COP15 : Stop fighting..Save The Earth Now!

Geram dan marah. Itu yang saya dapat katakan ketika menonton Buletin Utama tadi. Dalam berita tersebut ada disiarkan liputan mengenai 15th United Nations Climate Change Conference Copenhagen 2009 (COP15). Persidangan ini adalah khusus bagi membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang semakin teruk. Persidangan ini juga dihadiri oleh semua ahli PBB dari setiap negara tak kira negara membangun atau negara maju.


Apa yang mengecewakan saya sebagai salah seorang penduduk di dunia ni ialah sikap para delegasi yang masih masih belum lagi mencapai kata sepakat berhubung pakej bantuan yang bakal diberikan oleh negara maju kepada negara membangun untuk membangunkan teknologi hijau serta untuk menghadapi pemanasan global yang semakin meruncing.

Ancaman yang terdekat ialah negara-negara pulau yang mungkin akan tenggelam terus dari peta dunia beberapa tahun lagi. Jika tiada tindakan yang diambil, alamatnya penduduk negara tu terpaksalah berpindah ke negara lain. Persoalannya, nak ke negara lain terima mereka? Negara mereka sendiri pun menghadapi masalah dalam menangani pemanasan global. Inikan pula terpaksa menanggung beban negara lain.

Saya lihat persidangan ini lebih kepada medan untuk menuding jari daripada sebagai medan untuk mencari penyelesaian konkrit dalam menyelesaikan masalah ni. Negara miskin marahkan negara maju dan begitu juga sebaliknya. Ada juga sampai tahap wakil negara miskin memulaukan persidangan ini kerana tidak sependapat dengan negara kaya. Kesannya memang tak ke manalah persidangan ni. Hanya pembaziran masa dan tenaga semata-mata.

Lagi menyedihkan kerana negara kaya atau G8 yang memang kedekut. Mereka seakan-akan memandang mudah ancaman ini. Mereka bersetuju untuk mengeluarkan hanya $20 bilion sahaja setahun bagi mengurangkan kesan pemanasan global. Sepatutnya jumlah keseluruhan yang diperlukan melebihi $800 bilion setahun dan ada yang mengatakan akan meningkat kepada $1.5 trilion. Jumlah yang sangat jauh bezanya. Tambah pula peruntukan tersebut hanya akan dibayar menjelang 2012. Kenapa perlu tunggu lagi untuk 3 tahun?


Saya kira sepatutnya mereka mampu untuk menyumbang lebih daripada itu. Lihat sahaja Amerika Syarikat yang mampu untuk bailout syarikat-syarikat mereka sebanyak $700 bilion ketika krisis ekonomi lepas. Daripada kerajaan mereka menyelamatkan syarikat ni, lebih baik selamatkan dunia! Lagipun Amerika merupakan pengeluar gas rumah hijau tertinggi di dunia. Jika sumbangan dari setiap anggota G8 ini digabungkan, dah boleh settle dah masalah ni. Jika langkah yang diambil berjaya, suhu dunia dapat diturunkan sebanyak 1-1.5 darjah Celcius.




Malangnya, setakat ni tak berlaku. Masing-masing berprasangka antara satu sama lain. Tak tahulah nak jadi ape. Masa dah semakin suntuk. Dunia pula semakin nazak. Mereka pulak lebih suka berperang mulut daripada berbincang dan kita rakyat biasa pula yang menanggung bala.

Memang benar kata Allah dalam surah Ar-rum Maksudnya:

Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.

Walaupun dengan tangan yang kecil, tapi mampu untuk merosakkan seluruh umat manusia. Mungkin inilah balasan Allah kepada kita yang rakus mengejar kemewahan dan kebendaan . Duit sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat tapi terpaksa pula dibelanjakan untuk mengahadapi bala Allah ini. Islam tak menghalang kemajuan. Islam tak menghalang modenisasi. Tapi manusia sendiri yang sering melebihi had yang diberi.

Harapannya agar baki 2 hari persidangan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta dapat mencapai penyelesaian yang lebih konkrit. Teruskan berdemo wahai aktivis!

we supporting you...

Ice is melting.... Hundreds island is sinking... What are we waiting? Coz clock is ticking...tick..tick...tick

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template