Gunung berapi Eyjafjallajokull. Susah nak sebut nama ni untuk pertama kali sampai berpusing-pusing lidah dibuatnya. Letusan gunung berapi yang terletak di negara Iceland ini bermula sejak 14 April 2010 dan masih berterusan hingga kini.
Letusannya telah menyebabkan kebanyakan aktiviti manusia di Eropah tergendala dan sektor yang paling teruk terjejas adalah sektor penerbangan. Ramai penumpang terutamanya pelancong yang terkandas di lapangan terbang berhari-hari lamanya sebab kebanyakan lapangan terbang terpaksa ditutup akibat ruang udara Eropah yang dilitupi dengan abu gunung berapi yang berterbangan pada ketinggian 6 000-11 000 meter.
Kerugian yang dialami setakat ini ialah sebanyak RM850 juta sehari akibat daripada ratusan penerbangan yang terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan. Bila abu gunung berapi dah berterbangan pada ketinggian tadi, ia akan menjejaskan jarak penglihatan penerbangan dan mungkin akan berlakunya kerosakan terhadap enjin sekiranya debu panas tadi memasuki enjin pesawat. Buat masa ni debu-debu tadi sedang merebak ke suluruh negara eropah dan tak mustahil ke suluruh dunia jika keadaan ini berterusan.
Fikir sejenak…
Okay..sekarang saya ingin membawa anda berfikir pada perspektif yang berbeza. Letusan gunung berapi adalah satu fenomena biasa dan berlaku di mana-mana negara yang ada gunung berapi. Tapi adakah anda terfikir ada sesuatu yang tak kena dengan letusan kali ini? Semacam ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada kita rasanya.
Sebelum ini kita ada mendengar beberapa gunung berapi yang meletus di Filipina dan Indonesia. Tapi takde dengar pulak sampai menjejaskan kehidupan manusia di sana macam apa yang berlaku di eropah ketika ini. Setakat letusan biasa. Kalau terjejas pun setakat orang yang tinggal di situ je. Berita gunung berapi pula tidak tersiar berminggu lamanya di dada akhbar. Yang sekarang ni pulak boleh kata tiap hari masuk CNN.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslim)
Tanda-tanda di atas ialah tanda-tanda besar kiamat yang bermaksud hari kiamat sangat hampir waktunya. Adakah asap Eyjafjallajokull ini salah satu darinya? Entahlah. Hanya andaian saya semata kerana Allah yang maha mengetahui.
Tanda-tanda yang terjadi setelah tanda yang lain seperti butiran manik-manik sebuah kalung yang jatuh satu per satu ketika talinya putus.
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Apa pun, tanda kecil dah terlalu banyak melata di mata kita. Tinggal tanda besar sahaja yang menanti waktunya untuk dipertontonkan kepada kita umat manusia. Kalau tanda-tanda besar dah mula menampakkan dirinya, ia ibarat domino yang jatuh tanpa henti hingga ke penghujung.
Semoga Allah menyelamatkan kita dari azab siksanya dan diberi waktu dan kesempatan untuk beribadah secukupnya. Kita tak layak nak masuk syurgaNya tapi adakah kita sanggup menghadapi api nerakaNya yang menyala-nyala?
Ayuh diri ini dan kawan-kawan. Mari kita perbaiki diri mulai saat ini sebelum terlambat!
Pix credit to Boston Globe. Tengok lagi gambar Eyjafjallajokul yang superb kat sini.