Nasyid InterCampus UiTM 2010

Disqus
Alhamdulillah. Baru lepas selesai keje edit mengedit HTML blog ini untuk memuatkan sistem comment disqus. Sistem ni lain sikit dari yang standard blogger punya dan nampak lebih menarik. Saya tak tau lagi apa yang bagusnya mengenai disqus ni. Tapi udeen dah recommend di blognya jadi saya pun rasa nak mencubanya. Saje nak bereksperimen dengan blog ni.

Jika ada apa-apa pendapat mengenai disqus ni bolehlah disampaikan di ruangan komen ya..

Nasyid InterCampus UiTM 2010…

Untuk entri kali ni nak cerita sikit mengenai Pertandingan Nasyid InterCampus UiTM 2010 di kampus UiTM Puncak Alam.






Pertandingan ni dianjurkan bersempena dengan sambutan maulidur rasul yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam pada hari Jumaat. Sebab tu lagu wajib untuk pertandingan ni pun mesti mempunyai kaitan dengan Rasulullah.

UiTM Penang telah menghantar 2 team untuk menyahut cabaran dikala cuti mid sem ini dengan diwakili oleh kumpulan Far-E-ZeeN dan kumpulan junior kami Al-Asrar. Ada 13 team yang bertanding malam tu untuk peringkat saringan sebelum lima team terbaik dipilih ke peringkat akhir.

DSC02330

sebelum pertandingan...

Far-E-ZeeN mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Rasul Junjungan dan al-Quran Penjana Ummah. Kedua-dua lagu bukanlah ciptaan sendiri sepenuhnya. Tapi lagu asal telah digubah agar sesuai dengan kemampuan vokal kami yang tak seberapa ni. Latihan pun hanya 3 hari sahaja yang sempat kami buat sebelum pulang bercuti. Tawakal sajalah sebab hanya Allah yang menentukan segalanya.

Malam tu kami mendapat giliran yang ke 13 dan Asrar ke 12. Mengikut aturcara asal, peringkat saringan diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi petang dan malam. Tapi disebabkan masalah teknikal, sesi saringan hanya dilakukan pada sebelah malam sahaja. Dengan kata lain kesemua 13 team perlu menyampaikan persembahan mereka pada malam tu juga.

DSC01035
persiapan pentas...

Keadaan agak kelam kabut ketika sesi sound check petang tu sebab PA system yang baru sahaja dipasang dan kami hanya dapat test mic pada pukul 7.50 malam. Pertandingan pula bermula pada jam 8.15 malam.

Alhamdulillah…

Selepas hampir 4 jam menunggu akhirnya tiba giliran kami untuk menyampaikan persembahan. Kalau tak silap pukul 12.40 tengah malam. Macam-macam yang bermain difikiran.
Sebab bila dah 13 kumpulan ni memang dah letih dah pihak juri mahupun peserta. Kami sendiri pun keletihan. Tapi digagahkan juga untuk menyampaikan persembahan yang terbaik dan termampu.

Akhirnya, keputusan ke peringat akhir pun diumumkan dan…


on stage...

Kami tidak layak untuk meneruskan cabaran ke peringkat akhir dan nasib yang serupa juga untuk kumpulan Asrar. Team yang layak ialah UiTM Perak 1 dan 2, UiTM Negeri Sembilan, UiTM Johor dan UiTM Perlis.
Bukan mudah untuk menempatkan diri dalam lima kelompok terbaik dari kalangan 13 kumpulan yang bertanding. Ini adalah kegagalan yang pertama buat Far-E-ZeeN sepanjang pembabitannya dalam sebarang pertandingan. Kami reda dengan ketentuan Allah ini. Mungkin Allah hendak menguji kami agar terus bermujahadah di jalannya.

Saya sendiri tak tahu siapa yang menang di peringkat akhir sebab kami pulang semula ke Penang keesokan harinya sebelum sempat pertandingan akhir berlangsung. Terpaksa juga balik pagi Ahad tu sebab esoknya ada kelas.  Kalau siapa-siapa yang tahu bolehlah berkongsi ya.

Pada pendapat saya kumpulan Fansuri daripada UiTM Perak yang layak untuk bergelar johan. Sebab mereka ada lagu yang sedap didengar ditambah pula dengan vokal yang mantap. Tapi tak tahu la ye sebab keputusan terletak di tangan juri (terdiri daripada UNIC dan Mirwana). Itu hanya sekadar pendapat peribadi.

Kepada Far-E-ZeeN dan Asrar..

Jangan give-up walaupun kalah. Sebab kita naik ke pentas bukan sekadar menjadi pencabar tapi sebagai pendakwah. Cuba lagi di masa hadapan sebab gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya.
Sekurang-kurangnya bukan sekadar menghiburkan para penonton dan juri tapi untuk menyampaikan mesej yang baik untuk mereka dan juga buat diri kita.

Terima kasih tak terhingga buat pihak penganjur yang menguruskan kami semua sepanjang di sana. Tidak dilupa kepada Ustaz Daud dan Abang Mie yang sudi menjadi pegawai pengiring kami. Sekalung penghargaan juga buat semua ahli Far-E-ZeeN dan Asrar di atas komitmen dan semangat juang yang dipamerkan sepanjang pertandingan ini.

:: Teruskan perjuangan selagi ada ruang dan peluang ::

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template