"Saya baru dapat berita tadi bahawa Sultan Johor telah mangkat. Jadi kita sedekahkan al-fatihah untuk almarhum". Macam tulah lebih kurang ayat pertama yang diucapkan oleh VC baru UiTM Malaysia pada hari Sabtu yang lepas ketika ucapan perasmian Malam Anugerah Kecemerlangan Kelab Persatuan UiTM 2009 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam.
keadaan di dalam Dewan Sri Budiman...
Agak terkejut dengan pemergian almarhum Sultan Iskandar. Sebelum ni yang saya tahu memang almarhum sering saja gering. Mungkin juga kerana usianya yang sudah lanjut. Jadi banyak pula penyakit yang datang.
Kalau rakyat Johor perasan kebanyakan urusan pentadbiran atau perasmian program-program besar di Johor seperti Perasmian Sidang DUN atau Persidangan Raja-raja Melayu hanya diwakilkan kepada anakandanya Tunku Ibrahim Ismail. Petanda jelas bahawa kesihatan almarhum semakin merosot.
Apapun sebagai rakyat Johor sembah takziah saya ucapkan buat keluarga Diraja Johor. Moga almarhum ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Ketika tersebarnya berita kematian almarhum, ada pula bloggers (specifically Aduka Taruna) yang mengambil kesempatan dengan menghamburkan kata-kata cacian terhadap almarhum dengan mengungkit kembali kisah silamnya ketika menjadi Sultan Johor.
Samada cerita mengenai perangai almarhum itu benar atau tidak tak dapat saya sahkan. Sejak kecil lagi banyak cerita mengenainya telah saya dengar. Tak perlu ditulis satu persatu rasanya. Sebab kalau ceritanya palsu ia akan menjadi fitnah semata. Kalau benar biarlah disimpan sebagai iktibar..
Posting tersebut telah dipadam selepas mendapat kritikan hebat daripada pengunjung blog tersebut dan penulisnya telah pun meminta maaf. Tak silap saya pendek je postingnya tapi gaya penyampaiannya macam tiada budi bahasa dan hanya menurut nafsu amarah sahaja. Lebih baik sedekah al-fatihah. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala.
Suatu yang memalukan kalau blogger tersebut orang Islam. Sebab Islam tidak pernah mengajar kita mengutuk orang yang sudah meninggal dunia. Ia juga hanya akan mengaibkan jenazah. Teringat satu ungkapan yang menyebut "Jika kita menutup aib orang di dunia Allah akan menutup aib kita di akhirat".
Jika ditelusuri zaman Rasulullah dulu, baginda tak pernah menghina orang Yahudi atau Nasrani yang telah mati walaupun ketika hayat mereka sering saja menyakiti hati nabi. Bila mayat seorang Yahudi lalu di hadapannya, baginda bangun sebagai tanda hormat.
Memang kita tak boleh menyamakan peribadi nabi dengan diri kita yang banyak dosa ini. Tapi sekurang-kurangnya berusaha untuk meneladaninya semampu mungkin.
Adab ziarah jenazah:
Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumiaan
Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan
Mengucapkan takziah kepada keluarga
Menyuruh mereka bersabar di atas ujian Allah
Tidak membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat,mencaci dsb..
>>Al-fatihah