Dunia Islam dimalukan lagi dengan tindakan Kerajaan Mesir yang meneruskan pembinaan tembok bagi menyekat terowong bawah tanah yang menghubungkan sempadan Mesir dan Gaza. RAFAH 5 Jan. - Bunyi gerudi tukul bersilih ganti memukul keluli besar ke dalam tanah pasir di kawasan Mesir yang bersempadan dengan Genting Gaza untuk membina tembok bawah tanah yang akan mengubah keseimbangan kuasa di kawasan bergolak tersebut. Setelah siap nanti, tembok keluli itu akan menyekat perhubungan terakhir Gaza, dengan menyekat beratus-ratus terowong penyeludupan dengan tembok sepanjang 14 kilometer di sepanjang Gaza-Mesir dan akan meningkatkan tekanan kepada pemerintah wilayah itu, Hamas supaya lebih berlembut. Hamas kini hanya menunjukkan minat yang sedikit untuk berkompromi dalam rundingan perkongsian kuasa dengan pesaing yang mendapat sokongan Barat atau rundingan pertukaran banduan dengan Israel. Penguasaan mereka ke atas Gaza bergantung kepada sumber bekalan dan wang tunai dari terowong tersebut. Semalam, para pekerja mengendalikan mesin gergasi hanya bersebelahan dengan garis sempadan Mesir, memberi gambaran pelik tentang tembok apa yang akan dibina. Tentera Mesir di dalam kenderaan perisai yang membawa senjata berat mengawal para pekerja binaan. Dalam kejadian lalu, tembakan telah dilepaskan beberapa kali dari Gaza ke arah para pekerja tetapi tiada yang mengalami kecederaan. Pemimpin-pemimpin Hamas berang dengan pembinaan tembok tersebut dan berusaha untuk mendapatkan sokongan negara-negara Arab dan umat Islam menentang Mesir. Ahad lalu, demonstrasi telah diadakan di luar kedutaan Mesir di Jordan dan Lebanon, memegang poster yang menunjukkan Presiden Mesir dengan tanda Bintang David di dahinya. - AP Sedarkah kita bahawa kita hanya menjadi laughing stock masyarakat dunia yang lain? Sedarkah kita hanya terowong bawah tanah itu sahaja talian hayat yang ada untuk penduduk Gaza meneruskan kehidupan mereka. Terowong itulah tempat mereka mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas yang lain malah laluan untuk mendapatkan bekalan senjata bagi melindungi rakyat Palestin di Gaza yang sentiasa hidup dalam ketakutan dek kerana serangan daripada tentera Israel yang tidak mengira tempat dan masa. Tapi ini bukanlah kali pertama pihak Kerajaan Mesir melakukan tindakan yang menekan umat Islam Palestin. Ingat lagi ketika Operation Cast Lead setahun yang lalu? Kerajaan Mesir menutup pintu sempadan bagi menghalang penduduk sempadan untuk menghalang rakyat Palestin masuk ke Mesir ketika keganasan rejim zionis itu. Kesannya rakyat Palestin terpenjara hidup-hidup di Gaza. Ambulans tidak dibenarkan merentasi sempadan untuk menghantar pesakit yang tenat ke hospital di sempadan. Lori-lori yang membawa bertan-tan bekalan makanan dan ubat-ubatan tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Jadi hospital di Gaza kekurangan ubat-ubatan untuk merawat pesakit yang cedera diserang tentera Zionis. Sebab tu lah kita dapat lihat ramai warga Palestin yang kudung kaki dan tangannya akibat kekurangan ubat di hospital. Kekerasan ke atas Viva Palestina Insiden terbaru Kerajaan Mesir telah menghalang anggota konvoi Viva Palestina di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana. Selain itu, pasport mereka juga dirampas hingga mamaksa mereka duduk di pelabuhan sehingga pasport dipulangkan. Lihat..umat islam sendiri yang tergamak melakukan perkara ini terhadap saudara seislamnya sendiri yang hanya mahu menghulurkan bantuan kepada saudara kita di Palestin. Hairan sungguh di atas 'kelembutan' Kerajaan Mesir terhadap Israel tetapi keras pula tindakannya kepada saudara seislamnya sendiri. Sedih juga dengan sikap masyarakat Arab yang berjiran dengan Palestin. Sepatutnya mereka lah yang perlu menghulurkan bantuan terlebih dahulu kepada mereka. Ini tidak, konvoi yang datangnya dari London pula yang bertungkus lumus menyampaikan bantuan. Jauh sungguh perjalanan mereka yang merentasi benua eropah dan timur tengah. Moga anda semua dirahmati Allah. Apa yang masyarakat Arab buat? Kadang-kadang saya terfikir juga apa yang dibuat negara arab ni? lambang kemegahan dan juga lambang beban hutang UAE Kekayaaan hasil petroleum yang Allah beri melimpah-ruah. Takkan hanya pandai buat menara tertinggi dunia je. Takkan hanya pandai beli kelab bola sepak dan syarikat gergasi dunia sahaja. Memanglah sekarang merupakan masa terbaik untuk melakukan perkara itu semua memandangkan hasil minyak yang semakin berkurangan. Tapi janganlah kita lupa kepada saudara kita di sana yang semakin ditekan puak zionis. Jangan sampai runtuh Masjidil Aqsa nanti baru nak bertindak.Nauzubillah.. Teruskan berjuang wahai saudaraku.. Moga solidariti kalian akan sentiasa mendapat bantuan Allah.. Viva Palestine! We proud of you...
Bagaimana Tuhan ‘Mengetuk Kepala’ Hamba-Hamba-Nya
-
Apa pun penjelasan rasional berkenaan Rasionalisasi Subsidi, pihak PH-lah
pulak perlu menanggung beban penerangan dan penjelasan. Kami di side BN ni,
nak ‘...
6 months ago