yang tiada pada YM. 

Digsby mengintegrasikan fungsi email (tak kira yahooMail, Gmail dan lain-lain) , social networking (facebook, tweeter) dan Instant Messanging,IM (YM, google talk, windows live messenger) dalam satu program sahaja. 

Tak tahulah software ni baru release atau dah lama dah tapi saya baru sahaja menggunakannya lepas dapat invitation e-mail daripada sahabat seperjuangan.  Mana yang belum tahu sila teruskan membaca ye.  Mana yang dah tahu dan dah guna bolehlah share kat bahagian comment nanti.  Ada beberapa feature yang best pada software ni yang hendak dikongsikan dengan blogger semua.


Benda cool pasal sofware ni…

1) Login pada Digsby = Login untuk semua sekali~

Kalau siapa yang ada YM, google Buzz, Live messenger dan lain-lain dalam PC tu dan memerlukan kesemuanya, Digsby akan loginkan untuk korang pada kesemua IM program tadi.  Login sahaja melalui Digsby bermakna korang akan login untuk semua sekali secara serentak.  Jadi tak payah nak login satu-satu lepas ni.

Bukan tu je.  Kepada sesiapa yang ada Facebook, MySpace dan Twitter pun akan diloginkan tanpa membuka laman web social networking tadi.  Bayangkan kalau ada 4 akaun social networking.  Payah jugak tu nak bukak website satu persatu semata-mata nak tengok testi atau komen baru.  Mudah kan?

2)  Email alert secara real time

New Microsoft Office PowerPoint Presentation
New Microsoft Office PowerPoint Presentation1
klik untuk tumbesaran…

Kalau pakai YM, akan ada alert bila email baru masuk.  Tapi terhad untuk yahoo mail sajelah.  Untuk Digsby, pop up kan muncul bila email baru masuk.  Tak kiralah samada korang pakai Gmail, YahooMail dan lain-lain.  Lepas tu siap ada preview lagi untuk email tadi.  Tak payah masuk page Yahoo Mail lagi..hehe.  Mana email yang rasa nak buang pun boleh delete kat pop-up tu jugak.

3) Chat dalam interface yang sama

New Microsoft Office PowerPoint Presentation2 
Untuk yang pakai banyak IM program, buddy list akan disatukan dalam Digsby.  Buddy List dalam YM boleh letak sekali dengan Live messenger.  Kalau ada nama individu yang sama dalam dua IM yang berbeza, dua-dua nama boleh merge sekali menjadi satu dalam interface Digsby.

Jadi, boleh chat dengan sesuka hati tanpa banyak sangat interface IM yang boleh menyebabkan desktop tu nampak berserabut.  Tak pening kepala.

4) Update status FB sendiri…komen status orang sekali…

Feature yang paling saya suka.  Semua ada FB kan? Budak umur 12 tahun pun ada FB.  Macam biasa, nak komen atau update kena bukak homepage FB.

New Microsoft Office PowerPoint Presentation4 klik untuk tumbesaran…

Dalam Digsby, hanya letakkan mouse atas ikon FB dalam interface Digsby ni dan boleh mula mengomen bila pop-up FB tu  keluar.  Boleh update status sendiri dan komen status kawan kat situ jugak tanpa bukak website FB.

Kalau nak komen gambar kena masuk website la juga ye.  Tapi feature ni pun dah cukup bagus sebab kebiasaannya kita update dan komen status je kan? Tambah-tambah tengah exam ni.  Takkan nak mengadap FB je memanjang ye tak? Yang penting jimat masa.  

Dan banyak lagi…

digsby email, social networking dan IM yang disupport buat masa ni…

Macam-macam lagi fungsi lain.  Apa yang dinyatakan tadi tu hanyalah sedikit sepanjang 3 minggu menggunakannya dan pada saya amat berguna lagi memudahkan.  Mudah pada saya mungkin juga mudah pada korang kan?

Banyak lagi yang tak habis explore.  Kalau nak tengok fungsi lain boleh ke Digsby.com.  Siap ada tutorial pengguna lagi untuk para newbie sekalian.  Nanti dia ajarlah macam mana nak setup account, cara nak guna dan sebagainya.  Saiz fail kecik je macam download YM jugak (18.3 MB).  Kesimpulannya:

Digsby = IM + Email + Social Network

Selamat mencuba~ 

pesanan penaja: jangan layan FB sampai tak boleh buat kerja lain ye...


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template