Internet Banking..tak nak try ke?

Si A: Bayar bil ape tu?

Si B: Bill broadband..

Si A: oo..da try bayar online? Much more easier : )

Si B: Camne? takutla…

Pernah pakai internet banking?  Kalau kawan-kawan di UiTM Penang ni ramai yang tak pernah guna internet banking.  Alasan biasa sebab takut kena tipu bila bayar online ni.  Buat masa sekarang ni pun jenayah pishing masih lagi menjadi-jadi.  Memang boleh kena tipu kalau tak berhati-hati.  Tapi kalau ada skill insyaAllah tak kena buli dengan pishing tadi.hehe…Senang pun senang…

Kenapa kena pakai internet banking?


96418025

Kerana ianya akan menyenangkan hari anda terutamanya untuk student.  Biasanya student sekarang ada broadband dan handset.  Bila ada dua benda ni mesti nak kena bayar bil dia kan?  Kalau pakai prepaid kena beli top up pulak.  Malangnya nak pegi bank bayar bil bukanlah sesuatu yang menyukakan hati. 

Tambah pula kalau korang tak berkenderaan sendiri (macam saya) dan kesuntukan masa.  Takkan nak pegi bank jalan kaki.  Dari buang masa jalan kaki dan tunggu bas segala baik bayar pakai internet.

Lagi satu, tak payah pergi beli top up lagi.  Kekeringan kredit mungkin berlaku bila-bila masa terutamanya bila dah sampai kolej/rumah.  Kalau tak pun bila dah pegi kedai orang tu kata: “sory dik..top up habis”.  Kalau dah pandai guna nanti boleh top up bila-bila masa 24/7 macam 7-Eleven.hehe…

Selain tu banyak lagi manfaat internet banking yang korang boleh explore sendiri nanti.  Yang dua tadi tu hanya contoh yang dekat dengan student.  Saya dah guna internet banking ni lebih kurang dua tahun untuk macam-macam benda. 

Contohnya, bayar pinjaman PTPTN, beli top-up, bayar celcom broadband, transfer duit ke akaun kawan dan internet shopping (beli handset dengan mp3 player).  Nak bayar Indah Water pun boleh tau. Alhamdulillah semuanya ok tanpa sebarang penipuan. 

Bayaran menggunakan maybank2u dan bank islam online banking.  Ada lagi yang lain macam CIMB, Public Bank, HSBC dan sebagainya.  Internet banking untuk dua bank ni tak pernah buat hal lagi buat masa ni. 

Untuk pengetahuan readers sekalian, website maybank2u sebelum ini pernah berada ditangga kedua selepas google dalam ranking Malaysia Top Sites.  Maknanya ramailah kan yang pakai internet banking ni kan?  Jadi lepas ni kita belajar macam mana nak guna benda yang teramat mudah ni pulak ye. Tunggu~


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template