Anda seorang mahasiswa politeknik atau mahasiswa IPTA mahupun IPTS? Berasa amat bangga dengan tempat pengajian anda? Kalau ya baguslah kerana ia sebagai petanda anda amat menyayangi tempat anda menadah ilmu untuk bekalan di masa depan. Tapi adakah dengan semangat kekitaan ini menjadi tiket untuk merendah-rendahkan dan menghina pelajar IPT lain?
Terkejut bila membaca blog infozi mengenai penghinaan terhadap pelajar politeknik. Saya bukan seorang pelajar politeknik tapi rasa geram juga bila membaca komen beberapa individu di Facebook sebab merendah-rendahkan orang lain sesuka hati. Buat kesekian kalinya Facebook disalahgunakan lagi untuk kutuk orang.
Politeknik tak bagus?
Ada yang kata poli ni bukan IPT dan ada juga yang menganggap politeknik sebagai IPT kelas kedua. Mungkin sebab tak mula dengan perkataan Universiti atau Kolej Universiti agaknya. Tapi kalau bukan IPT takkan masuk dalam senarai di laman web Kementerian Pengajian Tinggi pulak kan?
Tak dinafikan pelajar yang menyambung pengajian di politeknik mungkin masuk ke sana atas sebab keputusan yang kurang baik dalam SPM. Jadi bila tak dipanggil oleh matrikulasi dan UPU mereka menyambung pengajian ke politeknik pulak. Ada juga tau yang gempak keputusannya masuk politeknik!
Rasanya, politeknik adalah peluang kedua untuk mereka terus belajar yang disediakan oleh kerajaan. Tak mahir dalam akademik mungkin mahir dalam bidang kemahiran pulak. Semua manusia tak dilahirkan dengan kebolehan yang sama.
Bukankah sekarang majikan sukakan graduan yang ada kemahiran berbanding pencapaian akademik semata-mata? “Kalau ada ijazah dalam kejuruteraan automotif tapi bukak tayar pun tak reti buat apa”, kata seorang tenaga pengajar ketika saya buat assignment di sebuah workshop kereta kat Penang ni.
Jika belajar di universiti dikatakan tinggi martabatnya, mengapa ramai graduan di Malaysia ni yang menganggur sekarang termasuk yang belajar di luar negara? Masa interview result yang baik hanyalah tiket untuk melayakkan kita untuk di interview. Kalau interview tak berapa nak bagus pun susah juga nak dapat job placement.
Jangan berlagak sangat…Jika belajar di universiti dikatakan tinggi martabatnya, mengapa ramai graduan di Malaysia ni yang menganggur sekarang termasuk yang belajar di luar negara? Masa interview result yang baik hanyalah tiket untuk melayakkan kita untuk di interview. Kalau interview tak berapa nak bagus pun susah juga nak dapat job placement.
Tak kira kat mana kita belajar, ianya akan bergantung pada diri kita juga. Setiap IPT ada keistimewaan masing-masing dalam melahirkan graduan mereka. Macam-macam yang pihak universiti lakukan untuk menyiapkan mahasiswanya dengan pelbagai skill dan pengetahuan sebelum bekerja.
Tapi kalau para mahasiswa sendiri tak mempunyai semangat untuk memajukan diri sendiri dan merebut peluang yang pihak universiti bagi, belajar kat oversea sekalipun takkan berjaya.
Rezeki Allah bagi pun tak sama. Dah ramai dah yang berjaya dalam hidup hatta tanpa segulung ijazah. SPM pun kadang-kadang tak lepas. Tapi mereka mampu hidup mewah dengan pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan berbanding seorang engineer berkelulusan ijazah yang gajinya nak lepas RM 10 000 pun susah.
So..lepas ni nak kutuk lagi tak? Fikir-fikirkan!picture credit to infozi.com