Wajarkah judi bola sepak ‘dihalalkan’ di Malaysia?

download 
Beberapa hari lepas umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan cadangan kerajaan untuk membenarkan aktiviti perjudian bola sepak bersempena dengan Kejohanan Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.  Kalau sesiapa yang tak baca lagi pasal isu ni boleh baca kat sini.  Usul ini telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin di Dewan Negara dan katanya cadangan tersebut sedang dipertimbangan oleh pihak kerajaan.

Beliau berkata, tujuan utama ‘menghalalkan’ aktiviti perjudian ini ialah untuk mengekang sindiket perjudian haram dan keuntungan daripada aktiviti tadi dapat digunakan untuk pembangunan sukan negara.  Pemberian lesen ni pun tak lama.  Sampai habis Piala Dunia je.


Namun, sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya membantah pemberian lesen perjudian tadi tanpa mengira berapa lama kelulusan itu diberikan dan sebagainya.

Pertama, sebab judi ni memang diharamkan dalam Islam.  Tak silap saya kalau dalam islam sesiapa yang berjudi harta miliknya akan dirampas.  Kalau dah  diharamkan dalam agama mesti ada sebabnya kan?  Takkan suka-suka je.  Terlalu banyak implikasi negatif yang korang sendiri pun tahu.

Kedua, matlamat tak mengalalkan cara.  Ungkapan yang selalu kita dengar.hehe..tujuan untuk membendung sindiket judi haram tu dah bagus dah (kalau haramkan terus macam kat Kelantan lagi bagus).  Tapi keburukan bukanlah boleh diperbetulkan dengan keburukan.

Jika lesen perjudian diberikan untuk mengelakkan perjudian haram berleluasa, sama seperti memberikan lesen rumah pelacuran untuk membendung aktiviti pelacuran.  Tapi adakah dengan sijil halal yang diberikan mampu untuk mengurangkan para pelakunya?  Sebab bila kebenaran diberikan, secara tak langsung akan menjadi galakan daripada pihak kerajaan supaya rakyat menyertainya.

97971118harta yang berkat akan berkembang lebih subur… 

Ketiga, nak guna hasil keuntungan judi tadi untuk pembangunan sukan negara adalah satu tindakan yang kurang bijak.  Duit daripada hasil yang haram secara umumnya memang tak berkat.  Kalau tak berkat macam mana nak menang betul tak?  Letaklah berapa banyak pun Insyaallah tak menang.  Kalau letak duit kat team bola sepak Malaysia agaknya sampai bila pun Malaysia tak masuk World Cup! 

Disebabkan cadangan ini diusulkan oleh orang politik yang berstatus Timbalan Menteri maka banyaklah kritikan yang diterima.  Kalau untuk pihak lawan inilah kesempatan terbaik untuk menyerang pihak kerajaan.  Tapi dalam hal ni pandangan secara rasional adalah melebihi fahaman politik masing-masing okay.

New Microsoft Office PowerPoint Presentation1 
Rasanya eloklah pihak berkecuali macam mufti, JAKIM dan sewaktu dengannya yang bersuara mengenai hal ni.  Sebab bila ahli politik berhujah nanti kang dikatakan bermotifkan politik pulak.
 
Malangnya sampai sekarang pihak mufti masih lagi membisu seribu bahasa.  Harap-harap adalah mufti yang tampil kehadapan untuk menjelaskan isu ini kepada kita semua nanti.  Hanya Ustaz Asri  (bekas mufti Perlis) dan Ustaz Zaharuddin yang telah menyatakan pandangannya .  Mungkin yang lain akan menyusul nanti (hopefully).

Kepada readers yang nak komen, harap-harap janganlah masukkan komen yang bersifat kepartian ye di sini.  Tolak itu semua ke tepi dan hanya gunakan akal yang waras di sini.  Pendapat yang rasional tanpa sorakan emosi amatlah dihargai untuk dikongsi..hehe..


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template