Dunia yang merangkak tua...

Sudah 17 hari di dalam tahun 2010 telah berlalu. Terasa bagaikan singkat masa yang dianugerahkan oleh Allah ini. Semakin bertambah tahun semakin pendek sebenarnya masa yang tinggal untuk kita mengumpul ilmu dan amal sebelum dipanggil untuk menghadap Allah taala.


Begitu dengan usia dunia yang semakin merangkak tua. Sedangkan ketika zaman Nabi Muhammad pun baginda telah diperlihatkan dengan usia dunia yang persis wanita tua yang sedang menunggu masa untuk dipanggil ilahi.


Selepas 1400 tahun, keadaan dunia menjadi semakin tenat. Kalau dahulu mungkin diibaratkan berbongkok tiga. Tapi sekarang mungkin telah terlantar tenat tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.


Mungkin dengan ketenatan inilah semakin banyak tanda-tanda kecil Hari Kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah taala turun buat peringatan kepada kita. Bukan sekadar tanda-tanda kecil diperlihatkan, malah semakin kerap pula ia terjadi. Semacam ingin memberitahu kita sesuatu agar kita memahami.

Permulaan 2010 yang penuh persoalan...

Lihat sahaja dipermulaan 2010 ini. Perasankah kita awal 2010 ini dipenuhi dengan peristiwa yang memberi petanda kepada kita? Bagi yang peka mungkin perasan. Bagi yang tidak mungkin hanya mengganggap ia sebagai fenomena alam semulajadi yang biasa.


Sebelum kita pergi lebih jauh elok kita renungi hadis ini:

Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan...
sahih bukhari

Kalau kita semua perasan di awal tahun 2010 ini, ada beberapa peristiwa yang agak bertepatan dengan maksud hadis di atas.

istana presiden haiti...sebelum dan selepas..

12 Januari yang lepas dunia digegarkan dengan berita gempa bumi yang berlaku di Haiti. Gempa bumi berukuran 7.0 skala ricther yang melanda negara miskin ini telah meranapkan hampir keseluruhan struktur bangunan di ibu negara tersebut, Port-au-Prince.


Bangunan yang paling kukuh disitu yang merupakan istana presiden turut rosak teruk digoncang oleh bala Allah ini. Kalau bangunan lain lagilah runtuh terus menyembah bumi sebab hampir 80 peratus bangunan di negara ini tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Presiden Haiti sendiri pun tak dapat mengumumkan bilangan mangsa yang terkorban. Tapi dianggarkan puluhan ribu yang telah terkorban dalam gempa bumi ini.

Dalam kejadian yang berasingan, gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala ritcher telah menggegarkan California, USA pada 9 Januari yang lepas. Antara bencana alam lain yang telah berlaku dalam tahun 2010 ini adalah banjir besar di Brazil dan letusan gunung berapi Nyamuragira di Congo.


Bukankah banyaknya berlaku bencana alam merupakan tanda hari kiamat semakin menghampiri kita?


Fenomena gerhana matahari dan bulan juga telah berlaku pada bulan ini. Kalau dulu sangat susah hendak melihat kedua-dua jenis gerhana ini terjadi dalam jangkamasa 2 minggu yang secara relatifnya sangat singkat! Biasanya dengan perbezaan beberapa bulan atau beberapa tahun. Tapi kini tidak lagi. Dalam sebulan kedua-dua jenis gerhana dah berlaku.

fasa gerhana matahari

Gerhana bulan 1 Januari 2010 (Jumaat)
Gerhana matahari 15 Januari 2010 (Jumaat)
Kiamat (Jumaat)

Adakah ini merupakan petanda daripada Maha Pencipta kepada hambanya yang masanya semakin hampir?


Beralih pula kepada kehuru-haraan yang sedang berlaku sekarang. Contoh terdekat penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia. Keputusan mahkamah yang memihak kepada akhbar katolik tersebut telah mencetuskan ketegangan antara kaum di Malaysia. Lihat sahaja seminggu yang lepas. Berapa banyak gereja atau masjid mahupun kuil sikh yang telah diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini (boleh rujuk akhbar sepanjang minggu lepas).


Itu belum lagi keadaan huru-hara yang berlaku di Palestin. Saban hari mereka dihuru-harakan oleh rejim zionis sejak 1948 lagi. Ribuan yang telah syahid dalam mempertahankan negara mereka. Negara Islam yang lain senyap belaka tanpa bangkit untuk membantu.


Bukanlah tujuan tulisan saya ini untuk menakutkan kita semua. Hanya sebagai peringatan untuk kita yang sering lalai daripada tanggungjawab kita sebagai hambanya. Secara jujurnya saya takut dengan perkembangan ini. Amal yang tidak banyak ditambah dengan dosa yang menggunung membuatkan rasa takut ini berasas.


Moga aku diberi masa untuk terus beribadah dan bertaubat kepadaMu...


Rasulullah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dengan jari tengah...


Teruskan fikir dan fikir akan iman dan amal kita..
Hanya sebuah ingatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabatku semua...


















blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template