Buku oh buku....aku terima nikahnya....

Alhamdulillah selamat sampai akhirnya di Kuala Lumpur semalam dari Negeri Sembilan. Tujuannya untuk ziarah opah di sini. Tapi sebelum pergi ke rumah di Sri kembangan, saya dan keluarga singgah dulu ke Mid Valley. Jalan-jalan.

Ramai sungguh lautan manusia di shopping mall yang
dikatakan terbesar di Asia Tenggara ini. Mungkin cuti sekolah agaknya. Sampai parking kereta pun penuh walaupun hari biasa!

Tapi sepupu saya kata memang selalu macam tu sebab ramai pekerja di area tersebut yang meletakkan kereta di situ dek kerana parking fees yang lebih mahal di pejabat mereka. Tu lah yag tak best duduk KL ni. Semua benda mahal..

Tengah jalan-jalan terjumpa pulak MPH Bookstore. Tempat yang saya dah lama tak 'ziarah'. Bila masuk je datang dah sindrom rambang mata. Sebab banyak sangat buku yang macam best title nya untuk dibaca. Tambah pula dengan promosi 3 for 2 nya.

Lepas belek-membelek ngan tawaf kedai tu, 3 buku sempat saya sambar. Bercinta Sampai Ke Syurga, Trevelog Haji Mengubah sempadan Iman dan Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain..

buku yang sempat 'ditangkap'...

Sebelum ni dah jumpa buku-buku ni tapi disebabkan banyak benda lain yang perlu dibeli menyebabkan buku ni diletakkan dalam waiting list saya sahaja. Lagi pun buku Wang, Anda dan Islam pun belum habis dibaca. Payah nak dapat buku ni di Badan Angsana sebab selalu out of stock. Jadi beli online di www.kedai-buku.com. Kalau rasa ada duit lebih, saya suggest kan buku ni. Banyak perkara berkaitan muamalat kewangan terutamanya mengenai riba yang memang dekat dengan kita diulas dalam buku ni. Simpan duit dalam bank konvensional pun boleh ada riba! Tak rugi beli... Pandangan mengenai boikot barang Israel pun turut diselitkan.

Tapi buku yang memang jadi buruan ialah Bercinta Sampai ke Syurga karya saifulislam.com.
Buku ni adalah kesinambungan Aku Terima Nikahnya. Bila nampak semalam memang sambar je terus sebab selalu habis dan tak jumpa-jumpa kat Jusco Seberang Perai, Penang.

Aku Terima Nikahnya...



Bila tengok tajuk buku ni je ramai yang tanya ko da nak kawen ke?
Pertanyaan yang nak membuatkan saya tergelak.
Sampai adik pun tanya macam tu. Tapi jawapannya senang je. Cube try bace dulu..

Takdela sampai ke situ.
Banyak lagi tanggungjawab yang belum selesai dengan umur yang masih lagi muda dan menuntut lebih banyak masa untuk mencari pengalaman hidup. Belajar pun tak habis lagi.

Cuma banyak perkara yang ditulis dalam buku ni menarik perhatian saya untuk membacanya terutamanya mengenai cinta, rumah tangga dan keluarga. Lagipun apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalamannya sendiri. Susah nak jumpa orang yang berkahwin tanpa kenal dengan mendalam pasangan hidupnya sendiri zaman ni. Kebanyakannya dah berkasih dulu di alam percintaan.

Tapi Allah dah buktikan yang jodoh pertemuan dan cinta ni terletak di tangan Nya. Tanpa perlu bersayang-sayangan atau jalan-jalan pegang tangan tanpa ikatan pun boleh membuahkan benih cinta bila lepas bernikah dan yang pasti Insyaallah lagi berkekalan. Dah di prove oleh penulisnya yang terkenal dengan tagline erti hidup pada memberi ini.

Saya rasa buku ni memang sesuai sangat dibaca tertutamanya remaja macam kita yang sedang berada dalam zaman kritikal dalam kehidupan kita. Apalagi kalau bukan zaman remaja. Zaman untuk mencari identiti diri sendiri.

Antara kata-kata menarik yang saya jumpa dalam buku ni. Jom tengok dan fahamkan serta diambil pengajarannye:

kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangkamasa terdekat hubungan itu tidak mempunyai kemungkinan untuk dinaiktaraf untuk menjadi ikatan perkahwinan. Jangan tergesa-gesa; jangan bertangguh-tangguh.
didikan agama bukanlah sekadar menghafal doa atau surah alQuran semata. Apa yang penting anak-anak amat perlu diperkenalkan kepada Allah.
kenapa saya tulis semua ini?
suapaya anak-anak muda yang gatal bercinta di celah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan. Jika menolak zina pun menjadi kepayahan, halau dirimu dari cinta dan perkahwinan. Bosan saya lihat jiwa yang merengek meminta ihsan. Jika mahu bercinta jangan hanya mahu merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana perkahwinan bukan utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka-duka. Namun dalam duka ada bahagia, itulah nikmat rumahtangga. Medan memberi paling mulia.

Semoga bermanfaat :)

Tak sabar nak baca sekualnya..bercinta sampai ke syurga...

p/s: dak2 SMKAJB/ex-SMKAJB Ahad ni (27/12/2009) jemput ke majlis walimatul urus cikgu maznita dengan pasangannya di Melaka.
Ade sape2 g?

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template