Pengalaman sendiri...
Saya pernah membeli barang secara online dan saya rasa ia adalah salah satu cara yang mudah dan kita boleh dapat dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Lebih-lebih lagi kalau beli secara Bid. Tapi harus diingat, bidaan haruslah serius maksudnya memang kita bersungguh untuk membeli barang tersebut. Joybidder is prohibited! kata ebay..hehe.
Price difference & payment method
Antara barang yang saya pernah beli di Internet termasuklah buku (biasanya buku yang payah nak jumpa kat kedai), MP3 Player dan juga handphone. Kalau beli buku baru, perbezaan harga hanya sedikit atau sama sahaja. Tapi disebabkan kepayahan nak mendapatkannya jadi saya beli online. Kalau beli barangan elektronik pula perbezaan harga dipasaran dengan harga di internet agak ketara contohnya seperti handphone yang kadangkala mempunyai perbezaan harga hingga RM 200. Tapi kena pandai cari la..huhu
Alasan yang diberikan oleh seller amat mudah. Mereka tak perlu membayar sewa kedai, tak perlu upah salesman dan mereka membeli daripada pengedar dengan kuantiti yang banyak secara tunai. Sebab itu dapat murah. Kos penghantaran pula paling tinggi pun RM10. Berbaloi kan? Anda hanya perlu klik, bayar online dan tunggu 3 hari untuk menerima pesanan anda.
Biasanya mereka menerima bayaran melalui online banking. money transfer atau paypal.
Kalau nak setup online banking boleh set di ATM, kemudian ikut arahan yang diberikan.
Tapi sebelum membeli kena survey dulu di internet. Antara bende yang kena survey macam harga barang, review daripada yang expert (kalau beli handphone), user opinion dari orang yang pernah guna dan juga spec yang ditawarkan. Tak lupa juga untuk survey penjual yang betul-betul dipercayai. Tujuannya untuk memastikan barang yang dibeli match duit yang dibelanjakan! Jadi takdela rasa rugi lepas beli nanti.
Rating..
Kalau di ebay, kaedah rating digunakan untuk mengenalpasti seller yang dipercayai. Kalau yang bagus siap dapat badge Top Seller lagi. Biasanya lagi tinggi rating lagi tinggi reputasi seller tersebut di mata pengguna ebay. Lepas beli biasanya buyer mesti memberikan rating kepada seller serta sedikit komen dan begitu juga sebaliknya. Pembeli juga akan dinilai oleh seller. Rating ni pula hanya dikawal oleh admin ebay sahaja. Jadi, seller jangan haraplah nak menipu.
Jika komen positif diterima, reputasinya akan meningkat. Kalau negatif faham-faham jela. Biasanya kalau dah ada tiga dua empat negatif pun mampu merosakkan imej seller.
Barang yang dah pernah beli..
Saya amat berpuas hati dengan barang yang saya dah beli di internet. Dah la dapat murah, kualiti pun bagus dan setakat ni walaupun dah setahun usia mp3 Phillips saya, tapi masih dalam keadaan baik. Harap-harap tahan untuk beberapa tahun lagi.hehe..