Piala Thomas yang terlepas…

Slide1


Tengok tak perlawanan separuh akhir Piala Thomas semalam?  Kalau peminat badminton walaupun jarang main akan terpacak kat depan TV9  untuk menyaksikan misi mustahil skuad bandminton negara menentang gergasi badminton Dunia.  Apa lagi kalau bukan China.

Malangnya Malaysia gagal dalam misinya untuk membawa pulang Piala Thomas selepas tewas mudah kepada China dengan aggregat 3-0.  Frust bila Malaysia gagal untuk kalahkan China bagi mengulang kembali sejarah Juara Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.  Masa tu yang join team Malaysia ni Rashid Sidik (single), Razif-Jalani Sidik (beregu) dan lain-lain lagi.  Baru umur 3 tahun mana nak tahu pasal badminton.  Makan tau lah..haha..


Apa tu Piala Thomas?

thomas-uber Piala yang menjadi rebutan…

Sebut Piala Thomas tapi apa benda alah tu tak tahu.  Piala Thomas ni diasaskan oleh Sir George Alan Thomas pada tahun 1939.  Beliau merupakan pemain badminton yang paling berjaya la waktu tu.  Idea ni datang selepas terciptanya Davis Cup untuk sukan tenis.

Tapi pertandingan Piala Thomas edisi pertama terpaksa ditunda ke tahun 1948 disebabkan oleh Perang Dunia ke 2.  Thomas Cup 2010 kali ini merupakan kejohanan edisi yang ke-26.

Format pertandingan ialah perlawanan peringkat kumpulan dulu kemudian kalah mati bila masuk ke pusingan suku akhir hingga pusingan akhir.  Setiap pasukan akan menghantar 3 pemain perseorangan dan dua pasangan beregu.  Pendek kata Piala Thomas ni ialah acara berpasukan bukan acara individu macam Super Series.

Kecewa Malaysia kalah…

Pada awalnya Malaysia diramal bertemu China di peringkat Akhir (sekiranya berjaya menewaskan pasukan lain masa suku dan separuh akhir).  Tapi selepas kekalahan mengejut kepada Jepun dan menjadi naib juara di peringkat kumpulan menyebabkan Malaysia terpaksa bertemu dengan China di separuh akhir.

Nak lawan dengan China bukannya senang walaupun ranking mereka lebih rendah daripada Malaysia untuk pemain perseorangan dan beregu utama.  Ranking pemain China jatuh pun bukan sebab banyak kalah tapi sebab banyak kejohanan yang diorang tak masuk.  Nak jaga standard agak atau nak masuk kejohanan yang ada class je ke?  Tapi berita yang saya baca China tak masuk banyak kejohanan sebelum ini adalah semata-mata nak memberikan tumpuan kepada Piala Thomas.

Akhirnya cabaran Malaysia berakhir selepas tumbang 3-0 dengan mudahnya semalam.  Tak sempat tengok Chong Wei.  Tapi sempat tengok Tan Boon Heong-Koo Kean Keat main kat TV.  Rasanya prestasi macam agak menurun berbanding lawan Denmark dua hari sebelum tu.  Tekanan agaknya sebab beraksi depan penyokong sendiri kemudian peminat mengharapkan mereka akan berjaya memenangi Piala Thomas untuk kali ni.

Syabas! Tapi…

Apa pun syabas kepada pemain Malaysia yang dah berusaha sehabis baik semalam.  Mungkin lain kali agaknya.  Takkan mereka sengaja mengalahkan diri dalam misi penting ini, betul tak?

Tapi kita memang kekurangan pemain yang berbakat dalam sukan badminton untuk menjadi pelapis kepada skuad badminton sekarang.  Kalau tak takkan Wong Choon Han masih dalam skuad kebangsaan walaupun umur dah 33 tahun.  Skuad China pulak purata umur pemain adalah kurang daripada 25 tahun.

Pengalaman mungkin penting dalam setiap pertandingan tapi rasanya tahap fizikal dan stamina yang biasanya dimiliki oleh pemain muda pada saya lebih penting.  Contohnya macam Choon Han yang agak keletihan ‘dibuli’ Chen Jin semalam.

BAM perlu melatih dan mencari pemain-pemain pelapis untuk menggantikan skuad sekarang sementara  pemain senior masih lagi dipuncak karier.  Takut bila terlambat nanti kita semakin tertinggal dengan negara lain dalam arena badminton.

su_04.1

Teruskan usaha kerana peminat badminton Malaysia akan terus menyokong anda!

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template