Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala. Akhirnya dapat juga guna broadband ni setelah menunggu selama 5 hari untuk diregister oleh Celcom. Lepas excited membeli tetiba terbantut pula hasrat untuk menggunakannya buat pertama kali. Alasan promoter Celcom sebab ramai user baru mendaftar dan ada masalah network. Lepas menunggu hari ni jam 2.00 petang barulah boleh digunakan. Mungkin diuji supaya bersabar oleh yang Maha Esa agaknya.
Mulanya…
Mulanya tak pernah terfikir pun untuk melanggan broadband ni sebab di kolej pun ada wifi walaupun slow macam siput tapi masih boleh digunakan. Disebabkan semester depan tinggal di rumah sewa jadi terpaksa jugalah untuk melanggan broadband ni. Lagipun, banyak assignment nanti yang memerlukan source dari internet.
Lepas puas timbang, tambah, kuasa dua sume, saya buat keputusan untuk langgan broadband demi kemudahan masa depan..hehe..Jadi bermulalah proses mencari broadband yang mana terbaik untuk saya. Untuk pengetahuan, antara Internet Service Provider (ISP) yang offer mobile broadband ni adalah Celcom, Maxis, Digi dan pendatang baru P1 Wimax @ potong-potong..hehe. Lepas puas mencari guna cik Google banyak juga la info yang saya dapat mengenai broadband ni yang secara jujurnya tak pernah tahu sebelum ini.
Pencarian bermula…
Sebenarnya banyak pengguna mobile broadband yang tak puas hati dengan pakej yang mereka langgan tanpa mengira ISP mana sekalipun. Secara umumnya mereka memang tak puas hati. Antara komennya speed yang tersangat perlahan (tak seperti yang dijanjikan), tak boleh connect, selalu terputus, fair usage yang sikit dan banyak lagi. Sampai menyumpah-nyumpah pun ada. Pada pandangan saya mereka masih belum boleh beat streamyx dari segi speed dan stability. Cuma mungkin kelebihan yang lain-lain dari sudut mobiliti sahaja. Tapi antara pemain-pemain industri mobile broadband ni pun masih banyak kelemahan masing-masing yang perlu diperbaiki.
Lepas letih mencari kat forum dan tempat-tempat lain, perbandingan yang dapat saya simpulkan seperti kat bawah:
- coverage in 71% populated area in Malaysia (highest if I’m not mistaken).
- kurang bermasalah berbanding Maxis.
- modem boleh dibeli berasingan (jadi tak terikat dengan kontrak setahun tu). kalau nak guna bayar kalau tak nak guna sudah. Jadi tiada penalti dikenakan.
- pakej yang ditawarkan paling murah dari yang lain-lain. Terutamanya student package.
- malangnya shared IP. Tak boleh guna torrent atau download di Rapidshare / Megaupload.
- speed 384kbps (3G) – 3.6mbps(HSDPA) . Ikut pakej.
- Jika melebihi fair usage sebanyak 5 Gb, speed akan diturunkan kepada 64-128 kbps.
- Coverage kurang sket dari Celcom.
- Selalu terputus.
- speed up to 7.2mbps (using HSUPA technology). Paling laju pernah saya jumpa
- tanpa mengira pakej apa yang digunakan.
- fair usage yang ciput. Pakej paling murah hanya 1.5Gb. Memang tak cukup.
- harga pakej yang mahal. Garu kepala dibuatnya.
Digi:
- forumer komen yang ni lebih bagus dari Celcom dan Maxis.
- Coverage tak besar. Lebih kurang macam line handphone nye jugak.
- Fair usage 3Gb max. Kalau guna lebih kena bayar lebih.
P1 Wimax @ Potong memotong
- By performance sepatutnya the best sebab P1 hanya berasaskan internet semata-
- mata tak seperti yang lain-lain yang talian broadbandnya berkongsi dengan talian
- handphone.
- Disebabkan pendatang baru jadi coveragenya tak besar. Kawasan rumah saya (Skudai) dan di permatang pauh (UiTM) pun takde coverage lagi.
- Speed 800kbps-1.2mbps dan dijangka akan meningkat lagi sebab belum full capacity.
- Fair usage lebih kurang Celcom (5Gb). Tapi kalau nak yang lebih besar boleh amek plan yang lagi mahal.
Lepas mempertimbangkan semua kebaikan dengan keburukan masing-masing, saya pilih Celcom. Thankz to all my friends for your opinion. Broadband ni saya langgan di PC Fair @ Persada JB minggu lepas. Pelan yang saya pilih D50. Tak berani nak amek yang lagi mahal sebab komen di internet lebih banyak yang negatif dari yang positif. Jadi kena test dulu yang murah ni. Modem pulak harganya RM 188 (harga biasa RM 230). Bersyukur sebab ditakdirkan beli waktu ni sebab harga modem sahaja tahun lepas mencecah RM 400 mengikut brand.
Nak sign up sangatlah mudah. Hanya ic yang diperlukan dan biasanya activation mengambil masa antara 2 jam hingga tujuh hari. Macam saya mengambil masa 5 hari. Masa signup modem yang diberi ialah Vodafone K3565 Usb Stick. Slot MicroSD pun disediakan. Jadi boleh juga digunakan sebagai pen drive.
inilah rupa modemnya...
Test Power…
Lepas boleh connect je, saya terus ke speedtest.net dan pingtest.net untuk test kelajuan broadband ni. Di speedtest download speed dan upload speed akan diuji dan mereka akan estimate jangkamasa yang diambil untuk download sesuatu fail. 3 server yang berbeza saya gunakan untuk ujian iaitu Seri Kembangan, Kuala Lumpur dan Singapore untuk perbandingan. Resultnya seperti di bawah:
server seri kembangan
server kuala lumpur
server singapore
Generally, saya agak berpuashati walaupun tak mencapai speed yang saya langgan iaitu 384kbps sebab speed ni pun atas dasar best effort basis. Lagipun banyak faktor yang mempengaruhi speednya. Base on the picture, the results is quite similar.
Seterusnya di pingtest.net, ping time dan packet loss rate akan diuji. Ping time ni adalah masa yang diambil untuk komputer kita memberi respon kepada server. Broadband yang berkualiti biasanya mempunyai ping time yang kurang dari 1000ms. Packet loss rate pula adalah kadar data yang tak akan sampai pada server disebabkan oleh faktor-faktor teknikal. Lagi kecil nilainya lagi bagus. Biasanya benda ni penting untuk main game online. Resultnya pula seperti dibawah:
Lastly...
Rasanya masih awal untuk menilai performance broadband ni tapi saya harap tak akan berlaku apa-apa masalah yang serius dan boleh memeningkan kepala di kemudian hari. Mungkin juga sebab tak ramai lagi pengguna Celcom Broadband di sini yang dah balik kerja. Ramai forumer yang kata masalah akan timbul lepas cooling down period (seminggu) berakhir. Tapi tengoklah macam mana sebab setakat 3 jam guna ok je. Masa nak buka page pun lebih kurang macam pakai streamyx walaupun speed hanya 384kbps berbanding streamyx 1.0mbps. Itu pun sudah memadai sebab saya pun bukan kaki download. Apa yang lebih penting smooth surfing.
Kalau blogger @ kawan-kawan yang lain ada nak share apa-apa berkaitan dengan broadband ni silalah ye. Komen dan perkongsian pengalaman anda amat di alu-alukan J