open house: thankz for coming....

Alhamdulillah selesai juga majlis makan-makan di teratak kami malam tadi..

Terima kasih atas kehadiran anda semua..
Maafkan kami atas sebarang kekurangan..

Semalam kami serumah organise majlis open house di rumah kami untuk JPK Kolej yang baru dan rakan-rakan Kenny Rogers teman serumah saya. Idea yang datang Isnin lepas berjaya juga dilaksanakan. Housemate saya, Roy yang cadangkan.

Pada mulanya saya agak terkejut dengan rancangan sahabat saya ni. Sebab rakan universiti saya yang lain tak pernah pun buat open house di rumah sewa mereka. Faham-faham ajelah kan. Bukannya senang orang bujang nak buat open house lebih-lebih lagi lelaki. Dengan barang-barang dapur yang setakat cukup untuk masak lauk-lauk simple sahaja ditambah pula dengan pangsapuri yang tak berapa nak besar membuatkan saya pada awalnya agak skeptikal untuk menerima cadangan ini. Lagipun saya baru seminggu tinggal di sini. Sebelum ini, dah lima semester tinggal di kolej.

Tapi lepas beberapa kali berbincang akhirnya semua bersetuju. Mungkin inilah medan untuk kami mengeratkan ukhuwah dengan JPK baru yang baru sahaja menggantikan tempat kami yang telah pun 'bersara' selepas setahun berkhidmat.

@ Tesco Seberang Jaya...

Jadi pagi semalam saya, Jamal dan Roy membeli-belah di Tesco Seberang Jaya untuk beli barang-barang dapur. Mujurlah ada budak food service kat umah ni. Sekurang-kurangnya tahulah sikit-sikit nak masak. Menu yang kami hidangkan untuk open house semalam nasi tomato, kek coklat, kek batik, puding, kari daging nugget, fries dan air strawberi.

pudding in the making...

decorated by deq wan...

Semua kami masak sendiri kecuali main course nasi tomato sebab tak pandai lagi nak masak banyak-banyak. Jadi kami tempah pada mak cik cleaner yang kami amat kamcing untuk masak menu ni. Syukran mak cik!

Banyak juga barang yang kami beli di Tesco. Perbelanjaan lebih kurang RM100++. Masa grocery shopping nilah saya belajar macam mana nak pilih daging. Tapi mahal juga daging di sini. Kalau yang fresh lagilah mahal.

Pertama kali saya buat kek dalam hidup. Sebelum ni tengok kat TV atau tolong makan sahaja.
Alhamdullillah menjadi keknya. Hanya ikut resepi yang diberi di belakang kotak tepung kek.
Credit to Roy. Banyak skill yang dia ajar untuk memasak ni. Potong daging, buat kek dan lain-lain. Tak pernah tahu atau ambil tahu pun sebelum ni.




Bila dah buat benda-benda ni teringat pula pada mama saya yang tiap hari memasak pada awal pagi untuk saya dan adik-adik. Memandangkan masuk kerja pukul 7.30 pagi, jadi terpaksalah mama saya masak untuk makan tengah hari kami pada waktu pagi. Susah juga memasak ni rupanya lebih-lebih lagi pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ia memerlukan tahap kerajinan yang tinggi!

kechek buat air...

kari daging...

Tetamu yang datang agak ramai malam semalam. Tapi masalah pula timbul. Makanan tak cukup. Mak cik yang supply nasi tomato salah bajet agaknya. Yang kami order untuk 35 orang tapi baru 24 orang makan dah tak cukup.

Sebagai alternatif goreng nugget dengan fries. Tapi agak kecewa sebab ada tetamu yang tak dapat rasa nasi tomato. Sorry kawan-kawan. We deeply regret of any problem occured. Nasib baik meraka memahami.

JPK Zamrud...

Tapi tak mengapalah sebab semuanya telah diselesaikan dengan jayanya walaupun dengan bajet yang terhad. Yang datang pun pulang ke tempat-masing-masing pukul 1.30 pagi.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis semalam.
Minta maaf jika ada sebarang kekurangan dalam majlis kami.
Moga ukhuwah kita akan berkekalan sampai bila-bila..

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template