Alhamdulillah selamat sampai juga ke Skudai, Johor selepas meredah lebuhraya yang tersangatlah jam. Mungkin ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing lebih-lebih lagi hari ini adalah hari bekerja. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru ade la lebih kurang 5 6 kali tersangkut dalam kesesakan di atas lebuhraya. Sebab tu sampai di JB lambat dalam pukul 9.30 malam.
Kalau dulu lebuhraya ni tempat yang amat selesa untuk ke destinasi yang dituju. Tapi sekarang ni semakin sibuk seiring dengan peningkatan bilangan kenderaan di atas jalan. Mama saya kata sekarang ni tak perlu bayar downpayment pun dah boleh bawak keluar kereta. Memang benar pentingnye ada kenderaan sendiri. Tapi kalau keadaan seperti ini berterusan tak mustahil Malaysia mampu menyaingi bandar Jakarta yang terkenal dengan kesesakan trafiknya. Tapi selagi masalah ketidakefisienan pengangkutan awam tak selesai makin sesak la jalan raya nanti.
lebuhraya yang sesak...
Seingat saya yang paling teruk kesesakan yang saya lihat semalam di laluan Senawang-Pedas ke arah utara. Baru 2 bijik kereta yang rosak dah menyebabkan kesesakan hampir 10 kilometer. Bila dah sesak bermulalah aksi tunda-menunda kereta. Jadi bertambah sesak lebuhraya dan ditambah pula pengguna yang tak reti bahasa yang menggunakan laluan kecemasan. Tak sabar!
Nampak pak polisi baru la terkial-kial bagi signal memohon laluan. Itulah rakyat Malaysia. First Class Infrastructure With Third Class Mentality.
Cikgu Maznita Wedding...
Saya sekeluarga bertolak lewat dari KL ke rumah cikgu maznita yang terletak di Merlimau, Melaka. Lebih kurang pukul 3 petang. Sebab sedara saya juga melangsungkan perkahwinan di Kampung Pengantin, Setapak. Dah terlanjur on da way ke JB jadi singgah lah kejap ke rumah cikguku ini. Lagipun dia adalah antara cikgu yang paling saya rapat dan siap telefon sambil bergayut menjemput saya hadir di hari perkahwinannya. Tak best rasanya kalau tak pegi.
Sampai di sana lebih kurang pukul 5.30 petang selepas mengharung jam yang menggila sebelum tu.
Bukak pintu kereta kami disambut anak muridnya yang juga Junior saya di SMKAJB dulu. Semuanya puteri-puteri negara yang baru habis SPM. Minta maaf la ye tak berapa ingat sangat namanya. Cam muka saje. Lagi pun ketika saya form 5 diorang ni baru form 2. Susah nak ingat semuanya di dalam kotak ingatan yang terbatas memorinya ini . Rajin sungguh datang sini nak tolong dari hari khamis lepas.
makan jangan tak makan...
Thankz cikgu maznita sebab menerima kehadiran saya yang datang lepas majlis! Dia pun dah tukar baju dah. Meja pun dah siap dilipat. Tapi masih lagi dijamu menghabiskan baki lauk yang ada. Yang penting sedap! Bila lagi nak jumpa sebab lepas ni cikgu maznita dah bertukar sekolah. Dia akan mengajar tahun depan di sebuah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di sini.
abah saya dan ayah cikgu maznita ber chit-chat...
Cikgu kata ramai juga senior dan junior yang datang. Siap satu bas yang dipenuhi guru-guru SMKAJB dan satu bas senior-senior saya. Asalnya nak pergi dengan kawan dari JB tapi memandangkan terpaksa ke KL dulu, jadi datang dengan famili sajalah. Ramai juga sahabat saya yang tak dapat datang sebab semalam merupakan hari mendaftar untuk semester baru di kampus masing-masing. Hanya salam dan ucapan tahniah yang sempat dikirim ke facebook nya. Rombongan cikgu pulak lepas makan katanya bergerak pula ke Bandar Melaka makan angin.
sempat snap kat banner sebelum balik...
Lepas setengah jam bertandang kami pun beransur pulang sebab kalau lewat memang lagi teruk la jamnya. Baru pukul 6 petang.
Terspot bas sekolah...
Dalam perjalanan pulang ke JB kami singgah ke RnR Machap untuk solat Maghrib. Sangat bersyukur kepada Allah Taala. Sebabnya saya bertembung pula dengan bas SMKAJB yang dah di cat baru kaler kebiru-biruan di situ. Siap de GPS lagi sekarang. Boleh la carik route yang lagi dekat untuk hantar budak pegi solat Jumaat.hehe..
Tak sangka rasanya dengan pertemuan yang tak dirancang ini. Tak jumpa di rumah cikgu maznita, jumpa pula di sini. Jadi sempat juga saya ambush bas skola dan bertanya khabar dengan cikgu-cikgu lain dalam tu. Baguslah, lagipun dah 7 bulan tak ziarah diorang kat sekolah.
Terima kasih Ya Allah di atas pertemuan yang tak dijangka ini!
Jadikanlah pertemuan kami pertemuan yang diberkati
Dan jadikanlah perpisahan kami perpisahan yang diredhai olehmu
Moga ukhuwah kami terus bersemi sampai bila-bila.
Finally...
Selamat pengantin baru cikgu. Akhirnya jumpa juga jodoh cikgu ye..
Halalkan ilmu yang cikgu pernah bagi pada saya sepanjang saya di SMKAJB ..3 Abu Bakar (Sains), 4 dan 5 Ibnu Khaldun (Fizik)..
Terima kasih kerana mengajar saya hingga memperoleh result yang baik untuk SPM2006..
Terima kasih juga atas nasihat dan leteran yang telah diberikan kerana saya tahu ianya demi kebaikan kami semua..
Halalkan semua yang pernah cikgu bagi pada saya..
Semoga sukses selalu di tempat baru..
Dan yang paling penting doakan kejayaan kami anak-anak muridmu...
SELAMAT PENGANTIN BARU..MOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA..Amiin..