Tahniah PKI !!

Alhamdulillah....syukur di atas rahmat dan keizinannya masih lagi berupaya menghirup udara pagi Ahad yang segar ini. Syukur juga kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis entry baru dalam waktu yang sudah mulai sibuk sekarang. Minggu depan 2 final project perlu dihantar sebelum prelimininary presentation (prelim) yang bakal diadakan bulan 3 tak silap.


Banyak hal dalam projek KIK juga harus dibereskan dalam minggu depan sebelum mini konvensyen di Dewan Seminar nanti. Mungkin dalam awal bulan 3. Jika layak, perlu pula ke UiTM Shah Alam untuk Konvensyen KIK UiTM Malaysia. Doakan kami moga segalanya berjalan lancar.

Geng Far-E-ZeeN jangan lupa ya pertandingan di UiTM Puncak Alam cuti mid sem ni..


 

HAK 2009

Jumaat lepas telah berlangsungnya Hari Anugerah Kecemerlangan Kelab Persatuan 2009 (HAK 2009). Mana lagi kalau bukan kat Laman Perdana UiTM Penang. Kalau tahun lepas saya hadir untuk memenuhi undangan persembahan dari pihak penganjur tapi kali ini diundang sebagai calon bagi kategori Kelab Kesenian Terbaik.

kad jemputan...

HAK merupakan anugerah yang diwujudkan bagi memberi pengiktirafan dan menghargai usaha yang dilakukan oleh semua persatuan dan kelab di kampus ini dalam mengaktifkan kelab di bawah kelolaan mereka yang bergelar mahasiswa. Di UiTM Penang lebih 40 kelab telah diwujudkan.

Sebenarnya saya telah menghadiri majlis anugerah yang serupa pada bulan lepas di UiTM Shah Alam. Di sana kami bersaing dengan kelab-kelab dari kampus UiTM seluruh Malaysia. Tidak menerima sebarang trofi tapi kami amat bersyukur kerana terpilih sebagai calon akhir untuk kategori Kelab Kesenian Terbaik UiTM Malaysia. Yang menang kelab daripada UiTM Johor tak silap saya.

Sukar untuk bersaing dengan kampus lain yang jauh lebih berpengalaman daripada kami yang baru setahun jagung ini. Kampus UiTM sahaja dah berbelas-belas. Memang sengit persaingannya. Tapi menang anugerah bukanlah matlamat PKI (Persatuan Kesenian Islam). Ia hanya sebagai bonus kepada kami untuk menjadi yang lebih baik di masa akan datang. Dakwah melalui kesenian harus diteruskan. Bukan sekadar hiburan biasa tapi hiburan yang mendidik jiwa.

mantan JPK Zamrud 2009/2010...

Jika dibuat perbandingan, majlis di sini lebih meriah dan happening daripada di UiTM Shah Alam. Montaj calon-calon penerima anugerah yang menarik, perjalanan yang majlis yang smooth dan persembahan selingan yang menghiburkan menjadi sandaran. Nasib baik la LP tu kecik. Kalau besar macam Dewan Sri Budiman memang lagi gempak. Memang kenalah dengan tema anugerah malam tu : Malam Gemilang Keemasan

Tahniah PKI!

jamal amek hadiah...

Selepas keputusan diumumkan, debaran pun berakhir. Persatuan Kesenian Islam (PKI) dinobatkan Persatuan Kesenian Terbaik UiTM Pulau Pinang. Turut bersaing dalam kategori ini ialah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). EZ Music dan Persatuan Seni Budaya (PERSADA) pun ada.

Alhamdulillah syukur kami panjatkan kepadaNya. Segala jerih payah yang diharungi selama ini dihargai oleh pihak UiTM Penang. Hadiah berupa sebuah trofi, sijil pengiktirafan dan cek bernilai RM150.00 telah disampaikan oleh pengarah kampus, Prof. Madya Mohd Zaki Bin Abdullah kepada mantan Presiden Muhammad Jamal Rafaie Bin Jakiran yang menerimanya sebagai wakil PKI.


Kemenangan ini mungkin bersandarkan kepada program UniFes_09 (pertandingan nasyid dan tilawah IPTA/IPTS anjuran bersama MPP), Malam Aspirasi Islam 1 dan 2 serta pertandingan yang disertai oleh PKI di IPT lain.

Sekalung penghargaan buat pihak HEP khususnya Kak Lia dan Puan Salina yang banyak membantu PKI dari awal penubuhannya hingga kini. Terlalu banyak yang kami pelajari daripada mereka berdua.

Tak lupa buat semua AJK dan ahli yang sentiasa memberikan sokongan kepada program anjuran PKI. Tanpa sokongan dan bantuan anda semua kita tidak akan sampai ke tahap ini.

Tahniah i-Mechy!

i-Mechy menang...

Tahniah juga kepada schoolmate saya dulu, Azahary Arjemi yang memimpin kelab Ikatan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal (i-Mechy) atas kejayaan mereka memenangi Anugerah Kelab Persatuan Terbaik Kategori Akademik/ Ilmiah dan Anugerah Persatuan Terbaik Keseluruhan pada malam itu. Dia turut tercalon dalam kategori Anugerah Kepimpinan Siswa Terbaik. Mengganas ko eh kat sini...hehe. Bangga saya sebagai pelajar Mechy. Sebelum ini, anugerah tersebut diraih oleh Penang Civil Society (PCES) atau Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik (PMKE).

Harapan kami semua sebagai bekas AJK PKI agar persatuan ini terus menyinar di masa hadapan. Jadikanlah anugerah ini sebagai pemangkin semangat tapi bukan sebagai bebanan kepada anda semua. Penganjuran aktiviti yang bertujuan untuk meraih anugerah semata-mata tidak harus dijadikan prioriti. Buatlah segalanya kerana Allah moga Dia akan membantu kita dalam menyebarkan dakwah Islami melalui seni ini.

Tahniah kepada semua pemenang anugerah pada malam tu dan juga kepada penganjur yang bertungkus-lumus dalam menjayakan acara yang gilang-gemilang ini!

facebook PKI

blog PKI



blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template