"Siapa yang tak nak datang kelas saya suruh diorang drop subjek ni!"
Semester ni adalah semester kedua dia mengajar kami sekelas. 2 subjek yang diajar semester ni iaitu Automotive Service Workshop dan Vehicle Manufacturing. Semester lepas dah belajar Body and Chasis dan Electrical System. Pun dengan lecturer yang sama juga.
Sejujurnya itulah kali pertama Puan marah seperti itu. Biasanya riang ria dan ceria sahaja ketika kelasnya. Sebelum ni dibiarkan sahaja classmate saya yang datang lewat. Kalau lewat barang 5-10 minit tu mungkin boleh diterima. Tapi kalau dah sampai setengah jam... memang patutlah hangin.
Tambah pula dah masuk semester yang kedua serta bertemu dengan student yang sama. Mungkin kesabarannya telah sampai ke tahap maksimum hari tu. Alhamdulillah saya datang on time untuk kelas tersebut. Lebih kurang 5 minit sebelum Puan masuk. Kalau tak belajar kat luar la aku..haha.
Hari tu ada 2 subjek yang diajar oleh Puan. Tapi di sebelah paginya saya pun dah join sekapal datang lewat. Sebab terpaksa menumpang kereta kawan ke kampus pagi tu. Kelas pukul 8.00 tapi 8.30 baru sampai. Selalunya pergi sendiri dengan kenderaan ihsan rakan serumah. Memang tak ramai yang datang pagi tu. Maklumlah hanya lab AutoCad sahaja jadi ramai yang memilih untuk terus bergolek atas tilam di rumah.
Keadaan pagi tulah yang menyebabkan Puan agak marah pada sebelah petangnya. Kesannya siapa yang datang lambat tak dibenarkan masuk dan pintu juga dikunci. Assignment untuk hari tersebut adalah eksklusif untuk yang hadir sahaja. Agak kasihan dengan rakan yang diluar dan hanya ketukan pintu sahaja yang kedengaran. 10 peratus markah assignment boleh hilang. Banyak tu..
Bukan nak cerita je...
Bukan nak cerita je...
Saya bukanlah hanya berminat untuk bercerita mengenai kemarahannya semata. Tapi ada beberapa mesej yang sempat saya tangkap ketika 'syarahannya' yang tiada dalam silibes subjek tersebut.
"Tak kira awak penyokong kerajaan atau tak. Fahaman politik tolak tepi. Awak tahu berapa ribu yang telah dibelanjakan setahun oleh kerajaan untuk awak setiap seorang?" Terkedu sebentar tika kami sedang khusyuk mendengar nasihatnya.
Kepala saya berfikir sejenak. Saya teringat akan buku panduan pelajar yang diperolehi ketika mendaftar ke sini 3 tahun yang dulu. Ada satu bahagian yang menyatakan kos sebenar yang perlu ditanggung kerajaan untuk setiap pelajar UiTM. Duit kerajaan pula datangnya daripada pembayar cukai yang dinamakan rakyat Malaysia.
Tak berapa ingat angka sebenar. Kalau tak silap untuk mahasiswa kejuruteraan RM8000++ terpaksa dibayar kerajaan untuk tempoh setahun. Kalau silap mohon pembetulan ye. Tapi yuran yang perlu dibayar oleh pelajar hanyalah RM 880 setahun atau RM 440 per semester. Sangat murah bukan jika dibandingkan dengan IPT lain. Duduk kolej pun tak perlu bayar. Kalau di UTM RM7 sehari tak silap. Jumlah satu semester boleh kira sendiri.
Tu baru universiti kerajaan. Kalau swasta gerenti lagi mahal. Sepupu saya di MMU (bukan kursus kejuruteraan) perlu membayar yuran ikut subjek. Biasanya satu subjek untuk satu semester RM700++. Satu subjek ya bukan satu course. Untuk pelajar kejuruteraan bayarannya lebih tinggi.
"Apa yang awak bayar pun belum mampu untuk bayar gaji saya sebulan", kata lecturer yang lain.
Agak menginsafkan saya bila diingat kembali fakta ini. Yuran yang amat murah. Sebab itu pinjaman mara tak diwarwarkan di UiTM. Sebab yuran pengajian dan kolej pun dah banyak kerajaan tanggung. Tanpa biasiswa pun tak mengapa.
Jumlah ini juga membuatkan rakyat bukan bumiputera dan pelajar IPT lain tak puas hati atau pun iri hati dengan UiTM. Tapi akibat terlalu selesa kita buat endah tak endah sahaja mengenai kelas di jadual. Kadang-kadang ada kenderaan sendiri tapi sengaja datang lewat. Kelas pukul 8 tapi pukul 8 juga bertolaknya. Kalau naik bas takpe juga.
Saya sendiri jarang datang lewat ke kelas. 5 semester tinggal di kolej. Jadi kenderaan bukanlah satu masalah. Jalan kaki pun 5 minit dah sampai. Sebabnya kurang selesa bila buka pintu time lecturer sedang mengajar. Bak kata orang macam potong stim lak..hehe. Lepas tu semua dalam kelas tengok siapa yang ketuk pintu. Malu weh..macam orang tengok alien.
Tapi semester ni saya gagal bila tinggal di luar. Dua tiga kali juga datang 10 minit lewat. Rasa kurang selesa. Tapi apakan daya sebab bila dah menumpang orang terpaksa akur dengan waktu pemilik kereta. Pernah terfikir untuk naik bas tapi setengah jam awal pula perlu keluar rumah untuk menunggu bas. Entahlah...still considering options available.
Mudahkan aku ya Allah...
Bila mudah memperolehi kurang pula menghargai...
Bila mudah memperolehi kurang pula menghargai...
Benar. Kita kurang menghargai bila mendapat sesuatu dengan mudah. Banyak kemudahan diberi menjadikan kita lalai. Masa yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengutip ilmu di kelas seperti di campak ke longkang bila datang lambat. Kalau 10 minit satu rumus bayanglah berapa banyak yang tertinggal bila datang lambat setengah jam. Kalau tak datang langsung mungkin tak faham terus.
Kalau ada sahabat sekelas yang membaca entry ini jangan pula terasa hati. Tak pernah terlintas untuk menyindir sesiapa. Sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan seperjuangan. Saya juga sama seperti anda semua. Kadang-kadang lewat. Kadang-kadang malas nak ke kelas. Biasalah lumrah seorang pelajar. Tak gitu? Kalau semuanya perfect tak colourful la hidup..hehe. Tapi tak bolehlah nak berterusan macam ni.
Mungkin kita semua perlu bermuhasabah di atas teguran seperti itu kerana saya percaya ianya demi masa depan kita semua. Kalau tak berubah sekarang bila lagi kan? Takkan bila kerja esok masuk 8 pagi tapi nak datang pukul 9. Bayar yurannya murah. Tapi ingat lebihan kos yang lain adalah ditanggung menggunakan wang pembayar cukai. Adalah menjadi satu amanah untuk kita memanfaatkannya sebaik mungkin.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
::Masa itu ibarat pedang. Jika kita tak memotongnya dia akan memotong kamu::