Trip to Pulau Langkawi : Day Three

18 November 2009 (Rabu)

last day~

Alhamdulillah da 3 hari dah di sini. Hari ni tak banyak aktiviti yang mencabar fizikal dan mentel. Cuma ada la melawat tempat yang berorientasikan ilmu pengetahuan pulak iaitu melawat Galeria Perdana. Tempat ni diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad. Di sini banyak koleksi hadiah yang diperoleh oleh Dr M ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan jumlah koleksi yang disimpan di sini mencecah 8000 koleksi. Mungkin sebab tak muat untuk disimpan di rumah jadi kebanyakan koleksi disimpan di sini. Harga tiket RM5 je.

Koleksi yang disimpan termasuk hadiah, cenderamata, gambar-gambar sampailah kepada motosikal dan kereta peribadi beliau. Model kereta yang saya tak pernah lihat pun ade. Tapi hari ni tak ramai pengunjung mungkin sebab hari bekerja dan cuti sekolah pun belum start lagi. Antara gambar yang sempat saya ambil:


kereta yang ada dalam koleksi Dr. M


kenderaan tentera buatan England (model tahun 1960-an)

hehe...

Seterusnya pulang semula ke Jetty Point untuk bayar sewa kereta dan bersedia untuk bertolak pulang pada pukul 3.30 petang. Sementara menunggu kami pusing-pusing dulu di jeti untuk mengambil gambar kenangan dan 'ziarah' kedai-kedai yang ada. sengihnampakgigi
Alhamdulillah dalam perjalanan balik kami tak menempuh ombak yang ganas macam masa datang dulu. Jadi takde yang mabuk laut. Perjalanan amatlah selesa sebab di bahagian hadapan feri tempat duduk yang kosong banyak dan kami sahaja di situ. Jadi kami guna satu row kerusi seorang sengihnampakgigi. Boleh tidur dengan amannya.



bahagian depan feri yang betul-betul lengang

naik rapid di malam hari..

Kami sampai di UiTM Penang semula pada jam 9.30 malam. Agak letih kerana perjalanan yang memerlukan kami naik turun bas. Cuma dari Jeti Kuala Kedah ke Stesen Bas Shahab Perdana kami naik van sapu sebab lagi murah dan lagi cepat sampai.

Insyaallah harap-harap dapat lagi pergi berlibur seperti ini di masa hadapan..
Special thankz juga kepada saudara Kamarol yang banyak menguruskan perkara berkaitan dengan jalan-jalan cari pasal ini..


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template