Selamat tahun baru semua!
Alhamdulillah syukur kepada Allah masih lagi diberi waktu untuk melangkah ke tahun yang berikutnya iaitu 2010 kalendar masihi. Kebiasaannya bila tiba sahaja 31 Disember pasti stesen tv sibuk menyiarkan sorotan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun tersebut. Begitu juga untuk tahun 2009 ini. Tapi tak sempat tengok. Dah terlepas da...
Saya sendiri ada banyak pengalaman yang dilalui sepanjang tahun lepas tak kira la pahit mahupun yang manis dan saya juga percaya anda juga mempunyai cerita yang tersendiri mengenai 2009.
Tak pasti samada posting ni pendek ke panjang. Sebab kalau ikutkan banyak la peristiwa yang saya lalui sepanjang tahun lepas. Tapi untuk kali ini hanya sebahagian yang dapat saya kongsikan. Mungkin banyak gambar je kot.
JPK Zamrud UiTM Pulau Pinang
Masa jadi JPK nilah saya banyak bertemu dan kenal dengan orang-orang atasan di kampus ini. Yang bagusnya kemahiran komunikasi saya sendiri agak meningkat bila join JPK ni. Lagipun sebagai badan yang mewakili pelajar kolej, komunikasi yang berkesan memang tersangatlah perlu untuk settlekan masalah di kolej.
Bila jadi JPK ni cuti dah menjadi pendek sebab perlu pulang awal ke kampus 2 minggu sebelum
bermulanya kuliah bagi membantu pihak UiTM menguruskan intake pelajar baru. Sambil tu ade la juga buat bisnes jual burger ke air ke. Memang masyuk income kami bila time MMS.
Memang terlalu banyak pengalaman yang berharga sepanjang saya menyertai JPK Zamrud selama setahun. Skop tugas lebih kurang sama ketika dalam Extima SMKAJB06 dulu. Secara rasminya kami telah meletak jawatan bulan oktober lepas sebelum final exam. Lepas resign sempat lagi interview sekretariat baru atas jemputan JPK baru..Then lepas final ke Langkawi pula.
Terima kasih kepada pihak kolej atas kepercayaan yang telah diberikan. Kami mohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang tempoh setahun ni. Buat JPK baru selamat maju jaya untuk anda!
Nasyeedz
Tahun lepas saya agak aktif dengan kumpulan nasyid Far-E-ZeeN sama seperti tahun sebelumnya. Tambah pula dengan Persatuan Kesenian Islam (PKI) yang baru ditubuhkan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan seperti pengambilan ahli baru, aktiviti untuk ahli dan pembelian percussion baru.
Percussion la yang paling menguji kesabaran sekali. Sebab selepas setahun berjuang barulah peruntukan diluluskan. Biasalah kerenah birokrasi yang sangat memeningkan. Banyak prosedur yang perlu dilalui dan banyak pula orang yang perlu ditemui. Dari mintak quotation penjual sampailah kepada proses pembelian. Semuanya dilakukan oleh kami sendiri.
Terima kasih pada sahabat saya, Jamal yang banyak menyelesaikan masalah yang berkaitan. Dia juga sebagai mantan Presiden PKI. Akhirnya dapat juga percussionnya yang bernilai RM8000. Terima ksih juga buat arwah TP yang telah banyak membantu Far-E-Zeen dan PKI.
Banyak juga persembahan dan pertandingan yang kami sertai. Nak kata kumpulan kami ini seperti kumpulan nasyid mainstream yang lain seperti UNIC atau In Team memang sangat jauh. Kami hanya menghiburkan pelajar UiTM Pulau Pinang sahaja jika ada jemputan dari pihak penganjur.
Kalau nak tarik macam Fitri UNIC atau Shah In Team tu alamatnya boleh 'cuti' suara ni 2 minggu dibuatnya nanti. Kami hanya melakukan apa yang termampu. Dengan sedikit kebolehan yang Allah bagi ni lah kami berdakwah. Kami sendiri tidak mampu menjadi seperti kumpulan tabligh yang berkebolehan menegur secara direct tanpa rasa takut ataupun malu walaupun sedikit. Mungkin dengan ruang seni yang sedikit ini dapat kami manfaatkan untuk menyampaikan hiburan yang mendidik jiwa kepada semua. Selagi ada ruang dan peluang, kami akan cuba sedaya upaya untuk memanfaatkannya.
Cerita mengenai pertandingan pulak ye~
Ada 3 pertandingan yang telah kami sertai tahun lepas iaitu Festival Nasyid UiTM SeMalaysia (FENU'09), University Islamic Festival (UniFes_09) dan EKUUM09.
FENU'09 = Naib Johan
UniFes_09= Ketiga
EKUUM = Ketiga
Amat bersyukur atas kejayaan yang telah dikurniakan. Yela, memandangkan team lain ada jurulatih, pencipta lagu dan technical team masing-masing. Kami pula bergerak sendiri. Entah betul entah tidak ape yang di practice tu. Lagipun untuk mengambil jurulatih kosnya agak tinggi dan sukar untuk dicari di sekitar Pulau Pinang . Tanpa banyak pilihan terpaksalah akur dengan keadaan tersebut. Mungkin inilah dikatakan mehnah dalam perjuangan.
Selepas membawa pulang beberapa kejayaan barulah pihak universiti membantu seperti pembelian percussion dan baju untuk persembahan. Pada mulanya baju yang kami pakai adalah menggunakan duit sendiri. Saya teringat akan kata-kata mantan Timbalan Pengarah Kampus dulu " Prove something before you ask something". Mungkin dengan kata-kata itulah membangkitkan semangat kami.
Moga kami terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan...
Roomate yang gila-gila
Biasanya saya dapat roomate yang same batch. Tapi untuk semester lepas saya sebilik dengan junior. But i never regret it!
Sebabnya semuanya kepala yang boleh layan. Happy sentiasa walaupun agak tertekan dengan tugas JPK. Selalu makan kat luar sama-sama. Sampai pagi-pagi gi joging kat Menkuang Dam lagi. Mereka semua juga merupakan ahli Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) yang turut saya sertai.
Thankz faiz for allowing me to use your Kriss..hehe.. also for epul and azahari..thankz for everything..
Reunion dengan kawan-kawan lama SKTU2
7 tahun lost contact akhirnya ditemukan jua dalam facebook. Lepas habis UPSR di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2, semua membawa haluan masing-masing. Tapi bulan Disember lepas kami bertemu semula.
Thankz to Avinash Sagran dan member lain yang plan reunion ni. Adela 7 orang. Takdela ramai pun tapi semuanya rakan baik saya dahulu ketika di sekolah ni. Kami ke Pantai Desaru untuk berkelah sehari suntuk di situ. Memang best!
Rupa yang masih sama dengan perangai yang tidak berubah.
Insyaallah berjumpa lagi cuti sem depan....
Harapan untuk seterusnya
Tahun 2009 telah ditinggalkan dan 2010 pula telah menjelang. Kenangan yang ditinggalkan dulu akan terus disimpan untuk panduan masa hadapan.
Memang perlu untuk kita lihat ke depan. Tapi sekali-sekala harus juga untuk menoleh ke belakang supaya perkara yang positif dapat diteruskan dan yang negatif dapat dikuburkan serta dijadikan panduan.
Azam saya tahun 2010 adalah untuk menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dengan pointer at least 3.5. InsyaAllah di samping menjadi anak yang soleh..amin..
Moga tahun ini tahun yang penuh dengan nikmat dan barakah..
Moga kita semua berada dalam limpahan hidayah..
Teruskanlah bermujahadah..
Jangan lupa mencari bekalan untuk akhirah..