Akhir-akhir ini kalau anda membaca ruangan Business di dada-dada akhbar atau portal berita internet pasti akan terjumpa berita mengenai syarikat pembuat kereta yang memanggil pulang (recall) kereta keluaran mereka.
Meh pi balik tempat kelahiran hang!
Setakat ini, Toyota Motor, Honda Motor dan PSA Peugeot telah memanggil semula model popular mereka dari pasaran sebagai langkah keselamatan dan untuk tujuan pembaikan.
Toyota: 7.5 juta buah (kereta dan trak pelbagai model dan menyamai jumlah jualan kereta mereka pada tahun 2009)
Honda: 352 buah model Jazz/Fit
Peugeot: 100 000 buah model Peugeot 107 dan Citroen C1
Toyota: 7.5 juta buah (kereta dan trak pelbagai model dan menyamai jumlah jualan kereta mereka pada tahun 2009)
Honda: 352 buah model Jazz/Fit
Peugeot: 100 000 buah model Peugeot 107 dan Citroen C1
Honda Jazz pula ada masalah suis power window yang terdedah dengan risiko short-circuit bila ditembusi air. Kesan langsung ialah kebakaran pada kereta tersebut. Defect seperti ini telah berjaya meragut nyawa seorang bayi di Afrika Selatan yang sedang nyenyak tidur di dalam kereta kompak yang stylo itu.
Peugeot menghadapi masalah yang serupa dengan Toyota tadi. Ia bukanlah kebetulan kerana model 107 dan C1 dipasang di republik Czech dan kilang ini dikongsi bersama antara Toyota dengan syarikat yang berpengkalan di Perancis ini.
Memang rugi besar...
Toyota terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.9 bilion. Kalau jumlah kereta yang di recall pun dah 7.5 juta memang berbilion ruginya. Pengguna yang terlibat dengan notis panggilan ini pula adalah di Amerika dan Eropah.
Okay untuk memudahkan kefahaman, saya ingin mengajak anda berfikir sebentar dengan menggunakan kaedah matematik taraf sekolah menengah. Kita ambil contoh masalah pedal tadi. Katakan kos pembaikan pedal adalah RM30 X 7.5 juta kenderaan (main agak je). RM 225 juta yang perlu ditanggung oleh syarikat.
Belum lagi ganti rugi, kos penghantaran ke kilang dan sebagainya. Mungkin kilang juga terpaksa menggantung operasi pengeluaran mereka hingga masalah yang berlaku diperbetulkan. Penggantungan operasi kilang boleh menyebabkan pertambahkan nilai kerugian kerana pihak pengeluar gagal memenuhi permintaan pelanggan dan pelanggan pula mungkin membatalkan tempahan mereka atas kelewatan seumpama ini. Kesan berantai bukan?
Rosak reputasi...
Habis pasal kerugian kita berpindah pula kepada kesan terhadap reputasi syarikat.
Company yang memanggil semula kenderaan mereka berdepan dengan masalah persepsi negatif oleh pengguna. Pengguna akan menganggap kereta keluaran mereka tidak berkualiti atau mampu mendatangkan bahaya.
Company yang memanggil semula kenderaan mereka berdepan dengan masalah persepsi negatif oleh pengguna. Pengguna akan menganggap kereta keluaran mereka tidak berkualiti atau mampu mendatangkan bahaya.
Jadi sales syarikat pasti akan menurun dan reputasinya juga akan jatuh. Bukan mudah untuk mencipta reputasi. Toyota mengambil masa lebih 50 tahun untuk menjadi syarikat gergasi bidang automotif. Tapi masalah kecil begini mampu meranapkan apa yang telah dibina selama ini dalam masa yang singkat. General Motor (GM) pula yang mendapat faedah dari kecuaian Toyota ini.
kempen GM nak pancing pengguna Toyota...
Isu recall merupakan suatu dilema bagi pembuat kereta. Recall salah..tak recall pun salah. Jika ia dilakukan akan mengakibatkan kerugian jika tidak ia akan membahayakan pengguna. Kalau mereka berprinsip dan bertanggungjawab, keselamatan penggunalah yang harus dijadikan prioriti. Sekurang-kurangnya pengguna mengganggap keselamatan mereka diutamakan oleh car manufacturer tadi.
Proton je belum kena recall lagi...hehe
Proton je belum kena recall lagi...hehe