Cuti mid sem yang indah~ (Part 2)

Okayh.. cuti mid sem diteruskan lagi ke Negeri Sembilan Darul Khusus. Special thanks to my fellow friends for inviting me to join this trip (Amir, Anas, Nas and Mira). Semuanya sedang menuntut di UTM. Saya sahaja dari UiTM Penang. Apa pun kami pernah sekelas ketika di SKTU2 dulu.


Tujuan asal adalah ambil gambar di Daerah Seri Menanti untuk assignment architecture Nas. Saya hanya tumpang sekaki je untuk jalan-jalan di sana bersama rakan yang lain. Belum pernah sampai ke daerah ini walaupun abah saya bersasal dari Negeri Sembilan.


 

Rabu (17/2/2010)

Rabu lepas saya bertolak pada pukul 7.45 pagi dari Penang ke Kuala Lumpur. Tiba di sana lebih kurang 11.45 tengah hari di KL. Kemudian perlu pula ke Seremban. Mereka yang datangnya dari Johor akan pick-up saya di sana. Selepas sejam suku dalam komuter akhirnya tiba juga di Seremban. Duduk dalam komuter memang boring. Hanya mp3 yang menjadi peneman diri..huhu

Kami terus ke Senawang untuk melawat Jasica di rumahnya. Kawan saya yang sorang ni dah hampir 8 tahun tidak ketemu. Lepas habis UPSR terus lost contact. Time sekolah rendah dulu dia merupakan jaguh badminton sekolah dan pernah bertanding hingga ke peringkat Negeri Johor dan sekarang telah pun 5 tahun mendirikan rumah tangga dengan dikurniakan 2 orang anak.

jesica yang paling kanan...

Dialah kawan saya yang berkahwin dalam usia paling muda iaitu ketika berusia 16 tahun. Kejap je dah besar anaknya dan saya disapanya pak cik..haha. Dah tua diriku ini. Best melayan kerenah dua budak kecil ni sampai hilang rasa keletihan naik bas dengan komuter sebelum tu. Yang sulung dipanggil Kimi dan adiknya Afzan.

ikan yang sehat-sehat belaka...

Saya dijamu makan tengah hari dengan mi kari dan popia otak-otak. Memang sedap dan kelaparan yang ditahan dari pagi pun hilang.
Petang tu Jasica bawak kami bersiar-siar ke Taman Rekreasi di Seremban 2. Di sini ikan-ikannya besar-besar belaka. Maklumlah ikan tak boleh tangkap dan asyik makan je hari-hari. Memang obesiti ikan tu! Ikan yang ada dalam kolam ni ialah ikan kap Jepun dan Ikan keli. Kura-kura pun ada. Lepas bagi makan ikan kemudian kami ke Jusco Seremban.

Di Jusco, Kimi pulak terkencing dalam seluar. Amir dan saya bawak dia ke toilet dan buat pe yang patut. Seluar yang terkena kencing tu pun dibasuh. Yang kelakarnya seluar tu dikeringkan dengan menggunakan hand dryer dalam tu.haha... Pertama kali dalam hidup buat macam tu. Apa nak buat, takkan nak biarkan budak tu tak pakai seluar betul tak? Tapi boleh tahan la die punye kering.


Malam tu lepas mintak diri dari rumah Jasica, kami Check-in di Senawang Hotel. Puas hati la dengan kemudahan yang ada. Siap TV LCD dengan Wifi free lagi.Pada saya setaraf dengan hotel 3 bintang dengan bayaran RM63 semalam. Thanks to Jasica dan husbandnya yang carikan tempat untuk penginapan kami.

sate tulang..sedap!

Sebelum tidur sempat juga la pergi supper makan sate tulang. Ia menggunakan isi rangka ayam. So anda akan rasa tulang temulang ayam ketika menikmatinya. Sate tulang ni pun first time kami makan. Katanya sate ni terkenal di Negeri Sembilan. Rasa dia boleh tahan la. Cuma tak banyak isi. Dah nama pun sate tulang kan.

Khamis (18/2/2010)

Hari ni plannya adalah ke daerah Seri Menanti. Perjalanan lebih kurang 40 minit dari Senawang. Daerah ni nampak ciri kekampungannya tapi lengkap dengan macam-macam kemudahan. Klinik kesihatan je ada dua. Jalan macam jalan bandar sebab elok berturap berbanding jalan kampung yang lain. Maklumlah jalan bandar diRaja.

istana seri menanti...

Di sini terletaknya istana Seri Menanti iaitu yang lama dan yang baru. Istana lama setinggi 4 tingkat ni dibina tanpa menggunakan paku. Cara penyambungannya lebih kepada penggunaan tanggam dan dowel. Bahan asas binaan menggunakan kayu balak. Atap pun pakai kayu balak. Sebab tu lah tahan sampai sekarang walaupun sudah berusia lebih 105 tahun. Istana yang moden macam biasa pakai konkrit.

Duduk kat tingkat atas sekali yang best! Macam balai cerap dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tapi nak mendaki tangganya yang tinggi dan curam agak menakutkan. Salah step boleh tersungkur ke bawah.

Habis ambil gambar kami ke Hutan Lipur Ulu Bendul untuk aktiviti main air sambil rendam kaki. Tak mandi pun sebab kesuntukan masa. Selalu juga dengar orang cakap Ulu Bendul ni best. Tapi saya rasa macam biasa je. Sungainya surut dan air terjun pun tidak kelihatan. Mungkin tangan-tangan manusia yang rakus telah memusnahkan keindahan alam semulajadi ciptaanNya. Kami kembali ke Seremban selepas itu sebab saya perlu menaiki komuter untuk ke Kuala Lumpur pada pukul 3 petang sebelum menuju ke Kuala Selangor.

Busy sungguh pengembaraan minggu ni. Ada saja aktiviti. Tapi bagus juga kan. Sekurang-kurangnya boleh mengisi waktu lapang untuk cuti mid sem ni. Teringat akan kata-kata Ustaz Hasrizal yang menyarankan agar orang muda mencabar diri untuk keluar dari zon selesa sebelum kesempatan yang ada berakhir disebabkan oleh pelbagai komitmen di masa depan. Contohnya dengan mengembara.

Walaupun saya takdela mengembara sampai ke luar negara. Sekurang-kurangnya merasa jugalah turun naik bas dengan komuter/LRT sambil memikul beg hiking yang tak berapa nak ringan ni. Seronok pula rasanya.

Moga kita sentiasa diberikan ruang dan masa untuk kita belajar sesuatu bila berjalan di atas Bumi ciptaannya.






blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template