Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara!

belia negara

Anda seorang belia?  Tahu tak ada hari khas untuk kita semua sebagai seorang belia di Malaysia?  Kalau tak tahu mari kita ambil tahu.  Kerajaan Malaysia telah menetapkan tarikh 15 Mei setiap tahun sebagai Hari Belia Malaysia.  Ia sebagai satu dedikasi khas daripada kerajaan untuk kita semua sebagai seorang belia lebih kurang macam Hari Pekerja, Hari Guru dan lain-lain lagi.


Dah nama pun hari belia, mestilah untuk belia kan?  Sebelum membaca lebih jauh, kita lihat dulu apa definisi belia itu sendiri.  Belia ialah seseorang yang berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.  Jadi para remaja yang dah lepas PMR pun boleh dipanggil belia.

Sambutan untuk tahun ni bertemakan Belia Kreatif  Pemacu Pembangunan Negara.  Sambutan akan bermula pada 14 Mei hingga 16 Mei 2010 bertempat di Presint 4 Putrajaya dan acara kemuncak perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia bakal diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).  Macam-macam aktiviti yang pihak Kementerian Belia dan Sukan aturkan untuk memeriahkan sambutan ini.  Nak tahu lebih lanjut sila klik sini. Macam-macam ada…

Apa peranan blogger untuk pembangunan belia?

ITYM BANNER
ITYM official emblem…

Para blogger secara umumnya terdiri daripada mereka yang bergelar belia dan saya percaya sebahagian besarnya ialah golongan pelajar yang mendukung aspirasi negara.  Secara tak langsung menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan modal insan negara.

Blogger tak boleh lagi dipandang sebagai golongan yang suka membazir elektrik melepak di hadapan laptop sepanjang masa.  Sebab sekarang ramai blogger yang berusaha memerah otak dan menggunakan daya kreatif mereka untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada para pembaca blog mereka.  Bukan setakat cerita kosong tak membawa makna.

Sekurang-kurangnya ada juga informasi yang berguna untuk kita samada secara sedar ataupun tidak.  Bukan senang tau nak tulis sesuatu yang berkualiti untuk pembaca.  Banyak masa yang dihabiskan untuk mengasilkan posting bermanfaat yang hanya memerlukan lima minit untuk dibaca.  

Secara tak langsung komuniti blogger sebenarnya menyumbang kepada pembangunan pemikiran masyarakat Malaysia! Cuma kami menyampaikannya secara santai sebab bukan nak buat artikel untuk masuk buku atau nak buat thesis degree betul tak? 

Baca blog pun lebih banyak kebaikannya daripada layan Facebook around the clock tu.  Dengan syarat bacalah blog yang berkualiti.  Berlambak ada kat internet ni.  Sambil baca sambil dapat ilmu.
Harapan Untuk Kerajaan Kepada Bloggermuda…

Saya berharap agar suara komuniti blogger didengari dalam apa jua isu yang timbul di negara ini.  Sebab komuniti blogger bukan berada dalam dunia mereka sahaja sampai tak amik tau pasal hal lain.  Mungkin idea blogger generasi muda dapat digunakan bukan setakat untuk pembangunan fizikal semata tapi juga untuk pembangunan modal insan di Malaysia.

Kerajaan pun boleh menggalakkan golongan belia untuk join blogging macam bagi hosting dengan domain free ke sebab banyak manfaat yang boleh mereka dapat.  Selain berkreativiti dalam blog masing-masing, boleh juga mencambahkan pemikiran.  Kalau pandai lagi siap boleh buat duit lagi sambil mengisi masa lapang.   

p/s:tahu contest ni dari memberku Aizuddin dan kak Dahlia yang sudi terjah blog semalam.  Tulisan ni juga sebagai support kepada contest yang dianjurkan oleh  Information Technology Youth Movement (ITYM) sempena Sambutan Hari Belia 2010.  Harap-harap banyak lagi aktiviti macam ni di masa depan!

Majulah Blogger Untuk Negara! Yeah..


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template