Alhamdulillah semalam saya dengan 6 sahabat lain buat 'lawatan' ke Radix Fried Chicken (RFC) di Sungai Petani. Ini kali pertama datang ke sini. Saje nk rasa keenakan ayam goreng di restoran ini. Berhajat untuk mencubanya pada semester lepas. Tapi dek kerana kekangan pengangkutan dan keterbatasan waktu baru sekarang boleh pergi ke sana.
di hadapan RFC...
Perjalanan ke Sungai Petani dari Permatang Pauh mengambil masa lebih kurang 45 minit ikut highway PLUS. Sibuk juga lebuhraya semalam. Mungkin ramai nak balik kampung hujung minggu ni. Saya pula mungkin cuti mid sem baru balik ke tanah tumpah darahku, Johor DT. Insyaallah.
Restoran RFC dimiliki oleh HPA sepenuhnya. Kalau dulu kopi Radix yang mempopularkan HPA ni. Tapi selepas perniagaan ini berkembang, jenama Radix diperluaskan lagi kepada RFC pula. HPA juga merupakan syarikat usahawan bumiputera muslim dengan tagline "Segar, Organik, Halal".
Restoran RFC dimiliki oleh HPA sepenuhnya. Kalau dulu kopi Radix yang mempopularkan HPA ni. Tapi selepas perniagaan ini berkembang, jenama Radix diperluaskan lagi kepada RFC pula. HPA juga merupakan syarikat usahawan bumiputera muslim dengan tagline "Segar, Organik, Halal".
Di dalam...
Sampai di sana lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Mujur tak ramai orang. Sebab sebelum ni cerita kawan-kawan mengatakan RFC ni selalu penuh kalau time lunch. Tapi lepas pukul satu dah semakin bertambah pengunjungnya. Kalau tak silap kedainya berwarna merah. Mungkin sebab pertikaian dengan KFC, warna kedainya ditukar kepada warna oren. Konsep kedai dan menu lebih kurang KFC.
keadaan di dalam...
Pekerja semuanya muslim belaka. Kalau yang wanita pula menutup aurat. Kebiasaannya rata-rata pekerja restoran makanan segera adalah remaja ataupun baru habis sekolah. Tapi di sini orang yang dalam lingkungan 40an pun ada. Baguslah sebab yang tua boleh memberikan tunjuk ajar pada yang muda dan orang muda pula boleh membantu yang tua. Satu sinergi yang baik.
Yang kami beli...
Kami beli set Mega Combo B. Harganya RM53.95. Dapat 15 ketul ayam, 2 coleslow, 1 meshed potato, 2 large fries, 2 botol Radix Cola, 2 botol sos. Berbaloi-baloi. 15 ketul banyak tu. Sebab kelaparan dan tak sarapan pun lagi, jadi kami boleh settlekan semua.
Ayam di sini menggunakan ayam organik. Kalau nak tahu apa itu ayam organik boleh search menggunakan cik Google. Macam KFC juga ada original dan spicy. Tapi ayam original dinamakan herb. Memang terasa herbanya. Saya lebih suka yang spicy. MSG tidak digunakan dalam penghasilan ayam goreng ini. Pilihan yang lebih sihat. Hehe...
RFC vs KFC
Dari segi rasa memang KFC lagi sedap. Coleslow pula macam agak tawar dan cair sangat. Benda yang saya suka ialah sos thainya dan juga Radix Cola. Sedap! Kalau di KFC menggunakan air Pepsi, RFC menggunakan air Radix Cola. Kurang gas..Boleh dikatakan semua produk di dalam RFC ini menggunakan produk keluaran HPA.
Tapi tidak adil untuk dibandingkan semuanya dengan KFC. Sebab RFC ini baru je menyambut ulangtahun pertama sedangkan KFC telah bertapak di dunia ini lebih 50 tahun yang lepas. Jadi banyak perubahan yang telah dibuat untuk menyedapkan lagi ayam goreng keluarkan oleh mereka. Pada saya ini merupakan permulaan yang baik untuk RFC. Kualitinya boleh ditingkatkan dari masa ke semasa.
Budak-budak UiTM Penang yang belum try bolehlah datang ke sana ya. Buat masa ini baru 3 cawangan dibuka. 2 di Sungai Petani dan satu di Shahab Perdana. Mungkin sedikit masa lagi rangkaian restoran ini akan diperluaskan ke seluruh negara.
Marilah bersama-sama kita menyokong produk usahawan bumiputera muslim!
Tak sabar nak tunggu cawangan RFC di Johor Bahru pula~