ebay..pernah try?

Anda pernah dengar ebay? untuk entri kali ini saya akan berkongsi dengan member-member semua mengenai ebay yang HQ nya yang terletak di San Jose, USA.

ebay overview..


Syarikat ebay inc. ini telah wujud sejak tahun 1995 dan ia telah diasaskan oleh Pierre Morad Omidyar. Dia seorang warga Amerika berketurunan Perancis-Iran. Banyak pula suku-sakat dia ni. hehe.. Kalau nak lihat lebih detail biodata beliau boleh lihat di sini. Kalau nak tahu ebay membuat keuntungan sebanyak 1.7 bilion setahun dengan jumlah pekerja seramai 15500 orang! Memang banyak..

Bisnes ebay adalah berasaskan kepada perkhidmatan internet sepenuhnya. Jadi kita hanya perlu duduk di hadapan PC sahaja tanpa perlu ke kedai untuk membeli barang-barang yang diingini. Jenis barang yang dijual adalah pelbagai contohnya gajet elektronik, pakaian, handphone, alat sukan dan macam-macam lagilah. Memang kenalah dengan tagline diorang ni...

From collectibles to cars, buy and sell all kinds of items on eBay

Kalau nak beli barang dapur bolehlah ke pasar ye..hehe. Ebay tak jual.sengihnampakgigi

Asalnya si Omidyar ni test jual barang dalam website ebay yang baru dia bukak ni. Barang tersebut adalah laser pointer yang dah rosak. Kemudian ada seorang bidder ni beli dan dia pun terkejut sebab takkan lah ada orang nak beli barang yang dah rosak. Tapi itulah hakikatnya. Di ebay ni, yang nak jual tisu yang Eminem pernah guna pun ada. Jadi, selepas itu portal ebay ni semakin popular dan sehingga kini mempunyai jutaan pengguna di seluruh dunia.

ebay screenshot...

Jenis urusniaga seperti ini amat popular di Amerika. Dengan akses internet yang jauh lebih canggih dari negara kita telah menyumbang kepada populariti online shopping di sana. Antara online shopping portal yang popular di sana adalah amazon dan ebay. Statistik internet penetration rate boleh dilihat di sini. Di Malaysia, aktiviti seperti ini kurang popular. Tak ramai yang berminat untuk menggunakan cara ini untuk membeli barang. Saya rasa mungkin disebabkan kita agak ragu-ragu dengan tahap keselamatan ketika membeli-belah dan juga ketika transaksi online dijalankan. But InsyaAllah, if proper precaution is taken, internet fraud can be avoided. Ushalah kat internet tentang cara-caranya dan kat ebay pun ada juga tips-tipsnya.

Yang memeriahkan online shopping di Malaysia ialah lelong.com.my, ebay Malaysia dan moresales.com.my. Ada lagi yang lain dan boleh dicari menggunakan encik Google. Biasanya ada dua jenis mode samada secara Buy Now atau Bid (bida dengan harga lelong).

bid screen...

to be continued....senyum

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template